Cabaran Sambung Belajar

Assalamualaikum. Thanks admin jika confession ini disiarkan.

Aku perempuan berusia 21 tahun. As a student cabaran nak sambung belajar banyak inikan pula bila dah dapat tawaran untuk belajar. Sangat mencabar bukan? Banyakkan bersabar. Pengalaman aku sendiri bila nak apply universiti banyak dugaan. Dugaan2 inilah buat aku jadi lagi kuat.

Lepas aku dah habis SPM, aku mohon upu. Nak dikatakan result SPM takde bagus mana. Biasa2 je tapi aku tetap bersyukur. Bulan April diumumkan keputusan upu keluar. Bila je check aku tak dapat masuk dalam mana2 universiti. Sedih tu jangan cakap la. Kau bayangkan bila kawan kau semua dapat even result diaorang lebih kurang macam kau tapi kau tak dapat mana2. Memang masa tu aku pasrah habis. Sampai air mata nak keluar pun dah takda. So, aku try la buat rayuan. 2 minggu lepastu, again and again tak dapat juga. Bukan rezeki aku. Semua perasaan ada masa tu. Family aku suruh aku masuk form six. Masa lower six dalam bulan 7 aku try lagi mintak uitm second intake (diploma). Lama juga la aku tunggu sampai nangis2 dekat parents taknak masuk form six.

Harapan aku letak dekat uitm tu mungkin terlampau tinggi bila aku dapat tahu yang aku tak dapat untuk masuk ambilan kedua uitm. Serious talk, aku memang frust sangat bila tak dapat. Rasa macam takda harapan (perasaan yang aku rasa masa tu). Aku just ikutkan apa yang mak ayah aku cakap takda rezeki. Kalau diikutkan hati aku memang taknak buat rayuan sebab aku taknak frust menonggeng lagi. Disebabkan mak ayah nak juga, aku try buat. Bila rayuan dah keluar, aku masih tak berjaya juga. Hancur betul rasanya hati ini.

Setahun setengah aku berjaya juga habiskan STPM. Nak kata result pun biasa2 je above 2.50. Alhamdulillah. Ramai orang kata form six memang susah. I admit it. Tak semua orang boleh buat (dengan permarkahan yang agak kedekut). Aku apply upu dan sambil tu juga aku cari kerja sebab kemasukan degree bulan 9. Dipendekkan cerita, aku tak dapat upu dan rayuan juga aku mohon dan masih tak dapat. Yes, semestinya sangat kecewa. Kecewa sampai ketahap aku pun mampu nak cakap apa2. Tapi aku percaya rezeki aku mungkin bukan sekarang tapi insyaAllah kemudian hari.

Keputusan uitm ambilan kedua baru je keluar. Aku ada mohon dan buat kali ke-8 aku mohon masih juga tak dapat. Apa yang aku boleh buat hanya sabar. Tahniah siapa yang layak masuk ke alam universiti. Itu peluang korang dan jangan sia2 kan peluang yang ada. Doakan aku untuk rayuan ini. InsyaAllah kalau ada rezeki adalah. Kalau takda, mungkin dekat tempat lain. Allah sebaik baik perancang. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Yang baik datang dari Dia.

– Perempuan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit