Salam. Thank you admin for posting this up. I would like to talk about how my view on Islam affecting everything I do in life.
Dulu masa kecik, parents aku ajar aku solat, dengan reason nanti Allah marah, masuk neraka etc. Aku sekolah agama dari darjah 1 sampai 3. But i never really know why I need to pray. Dalam kepala, solat its just something that I need to do daily. Parents aku pun dulu jenis yang take solat lightly. Kalau pergi mall, solat burn macam tu je. So, growing up, I learnt that its ok to leave solat.
Sampai time upsr, family aku and all my relatives bagi la tips macam2, buat solat hajat, minum air yassin. God bless me with a good brain, aku memang drpd dulu nombor 1 or 2 je dalam kelas. And aku dapat la straight A’s for upsr. Tapi, aku tak dapat mana2 sbp, aku frust gila and end up parents aku masukkan aku ke sebuah sekolah elite ni, padahal aku tak kaya pun. Aku dapat masuk pun sebab result. Dua minggu aku masuk sekolah tu, aku tak happy. Budak2 kat situ semua taknak kawan aku sebab they came from the same primary school so masuk sekolah menengah semua dah ada gang masing2. Aku punya la buat solat hajat mintak kat Tuhan. Pada satu pagi Jumaat, bapak aku nak pergi kerja, dia ternampak satu notice dekat mail box. Before this aku tak nampak notice tu sebab terlekat dekat mailbox sebab basah hujan. Notice tu rupanya surat mrsm. Kalau bpk aku x jumpa notice tu sampai hari ahad, memang aku dah tak bole daftar. Rezeki Tuhan. Since that day, aku semakin percaya on the mercy of God. Tapi kita manusia, dalam hati aku still tak rasa dekat dengan Tuhan sebab aku carik Dia masa susah je.
Masuk mrsm, memang life aku change completely. Aku kena berjemaah 5 kali sehari, and selalu kena involved dgn majlis2 ilmu. Aku belajar banyak benda kat sana relating to Islam. Aku memang jenis senang terpengaruh dengan kawan, dapat kawan2 yang baik sudi guide aku, dapatla aku rasa kemanisan iman tu. We as a human are not supposed to judge orang yang tak tau sangat pasal agama because people come from different bacgrounds and are raised in different types of environment. Then aku dapat masuk one of MRSM Bitara, memang aku target nak pergi overseas. Dah dpt straight A’s, Tuhan takdirkan aku x dpt scholarship ke overseas, aku dapat offer ke kolej mara Kulim. Me, being dumb and stupid tolak offer tu sebab aku memang nk study overseas. So parents aku hantar aku ke one of the ipts for pre-university yang majoritynya cina india.
Me, being me again, mudah terpengaruh dgn kawan, aku mula lupa diri, lupa Tuhan. And God says in the Quran, “if you forget Me, I will cause you to forget youself”. And thats what happened to me. Aku takdelah sampai clubbing minum semua tu. Cuma aku tak kisah dah pasal solat. Somehow, aku rasa macam tawar hati dengan Tuhan because for the first time in my life Dia tak bagi apa yang aku nak. Allahu Akbar, sombongnya aku dengan Tuhan. Tambah lagi ujian yang Dia bagi pada aku, dia temukan aku dengan seorang lelaki. He is the only malay boy dalam kelas, end up dia jadi boyfriend aku. Makin hanyut la aku dalam dunia aku sendiri. Aku mula bukak tudung and aku bangga followers insta aku semakin ramai.
After a while, aku sedar yang i have made a big mistake. Aku tak tenang, aku try solat balik tapi aku still rasa takde perubahan. Aku kuatkan semangat aku nak change. macam Dr. Bilal Phillips cakap, It can take time for troubled souls to find comfort in sujood. But once you know that feeling, you wont find anything more comforting”. aku pegang kata2 dia. Aku still rasa kosong. Dekat uni aku, takde sape yang aku bole refer to guide me. Somehow aku sedar that setengah orang Tuhan bagi petunjuk depan mata, like loss of our loved ones or some kind of teribble events. Tapi, untuk sesetengah orang Tuhan berikan petunjuk dengan cara yang berbeza. Those people kena figure out sendiri guna akal. Aku takde cara lain, aku kena ubah diri aku sendiri by seeking knowledge. Aku jahil dan aku biarkan diri aku dalam kejahilan. Kadang ada je benda yang aku tau, tapi aku deny tak nak buat.
One way to be closer to God is to please Him. Buat perintahNya, dan tinggalkan laranganNya. Sounds easy tapi susahnya manusia nak buat. Aku start by tutup aurat. At that time, I realized that dulu aku pakai tudung sebab ikut kawan. bukan sebab Tuhan. Susah sebenarnya nak niatkan semua yang kita buat kerana Allah. But once you get closer to Him, that feeling will come naturally. Aku belajar kenapa kena pakai tudung semua. Bila aku tgok gambar aku kat insta, all these 600-700 likes, takde lagi rasa bangga. Instead aku rasa malu, dan aku menangis sebab beratus2 orang yang like ni nampak aurat aku. Dosa free2 je. Aku decide terus delete account Insta aku. Then aku fix quality solat aku. bila dengar ceramah semua memang terkesan hati bila persoalan ini muncul; Kenapa depan orang lain kita try hard nak impress tapi dengan Tuhan kita takde effort nak impress Him?. Macam perempuan, benda seperti keputihan selalu dipandang remeh, walhal it is a type of najis and tak bole dibawa solat. Kalau kita takde effort nk jaga hygiene untuk menghadap Tuhan, macam mana Tuhan nk kabulkan Doa kita? Give and take. Kebersihan juga sebahagian drpd iman. Aku start tengok ceramah dekat youtube, favourite aku semestinya Mufti Menk. He gave the best speech in the simplest way possible for people like me.
Alhamdulillah, all my life aku tak pernah rasa setenang ni. The feeling when you have someone that always got your back is so overwhelming. That someone is not my boyfriend, i already dumped him. But He is Allah. I finally learnt why we need to perform solat, why we, humble and weak creatures do not pay that much attention to Him who creates Us.
My point of story, you are the only one that can change yourself. And always make doa, ask for guidance. Im still in my 20’s, and for those yang umur 20-an, or younger than this pun dah bole start doa kurniakan jodoh yang baik dan zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Ingat, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Perbaikkan diri sendiri dulu before expecting a good guy in your life. choose a good company and if you think your bf/gf doesnt make you a better person, then fikirkan balik. You dont want to waste time, money and effort for the wrong person. As for now, if you think Allah as your lover, He will give you a well deserved attention. Alhandullilah, i managed to get a scholarship dan dapat jugak pergi overseas. Then aku terpikir maybe Tuhan tak bagi aku pergi dulu sebab I wasnt ready and maybe pergi sana, aku lagi rosak. Always bersangka baik dengan Tuhan because He knows whats best for us. Final say, if you dont feel anything during solat, means theres something wrong somewhere. Find that inner peace and never stop improving your relationship with Him.
– A Repenting Sinner
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit