Jatuh Bangun Dalam Belajar

Assalamualaikum kepada komuniti iium confession. Tujuan saya bercerita ni adalah untuk berkongsi pengalaman jatuh bangun saya dalam studies. So saya harap kepada adik-adik lepasan SPM n degree yang cgpa tak sampai 3.00, juga yang sedang prepare untuk interview kerja dan apply scholarship khususnya, dapat ambil yang positif dari cerita saya. Maaf agak panjang, saya cuba untuk tidak buat part I dan part II

Sedikit intro mengenai diri saya: perempuan, umur 30 tahun, engineering student.

Dari sekolah rendah dulu sampai form 3, alhamdulillah Allah sentiasa beri rezeki dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum kepada saya. Saya sangat aktif semasa sekolah dulu dan alhamdulillah selalu exam dapat nombor 2 (or top 5).Alhamdulillah.
Semasa upsr saya dapat 4A dan PMR 8A. Saya memang study dengan sangat bersungguh2. Lepas PMR tu saya mohon untuk masuk MRSM, tapi apakan daya bukan rezeki saya. Masa form 4, saya rasa satu perasaan yang sangat sangat penat nak belajar. Maybe sebab kecewa, saya belajar teruk2 dan score pun tapi saya tak dapat masuk ke sekolah yang saya nak. Start dari situ result exam saya memang drop. Masa form 5 nak catch up balik dah susah. Macam dah hilang rhythm nak study tu. Sudahnya masa spm sy dpt beberapa A je.

Mungkin masetu rezeki saya, alhamdulillah saya dapat masuk uia. Masa matrik cgpa dlm 2.6 je. Saya memang belajar bersungguh-sungguh tapi mungkin cara belajar saya salah. Lepas masuk maincamp saya cuba untuk ubah cara belajar, 2 tahun pertama tu pointer saya dlm 2.7-2.90. start 3rd year saya ubah cara belajar sebab rasa tak cukup smart lagi cara belajar. Assignment semua saya buat sendiri (dulu kalau tak tau, saya akan tiru kawan. Jangan contohi saya part ni..huu) n sebelum tu quiz pun kadang2 berbincang (ramai yang buat ni). Tapi start 3rd year, semua saya akan usaha sendiri. Kawan2 bincang ms quiz saya akan diam. Kalu tak tau, saya akan hentam asalkan saya jujur dan tak meniru atau berbincang. Masatu bagi saya yang penting keberkatan. So bila saya berusaha sendiri, saya akan work harder n smarter. Yela dah tak boleh meniru kan. Semua kena atas usaha sendiri..Alhamdulillah pointer saya semakin baik, ada semesters yang dpt atas 3.00. Final sem GPA sy hampir 3.5, sikit lg nak dean’s list tapi xde rezeki. At the end saya graduated dgn cgpa 2.91. memang sedih sebab tak sampai 3. Saya fikit kalau diberi peluang lagi, saya tau saya boleh dapat lebih dari 3.00. malangnya masa 2nd year tu pointer sy cume 2.7 walaupun gpa makin naik, tapi still tak lepas 3.00.

Then saya decide untuk ambik master in mixed mode program. Saya memang nak ambik kelas sebab saya dah rasa seronok belajar plus saya nak buktikan yang saya boleh belajar dengan baik dan dapat pointer tinggi. Sepanjang master tu saya sangat excited kalau ade quiz dan exam dan akan rasa tak sabar nak dapat results. melalui quiz dan exam ni lah saya tahu sejauh mana saya faham subjek tu. Saya memang study smart (and hard). Saya akan duduk di depan sekali di kelas, selalu volunteer untuk jawab soalan, selalu bertanya lecturer semasa dan di luar kelas untuk apa2 yg saya tak faham, buat latihan and revise balik lepas habis kelas.

Kawan2 sekelas ramai yang minta saya ajar mereka, di mana ini semua apa yang saya buat semasa degree. Tapi masa degree tu saya sedih sikit sebab kawan2 yang pandai2 ni mengajar acuh tak acuh dan dengan intonasi dan cara mereka mengajar, kami yang tak berapa pandai ni selalu rasa sangat bodoh sebab tak tau. Masa ni saya memang tanamkan niat kalau saya mengajar orang nanti, saya akan mengajar dengan berhemah dan taknak buatkan mereka rasa stupid. Sem kedua master alhamdulillah saya mendapat gpa 4.00. Allahuakbar menitis airmata masa tu. Tak sangka boleh dapat straight A’s especially untuk killer subject yang ramai fail. Saya fikir ini semua berkat doa parents, diri sendiri dan sifat jujur dalam belajar yang mana saya selalu niat nak dapatkan keberkatan dalam belajar. Alhamdulillah saya graduated master dgn cgpa 3.80+, A dalam research, dapat beberapa research awards dan menerima one of the prestigious scholarship awards from uia. Dalam 4 org penerima biasiswa tu, lagi 3 org phd students (international). Alhamdulillah pass screening process and interview. Memang tak sangka. Alhamdulillah ada juga nak berikan saya scholarship sebab biasanya scholarship provider ni nak tengok pointer masa degree juga, minimum kena dapat 3.00. terima kasih uia sebab bagi peluang untuk saya buktikan pada diri sendiri, saya juga mampu dapat scholarship. Alhamdulillah.

Masa saya belum habis master saya pergi ke satu interview international pharmaceutical company ni. Position yg saya apply tu Process Engineer. Masa tu fikir nak ambil pengalaman interview je, xnak pun keje tu sebab kat negeri lain. Tapi saya jenis yang bila buat sesuatu memang saya akan buat bersungguh2. Saya study hard untuk interview tu. Saya kena interview hampir satu jam. Memang interviewer tu tanya soalan macam direct dari text book kot. Memang banyak soalan technical and problem solving mengenai product and operation. Dalam otak saya masa tu dok fikir, ni ade Dr. ajar dalam kelas masa 3rd year degree, soalan ni belajar masa 2nd year.. haha. Memang susah ya amat. Yang tak best, interviewer ni tak nak move to next question walaupun saya diam dan jantung berdegup kencang sgt sbb nervous tak dapat jawab. Tapi maybe sebab adrenaline pumping ke cmana ntah masetu, tiba2 tengah diam berfikir tu saya teringat saya pernah sekali TERbaca pasal process and machine tu and at the end saya boleh jawab. Bila saya jawab dan tengok interviewer angguk memang saya happy tak terkira, and start goreng segorengnya masa saya explain pasal process nak buat ubat tu.

Saya rasa interviewer tupun faham kita dah lama habis belajar subjek tu. Dia Cuma nak tau kita faham konsep ke tak kot. Asalkan faham konsep utama pasal proses tu, insyaAllah boleh pass soalan interview. Dan penting juga kepada adik2 yang nak pergi interview tu, untuk study pasal company tu, products dia, mission vision, study dalam2 tentang kerja yang kita nak apply tu (boleh juga refer kat job scopes utk tau nak study apa). Dalam hal saya ni, segala yang berkaitan dengan company and produts mmg saya study sampai bukak journal, Wikipedia (simple explanation n senang nak faham), text book masa degree etc. yang paling penting, FAHAM KONSEP.

Berbalik semula kepada cerita saya, Lepas interview tu, nama saya tak dipanggil untuk 2nd interview. Bila rasa tak dpt tu, saya jd sedih lak sbb ms interview macam dapat je position tu. Interviewer siap tanya saya nak terima ke kerja kat situ kalau dapat offer walaupun jauh dari negeri asal sy. Huu. Mungkin takde rezeki. Tetapi… pada keesokan harinya saya dapat panggilan dari company tu yang saya Berjaya dapat kerja di situ. Apparently, interviewer tu impress dengan saya semasa interview dan bagi position saintis kat company which position tu tak ditawarkan pun dalam iklan masatu. dan saya tak perlu pergi second stage interview pun. Gaji 4K dan mereka sanggup tunggu saya habis belajar. Allahuakbar. Saya yang struggle semasa spm dan degree pun pointer tak sampai 3.00, boleh kerja yang mana saintis adalah cita2 saya sejak sekolah rendah. Tapi saya tolak tawaran tersebut sebab kena dok oversea training setahun dan masetu ibu tak berapa sihat, plus research pun tak habis lagi. gamble betul company tu kalau saya tak habis master tak ke parah kan.. hee. Alhamdulillah atas pengalaman interview ni.

Lepas habis master saya kerja selama 2 tahun di sebuah ipta di area KL. Masa tu saya apply untuk sambung phd di sebuah unversiti terkenal di Jepun. Salah satu yang perlu saya isi di boring permohonan adalah cgpa untuk 2 tahun awal (1st and 2nd year studies) dan 2 tahun akhir (3rd & 4th year studies) semasa degree. Bila kira-kira, 2tahun pertama cgpa saya dalam 2.80. tapi 2tahun akhir cgpa saya 3.20 alhamdulillah. Ada lecturer saya pernah cakap ms saya awal 3rd year, jgn risau pointer rendah, yang penting kena IMPROVE. Every sem mesti kena Nampak yg pointer semakin naik. Company biasanya nak tengok candidate ni makin improve or makin worse. Jangan pointer awal 3.50 (contoh) tapi every sem gpa jatuh (tak semua company tgk macam ni. Ada yang tgk final cgpa terus) rasanya university yg saya apply tu tgk result degree saya makin improve (selain result n achievement masa master) walaupun final cgpa tak sampai 3.00 alhamdulillah saya dapat surat tawaran untuk sambung phd ke university tersebut. Tapi saya tak dapat pergi ke sana sebab problem dgn scholarship pulak..huu.

Then saya apply Japanese government scholarship dan Berjaya sampai ke 3rd stage. 1) screening of application 2) language examination 3) interview. Saya sgt seronok semasa interview tersebut sebab interviewers dari jepun sgt friendly and sgt interested dengan research saya. Alhamdulillah saya dapat jawab semua soalan dgn happy nye and I thought I had it. Tapi rupa2nya tak dapat, mungkin lebih ramai yang layak dari saya. Rasa sedih tu memang tak terkata sebab impian saya dari sekolah untuk menyambung pelajaran ke jepun. Saya sangat sedih bila tengok orang lain pergi belajar sampai ke oversea sebab niat nak BERJALAN (ni yang mereka mengaku). especially postgraduate students. Sedangkan saya betul2 nak belajar di jepun kerana nak buat research di sana. Jepun dan research memang sangat mantap dan saya berharap dapat belajar cara kerja dan expertise mereka. Saya kerap berhubung dengan supervisors di sana dan mereka sangat membantu dan expert dalam bidang masing2. Membuatkan saya lagi nak belajar kat sana. Plus saya juga sgt sgt suka dgn Japanese culture.. huu. Apepun sekarang sy bersyukur kerana masatu tak dapat scholar tu. Kalau dapat, mesti saya sudah berada di jepun sekarang dan tidak dapat menjaga ibu yang selalu sakit dan tidak dapat bersama ketika ibu menghembuskan nafas yang terkahir. Al-fatihah buat ibu tercinta. Along sentiasa sgt rindukan ibu… kita merancang Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah di atas setiap percaturan hidup yang Allah telah aturkan. Mungkin boleh buat postdoc or double phd di jepun. Saya masih menyimpan impian untuk belajar di sana. doakan ye saya dapat belajar di Jepun.

Sekarang saya sedang mengikuti PhD di sebuah Research University di lembah klang. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan. Doakan saya ye semoga research saya berjalan lancar dan cepat sampai jodoh (tiba-tiba.hehe) Saya yang dulu SPM Cuma beberapa A, cgpa masa degree x sampai 3.00, tapi alhamdulillah Allah kurniakan juga rezeki untuk sambung PhD kepada saya. Saya harap adik2 pembaca di luar sana tak putus asa dengan apa pun keputusan exam yang adik2 dapat. Berusaha dan jangan putus asa. Jangan sesekali putus asa. Banyakkan berdoa, banyakkan sedekah, jaga hubungan dengan Allah dan sesama makhluk. Ingatlah hidup ni ibarat roda, tak selamanya kita di atas, dan tak selamanya kita di bawah. Saya minta maaf jika ada yang tidak suka atau terguris hati baca confession saya ni. Semoga Allah merahmati dan meredhai hidup kita.

– Hamba Allah yang masih belajar.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit