Lepas Ni Nak Ke Mana?

Assalamualaikum.

Post ini lebih kepada adik-adik yang tengah tunggu keputusan SPM dan jugak untuk yang bakal menduduki SPM. Aku harap admin dapat publish cerita aku ni. Terima kasih.

Aku faham perasaan adik-adik, ada yang tengah blur, tengah cari halatuju masa depan. So, sementara korang tunggu result ni, apa kata korang buat kerja rumah sikit.

Ambil laptop, duduk bersila atas pangkin tu dan pastikan ada internet. Sini aku nak bagi tips sikit berdasarkan pengalaman aku. Aku tak nak korang menyesal tak sudah macam aku dulu sebab takde pendedahan sangat lepas SPM. Walhal banyak peluang pendidikan korang boleh cuba, tapi sebab tak tau, peluang tu terbiar macam tu je.

1. Minat

Aku selalu jumpa ramai adik-adik yang bagi soalan,

“Saya minat English dan Bahasa Melayu. Agak-agak apa course yang saya patut ambil?”

“Saya tak suka Math. Course apa yang takde Math?”

Sekarang, korang pergi ambil kertas dan buat 2 column. List down semua yang korang suka dan tak suka. Bukan subjek ye. Contoh, kau tak suka buat research dan membaca. Tapi kau lebih kepada aktiviti luar dan jenis yang cepat tension kalau asyik hadap buku je. So dari sini dah boleh nampak, kau jangan lah pilih law pulak. Mungkin sport rec, atau architure?

Dan tolong lah jangan tanya orang pasal course apa yang patut korang ambil. Tepuk hati tanya selera masing-masing okay. Buat list yang aku suruh tu sebanyak mungkin.

Satu lagi nak pesan, jangan sebab kau tak suka Math je, terus nak ambik law. Aku faham la yang law ni memang mostly yang masuk sebab tak nak Math. Tapi course ni kena banyak membaca, banyak buat research, kene update dengan isu sekeliling. Sanggup ke?

Ramai kawan-kawan aku masuk law sebab kononnya taknak Math. Tapi end up barai jugak. Sebab apa? Sebab diorang tak consider benda-benda lain tu. Asal taknak Math je law. Fikir baik-baik okay sebelum buat keputusan.

2. UPU

UPU dah buka belum? Haha. Sorry aku tak alert pasal tarikh ni sebab dah lama tinggal kan. Tapi nanti lepas result keluar, still boleh kemaskini kan? So sekarang meh aku nak bagi kerja kat korang semua. Pergi bukak website setiap uni ataupun cari dekat UPU pun ada, cari syarat kelayakan (MAKE SURE IT IS UPDATED – Takut ada yang berubah syarat) untuk setiap course setiap uni.

Memandangkan tadi korang dah kenal pasti course apa yang korang cenderung, so sekarang list down semua course yang telah korang pilih tu bersama dengan syarat kelayakan dia. Go through semua betul-betul.

Okay ini tips dia, korang tahu kan yang UPU tu gunapakai sistem, bukan manusia. Jadi, jangan sesekali pilih course yang tak cukup syarat kelayakan. Contoh dia nak Math A tapi kau dapat A- lepastu kau pun semberono je pilih jugak. “Takpe, A- dengan A sikit je beza”

Ha buat lah kalau berani. Lepastu jangan tanya kenapa orang dapat UPU kau tak dapat. Sistem UPU ni once tak cukup syarat, dia terus reject tau. Jangan buat main. And kalau nak secure course yang korang nak tu, pastikan apply yang lepas at least satu tangga daripada syarat kelayakan.

Contoh: syarat nak B je, tapi kau dapat A+. Okay itu bonus. Elakkan kalau dia nak B, dan kau pun ngam ngam dapat B. Bukan aku cakap tak boleh, tapi peluang tu tipis. Sebab ramai sangat yang apply cuckup-cukup makan dengan syarat kelayakan. Ini tips cikgu aku bagi. Tips ni selalunya guna pakai untuk kos famous macam asasi sains tu ke, sebab nanti kau akan compete dengan berjuta orang mohon course sama. Lainlah kalau kau pilih course yang tak ramai demand.

3. Biasiswa/Pinjaman

Kalau korang dapat asasi/matrik. Korang dah tak payah risau sebab allowance fully sponsored by KPM. Sila guna dengan berhemah. Menabung itu amalan mulia.

Tapi tak kisah pun sebenarnya kau masuk asasi ke matrik ke diploma ke STPM sekalipun sebab result kemasukan ni lambat lagi kan. Jadi, once result keluar je, selain update UPU, make sure korang alert dengan list biasiswa dan tarikh tutup. Sebab biasiswa ni kebanyakan nya buka seminggu je dari tarikh result.

Jangan buang masa. Jangan tunggu esok esok dah. Anggap je takde esok. Korang list kan semua biasiswa dan syarat dia. Tarikh tutup sekali. Sebab ada biasiswa yang kena isi online je, ada yang kena pos. So, ALERT!

Kalau aku, aku isi je semua biasiswa yang aku lepas syarat kelayakan. Pilih tu kemudian kira sebab kita tak tau yang mana kita akan dapat. Macam aku dulu isi banyak, tapi aku cuma dapat Maybank je. Tu pun tak lepas third interview hahahaha. Ok lupakan. Tapi kalau contohnya kau memang taknak Biasiswa A ni dari awal, jangan lah isi terus. Kalau kau dapat, kan dah menutup rezeki orang tu.

Macam aku dulu, yang pergi interview Maybank tu semua yang memang dah dapat JPA dan MARA tapi tetap datang sebab of course la Biasiswa Maybank lagi tinggi. Sakit hati jugak lah aku masa tu kan sebab kau dah secure Biasiswa lain lepastu datang lagi haha. Tapi rezeki masing-masing. Jangan dengki okay.

Let say korang terpanggil untuk interview or buat assessment, please please please tolonglah buat research. Google je. Banyak blog yang cerita pengalaman dan bagi panduan. Jangan lah malas. Jangan lah main rempuh je macam tu. Buat persediaan awal-awal.

“Mana nak cari biasiswa?”

Okay ini soalan yang tak patut ditanya, tapi tak salah kalau dah tertanya. Sekarang ni dunia semua hujung jari dik. Gunakanlah fungsi Google tu sebaiknya. Bukak website Afterschool, Scholardeck etc. Cari la, tunjuk usaha sikit, jangan malas je.

Aku dulu buat Twitter sebab semata-mata nak cari scholarship, nak cari seniors sebab nak tanya diorang apa-apa berkaitan course or uni. Jangan lah duduk bawah tempurung sangat. Ini zaman TN50, kene lah berkembang. Jangan tunggu semua orang suap je. Jangan malas malas okay. Cari sekarang!

4. Asasi ke Matrik ke STPM ke Diploma?

Ha ni yang tak patut tanya orang jugak. Bukan tak boleh, korang boleh lah tanya suasana belajar etc dan perbezaan semua tu. Tapi jangan lah tanya, “Agak-agak yang mana satu bagus? Yang mana patut saya pergi”

Ini soalan yang korang kena tanya diri sendiri. Pergi search semua perbezaan empat-empat tu. Semua ada pros and cons. Evaluate sendiri. Kalau perlu list down, buat list down dan tanya diri sendiri. Jangan suruh orang yang buat keputusan. Kau yang nak belajar. Bukan orang lain.

Sebab aku masuk asasi, jadi aku tak tahu lah macam mana yang lain-lain tu. Tapi selama setahun masuk asasi, kita dah didedahkan dengan suasana universiti. Jadi masuk universiti nanti kita dah terbiasa dengan budaya tu.

Percayalah, bila masuk universiti nanti (kalau korang daripada STPM, Matrik and Asasi) korang akan nampak kelompok yang berbeza. Aku bukan nak kata semnagat berpuak-puak, kitorang mingle je tak kisah pun kau asasi ke matrik ke diploma sekalipun.

Contohnya haritu sekali lecturer aku tak datang kelas sebab ada emergency so kita orang tak tahu lah kelas cancel kan. And disebabkan kitorang dah terbiasa dengan budaya tinggalkan kelas setelah 30 minit lecturer tak datang, so lepas 30 minit tu kitorang bla lah. Tapi gang STPM and Matrik ni pandang pelik je kat kitorang. Diorang tunggu sampai habis masa.

Dan satu lagi, sebenarnya benda ni pun ada relation jugak dengan course apa yang korang nak ambik nanti and cita-cita korang.

Contoh: ada yang nak jadi Cikgu Pendidikan Seni. Korang masuklah STPM and ambik elektif Seni. Lepastu boleh sambung UPSI.

Sebab tu benda korang kena plan awal-awal, jangan nak tunggu tarikh tutup baru nak buat semua. Tak tahu, tanya. Dekat Facebook ada Group Halatuju Pendidikan Selepas SPM. Join lah. Banyak info situ. Boleh buat research.

5. Ikut pilihan parents atau Cita-cita?

Yang ni seriously aku pun takde jawapan. Sorry. Sebab aku sendiri pun mengalami konflik jugak dulu nak pilih sebab aku ada minat yang berbeza dengan apa yang parents suruh.

Aku ringkaskan macam ni lah, aku banyak dengar kisah-kisah yang orang belajar ikut kehendak parents ni diorang berjaya siap dapat first class degree lagi. Selalu dekan.

Tapi bukan sebab tu yang membuatkan aku tinggal minat sendiri dan ikut kehendak parents. Tapi sebab aku tahu parents aku tak suka course yang aku minat tu, jadi aku ikut je la kehendak dia. Sebab aku pasti, parents ni bila kita ikut kehendak dia, ada lah keberkatan kat situ, and mestilah diorang happy sebab anak dia dengar cakap, mesti diorang akan selalu doakan kita. Ye dak?

Sebabtu aku pilih ikut apa yang parents aku suggest sebab aku tak nak belajar apa yang mak aku tak suka. Ini pendapat aku je. Korang jangan lah pulak ikut aku. Korang kena nilai dengan diri masing-masing jugak, ikut kesesuaian.

Contoh nya result korang lepas tak lepas nak ambik medic tapi parents nak jugak ambik medic. Jangan lah jadi lembu cucuk hidung sangat, perjudikan masa depan. Cakap baik-baik dengan parents tu kenapa tak boleh ambik medic.

Ada jugak orang yang ikut je pilihan parents and lepastu dia sambung lah minat dia sendiri pulak. Tak kisah kalau kau berkemampuan. Berkemampuan bukan duit je. Dari semua aspek.

6. Overseas

Yang ni satu lagi. Taksub nak belajar overseas. Kalau nak pergi overseas semata-mata sebab nak bermegah, nak menunjuk, tak payah lah kot. Niat nal belajar tu, betulkan dulu. Aku bukan dengki tapi realiti tak seperti yang korang sangkakan. Buat timbang tara dari setiap sudut.

Tapi kalau dah ada peluang tu, grab je. Opportunity seldom knocks twice. Janganlah pulak sampai suruh parents kat kampung tu bergadai tanah barang kemas semata-mata nak belajar overseas. Kalau anak jutawan aku tak kisah. Dalam Malaysia ni banyak IPTA dan IPTS yang bagus-bagus jugak.

7. Taknak PTPTN

Aku tahu ramai yang taknak ambik PTPTN kan sebab macammacam cerita yang korang dah dengar. Jadi kalau taknak PTPTN, sila belajar betul betul make sure result gempak. Apply la scholarship. Biasanya Yayasan Negeri masing-masing ada sediakan pinjaman yang jauh lebih berpatutan dari kadar bayaran balik PTPTN.

Pokok pangkalnya, PTPTN ni orang kata, last resort lah. Korang boleh try jugak Yayasan Bank Rakyat. Kadar bayaran balik macam MARA Edu Loan iaitu ikut CGPA. Tapi kalau dah terpaksa ambik PTPTN tu, make sure degree nanti dapatkan first class, nanti boleh mintak untuk tukarkan pinjaman pada biasiswa. Tapi kalau diploma setakat ni, tak boleh. Dapat 4 flat pun kena bayar penuh jugak.

7. Kalau dah isi UPU, boleh tak apply yang lain?

Boleh dik, boleh. Apply lah. UPU, IPG, Matrikulasi, Kolej Kemahairan under MARA seperti IKM, GiatMara, KKTM tu semua di bawah permohonan yang berbeza.

Ada orang kata, kalau dah dapat UPU, dah tak dapat Matrik. SALAH! Jangan dengar cakap dia. Aku dulu dapag je both UPU and Matrik. Cumanya aku dulu result Matrik keluar lebih awal dari UPU. Tapi, Matrik dan STPM, ini yang akan dapat salah satu je.

Contoh: Kalau dapat Matrik, korang takkan dapat STPM dah.

“Tapi saya tak nak masuk Matrik. Saya nak masuk STPM”

Dah tu yang pergi apply Matrik tu dulu kenapa kalau dah tak tahu memang taknak? Okay dah jangan risau. Still boleh jugak. Tapi pergi lah kesekolah yang korang nak masuk Tingkatan 6 tu dan apply lah secara manual.

8. “Saya orang susah, parents takde duit. Baik saya pergi kerja, dapat duit”

Yang ni aku tak boleh nak kata apa. Tapi ingat! Susah macam mana pun kita, ingat, yang Malaysia ni sangat mementingkan pendidikan di peringkat tinggi. Kata nak mencapai TN50 kan. Haa generasi sekarang lah kena berpendidikan tinggi.

Aku tak arif sangat pasal ni tapi ini pendapat aku. Dekat Malaysia ni banyak sangat sumber kewangan yang berkelayakan untuk orang susah dan tak mampu. Cari! Kalau betul-betul nak belajar, banyak je institusi under MARA yang sediakan elaun lagi.

Seperti IKM, Giat Mara, KKTM. Belajar kat sana ada elaun tau. Bukan pinjaman! Tak payah bayar balik. So, jangan bagi alasan kalau korang betul betul nak belajar.

Jujurlah aku cakap zaman sekarang ni zaman orang pentingkan pendidikan. Tapi tak bermakna kita boleh pandang rendah pada yang kurang hanya sebab kita lebih. Jadi, selagi ada peluang untuk belajar, ambik peluang tu.

Okaylah panjang sangat dah ni, karang malas pulak nak membaca nya. Selamat maju jaya untuk adik-adik yang akan melangkah ke dunia universiti.

Setakat ni je kot dulu apa yang ada dalam fikiran aku. Kalau ada tips lain lagi nanti aku update balik and share dengan korang. Harap harap bermanfaat lah untuk semua.

Kalau ada yang tersalah info tu, mohon betulkan.

– Adeim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit