Salam. Thank you admin bagi aku satu peluang lagi nak kongsi cerita. Sebagai mukadimah, aku tiada niat pun nak sambung post pasal kahwin ini. Tapi, after my conversation with abah yesterday, I think its fair to share his piece of advice. Jangan risau, lepas ni takkan ada nasihat kakak,adik atau abang haha. By the way, terima kasih atas segala feedback positif yang korang berikan. Komen2 korang sangat berguna untuk aku juga. Aku bagitau mak aku yang nasihatnya telah dishare for almost 17k, dan bila dia baca komen2, dia nangis sebab terharu. Dia doakan para readers dapat beristiqamah dalam menjadi suami dan isteri yang lebih baik di masa hadapan. Dia juga masih cuba untuk improve menjadi isteri yang lebih baik. Aaminn.
Nak dijadikan cerita, selepas majlis pernikahan kakak aku semalam, kami sekeluarga pergi ke rumah nenek di Wangsa Maju. Kerja aku kena tolong2 la orang di dapur. Kakak aku pulak tengah sibuk bergambar dengan abang ipar aku tu. Dua benda yang aku perasan; 1) muka dorang lebih kurang sama. 2)kenapa rumah nenek aku ada dua bilik yang mereka panggil bilik nenek dan juga bilik arwah datuk aku.Bukankah mereka duduk dalam bilik yang sama? Persoalan ini betul2 buat aku curious, tapi aku takut nak tanya nenek aku jadi aku biar kan jelah. Aku pun pelik baru sekarang aku terfikir, padahal nenek aku jaga aku sejak kecik sampai habis sekolah rendah.
Setelah habis semua kerja, abah aku ajak minum kat luar. Jadi, aku gunakan peluang ini untuk mengutarakan persoalan aku yang bermain di minda. Abah aku ini dia ada time dia cakap sepatah, ada time cakap banyak. Aku lucky sebab hari ini dia ada mood nak cakap banyak. Dia pun bukak cerita nenek dan arwah datuk aku. Rupanya, nenek dan arwah datuk aku tidak tidur sebilik sejak makcik (yang paling bongsu) dilahirkan. Arwah datuk meninggal masa makcik ku berusia 32 tahun. Bermakna selama 32 tahun mereka tidak tidur sekatil. Aku terkejut mendengarnya. Dengan sebab, nenek aku dah tak nak anak dan dia agak marah dengan datuk aku. Allahu.
Nenek aku sejak kecil tidak sekolah dan dia juga tidak diberikan pendedahan agama. Dia dikahwinkan pulak seawal 16 tahun. Abah cakap zaman dulu memang kurang exposure tentang bab2 agama, boleh kira berapa orang yang pakai tudung. Zaman tu jugak mana ada teknologi semua. Sebab tu pentingnya ada ilmu perkahwinan. Kita mungkin tak sedar kita telah melakukan dosa dengan suami. Yang buat kami sedih, dia lebih percaya bomoh daripada Tuhan. Sampai sekarang, dia sembahyang, tapi dia still percaya dengan kepercayaan orang dulu2. Lagi sedih, bila layanan nya kepada arwah datuk aku juga berubah.Takdelah sampai benci, Cuma dah tak ada chemistry macam suami isteri yang lain. Orang dulu2 pun mana diberi exposure tentang birth control semua ni. Sampai arwah datuk aku meninggal, nenek aku masih tetap dengan pendiriannya.
Aku sedih mendengar cerita ni sebab memikirkan baiknya arwah datuk aku dulu. Arwah datuk merupakan seorang askar dulu, selepas pencen baru mengenal agama. Dia cuba untuk ajak nenek aku juga untuk belajar agama tapi nenek aku degil dan dia tak nak. Pernah sekali abah aku terdengar doa datuk dari luar biliknya. Dia menangis2 mintak kat Tuhan untuk lembutkan hati isterinya. Dia cakap dia taknak menjadi suami yang gagal mendidik isteri. Datuk aku buat macam2, tapi nenek ku masih dengan keras kepalanya. Akhirnya, datuk aku give up sampai la hari dia meninggal. Nenekku menangis dan dia cuba maafkan suaminya. Sebelum nafas terakhir, datukku sempat cakap dengan nenek yang dia redha dan dia maafkan semua kesalahan nenek aku.
Abah cakap sebab tu dia bawak jugak mak pergi umrah (tiba2 berkait dengan cerita mak aku sebelum ni, tu yang trigger aku nak share ni. Aku syak bapak aku baca confession aku tu). Ikut hati dia taknak pergi sebab kena pergi dengan keluarga belah mak. Dia takut niat mak aku buat umrah sebab nak beramai dengan kakak2 dia. Tapi dia turutkan jugak, sebab benda baik. Sebagai suami, dia taknak give up macam datuk aku. Mak aku, masa bekerja baru bertatih untuk menunaikan solat. Lepas dia pergi umrah, dia terus berhenti kerja. Nak fokus untuk akhirat pulak. Memang dia betul2 berubah.
Abah cakap bawak mak aku pergi ke umrah is the best decision he ever made in life. Umrah tu bukan sahaja mengubah mak aku, tapi dirinya juga. Abah bersyukur sangat hati mak terbuka hati untuk belajar agama. Dia ambil big step bawak mak aku pergi umrah, tapi dia tak expect selepas balik tu, mak aku sikit2 mengubah diri abah ke arah kebaikan. Contohnya, bila mak aku mula bangun tahajud, dia juga ikut sekali. Bila mak aku puasa sunat, dia pun puasa jugak. Jadi tugas didikan bukan sahaja terletak di tangan suami, tapi kedua2 memainkan peranan.
Aku pun tanya abah macam mana dia boleh sabar dengan mak selama ni. Abah cakap simple, just ingat balik semua jasa dan pengorbanan isteri, Insyaa Allah, hati ini akan reda sendiri. Dari situ, datang rasa nak appreciate isteri tu. Benda paling besar dia bagi dekat abah is anak2. Abah pernah tanya mak, rate the pain of beranak from 1 to 10. Mak aku marah, dia cakap “abang, sakit beranak tu takkan boleh diterangkan dengan perkataan atau nombor. Kalau ikut, 100 bang!”, jerit mak. Abah aku hanya tergelak.
Lagi, mak aku banyak tolong abah dari segi kewangan. Mereka berdua start daripada bawah, kerja kerani di sebuah bank ini. Disebabkan abah dapat naik pangkat jadi hr, gaji dia tinggi sikit daripada mak. Tapi abah jenis yang tak pandai berjimat. Pantang ada duit dalam bank, memang rasa nak habiskan. Prinsip belanja dia, mahal=kualiti. Kan aku pernah cakap, abah dengan mak dua2 opposite. Mak aku ni memang penjimat gila. Mak aku pernah cerita dekat aku, sepanjang hidup dia pernah beberapa kali je dia berhutang. Hutang credit card pun dia akan lunaskan sebaik sahaja dapat gaji. Jadi, hutang credit card dia tak pernah sekali pun accumulated. Masa mula2 beli rumah dulu pun pakai duit mak.Jadi mak memang financial advisor aku. Nasihat dia yang aku selalu ingat, bila mula kerja, apply satu je credit card, jangan lebih macam bapak kau. Dan jangan biasakan guna sampai maksimum. Beli barang mengikut kemampuan. Dah tau gaji tak banyak, jangan nak beli kereta mahal2.
Lagi satu pengajaran besar yang abah belajar daripada mak ialah macam mana nak treat ibu bapa. Mak aku ni anak ke 8 daripada 11 adik beradik. Paham2 la anak yang dekat2 nak last tapi bukan last ni. Memang mak aku cakap dia selalu tak dapat attention. Tapi tu yang membuatkan dia kuat dan independent. Dia orang kedah, datang kl dengan duit sendiri. Abah cakap she went through so many hardships in life, sebab tu dia keras hati. Berbeza dengan abah, dia memang dilahirkan di Selangor dan keluarganya agak senang berbanding mak. Kalau ikutkan, abah memang tak pernah rasa susah sampai la dia berkahwin.
Sebelum mak aku pergi kl, tok aku (nenek aku belah mak) pesan, dapat gaji pertama, jangan lupa bagi sikit dekat dia. Ada satu bulan tu, mak aku betul2 sempit, tak ada duit jadi dia tak bagi kat tok aku. Tok aku call dia cakap bagi duit, sikit pun jadilah. Kalau ikut semua adik beradik mak aku semua bagi duit dekat tok. Mak aku hairan kenapa tok insist sangat suruh bagi duit. Tok aku cakap dia bukan nak sangat duit, dia tak nak keberkatan hidup mak aku tu hilang. Lepas mak aku cerita kisah ni kat abah, abah mula bagi duit kat nenek bulan2. Dia bagi jugak dekat tok sebab bagi dia mak mertua perlu dilayan seperti mak kandung. Abah perasan, sejak dia bagi duit bulan2 dekat mak dia, hidup terasa lapang dan rezeki dia murah sangat. Lepas itu, abah cakap mak selalu jemput nenek dan tok tinggal rumah. Salah satu adab yang penting dan ramai orang tak tau ialah jangan sesekali marah anak depan mereka sebab nanti mereka akan rasa unwelcomed.
Abah cakap abah dengan mak go through susah senang bersama dulu, takkan nak buang semua tu macam tu je. Pernah kena tarik kereta, pernah makan nasi telur kicap, tambah pulak mak aku keguguran beberapa kali dan kakak ku dulu ada masalah sawan yang agak serius sampai mak abah terpaksa ikat perut nak biaya bil hospital. Mereka siap pindah dekat dengan hospital sebab kakak aku kerap kena sawan. Dengar cerita abah membuatkan aku lagi nak appreciate dorang. Sedikit sebanyak nasihat abah ini membantu aku jugak.
Kesimpulannya, there’s always a woman behind every man’s success. Boleh jadi ibu atau isteri. Bagi abah, kedua2 nya penting. Katanya lagi ,tanpa mak, dia takkan sampai ke tahap ini. Abah cakap lagi mak pernah bagitau dia kalau mak pergi dulu, dia nak abah kahwin lain. Abah tanya kenapa.Mak kata sebab abah memang tak boleh hidup tanpa isteri. Daripada dulu, nenek jaga betul keperluan abah, lepas tu giliran mak pulak. Kira abah tak pernah hidup bersendirian. Pernah sekali mak pergi team building 3 hari, abah macam tak keruan. Abah balas, abah harap abah pergi dulu sebab dia setuju yang dia tak boleh hidup tanpa mak. Sampai sini je perkongsian kisah aku. Jika ada sebarang kekurangan, harap korang sudi highlightkan sebab aku juga mendapat banyak manfaat daripada komen2 korang semua. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum.
– A Daughter
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit