Tak Semua Sama

Assalamualaikum first of all thanks admin yg approve confession ni, well nama aku izal, aku ni seorang lelaki awal 20an, seorang pelajar IPT kat pantai barat malaysia.

Seronok baca kisah hati lelaki n angah versi perempuan.. Teringin nk ada angah mcm tu, aku ank ke 4 dari 5 adik beradik n seorang je perempuan dlm adik beradik kita org which is along aku yg sulung.. Angah aku ni x macam angah-angah yg confessor sebelum ni cerita, totally opposite.. Angah aku banyk menyusahkan family aku, seriously banyak sgt!!! Sampai satu tahap aku benci n harap bila dia nak mati!

Dari dia sekolah sampai dia kerja n kahwin pun still menyusahkn mak ayah aku… Masa zaman sekolah, lagi dia kantoi dgn ckgu ponteng sekolah, masuk ladang sawit isap gam, malu kot mak ayah aku kena g sekolah ckgu pnggil smpi jadi kes polis. Tu baru satu, dia jugak dulu kuat menipu mak ayah aku.. Mase sekolah rendah dia ok, dia pandai tapi the thing yg totally ubah hidup dia is dia salah pilih kawan.. So satu, satu hal dia buat sbb terlalu ikutkan naluri muda dia, bukan setakat arang je dia conteng kat family aku, tahi pun ada, sampai dia buntingkan ank dara org.. Bukan sekali tapi 2 kalii!!!! Aku kesian kat mak ayah akuu!! Kena tanggung malu dgn org kmpg, angah aku mmg x guna!! Angah aku mmg kuat melawan, x boleh org bantah sikit dia akan melawan x kisah kau siapa sampai dia lupa siapa yg besarkan diaaa!!!

Dia pernah bergaduh dengan mak aku, ayah aku.. Ayah aku seorang yg penyabar tapi sekali tu angah kurang ajar dgn dy, dy terajang angah, haahahah padan muka kau angah..masa tu mmg gaduh besar laaa n mak aku patah kaki masa tu accident.. Aku ni hmm, aku yg halang angah n ayah aku gadoh, while kakak ipar aku tlg panggilkan jiran, angah betul2 masuk hantu masa tu, terjerit nk bunuh org tu bunuh org ni, abg ats aku which ank no 3, diaa seorng yg pendiam, dia x pandai sgt, tapi dia x menyusahkan mak ayah aku, masa hari tu dia balik umah, terus dia belasah angah aku, tu pun ada org kmpg tlg tahan, so dari angah aku gado dgn ayh aku jadi angah gado dgn acik, aku?? Hahahah aku mmg x laa nk campur sbb aku mewarisi sifat mak aku senang kesian kat org n murah sgt air mata aku ni.. Hahahabahaha…sape x sedih doh tgk family ko mcm jadi broken family jeee… Fyi along aku kerja kat luar, dia boleh tahan garang tapi dia baik dgn akuu.. Kita org sekepala, dia pun benci angah aku tapi kita org jnis cakap je benci kat blkg tapi depan2 kita org layan je baik2 sbb x suka keruhkan keadaan..

Angah ni jugak hmm pernah terlibat dgn dadah, dia pernah ambk ice. Mak aku jumpa alat2 menghisap dia dalam bilik dia…mak aku jgn ckp laa dia bnyk nangis sbb angah, sbb tu aku benci angah. Angah pernah nk berubah dulu kejap, tapi kejap sgt pas tu buat balik… Kalo setakat dadah tu di boleh ambk inikn pulak air kencing setan tu pn dia teguk, angah mmg totally rosak!! Dgn sifat angah mcm tu buat aku takut, aku takut nk dekat dgn mana2 perempuan sbb takut dia org x boleh terima family aku, aku malu nk kenalkan family aku yg broken ni..

Aku bkn berasal dari keluarga pandai2, alhamdulillah lahh rezeki aku dpt smbg ipta, one of the things jadi semangat belajar aku is aku nk tutup balik aib2 family aku yg org duk jaja, at least mak ayah aku ada ank yg dia org boleh bangga walaupun aq ni x seberapa tapi sgt bermakna untk aku tutup mulut2 org kmpg dgn pencapaian aku.. Angah ni kalau angin dia ok, dia baik je, boleh ajak sembang gelak2 n kalau pandai ambk hati dia nk mintak tlg apa pn senang je..

Kalau nk ceritakan pasal angah ni mcm2 keluar masuk penjara lahh, dadah lahh, mencuri lahh, pecah umah org lahh, mcm2 cuma membunuh je dia x buat lagii.. Yg lain semua dia dh try, nasib x sangkut dgn ahlong..

Skrg angah aku dah umur 28, dan alhamdulillah dia baru dapat kesedaran untk berubah, one of the things yg buat dia semangat nk berubah is anak dia, dia pernah cerai dgn bini dia,tapi naluri dia sebagai ayah tu tetap ada,sedih tgk malam raya dia nangis sensorang sbb teringat n rindu anak dia,skrg dy dh rujuk dgn bini dia, x boleh nafi lagi dia mmg pernah buat salah dulu, tapi family aku sentiasa sokong dia nk berubah, skrg dia lebih matang, dia dh boleh fikir, dia pun dah x ambk semua dadah n air kencing setan tu, dia pun dah ada kerja tetap walaupun gaji x seberapa tapi lepas untk ank bini dia kita dah bersyukur as long as dia x menyusahkan mak ayah aku, dia dah tau hormat org tua..

So, apa yg aku nmpk dari diri angah aku ni, mmg betul dia pernah buat silap dulu, banyak kali, tapi dia perlukan sokong. Untk berubah, mak ayah aku sentiasa sokong dia walaupun hati dia org hancur dgn perangai angah dulu, alhamdulillah angah dh dpt kesedaran skrg dan harap2 berkekalan.. Nasihat kepada readers, pandai2 lah nk pilih kawan, biar kawan mmbantu bukan merosakan masa depan.. N sokongan family sgt penting untk buat org yg tersasar tu rasa ada tempat untk dia bergantung harap n sokong dia untk berubah.. Maaf pnjg sgt pulak confession ni..

– Izal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit