Assalamualaikum, aku ni seorang student UiTM major sains. Aku ada beberapa benda nak diluahkan. Semoga luahan ini boleh dibuat iktibar/renungan untuk semua baik lelaki atau perempuan. Coretan ini mungkin lebih memihakkan kepada lelaki tetapi baca terlebih dahulu dan kalau bias sekalipun lantakla sebab aku dah serik baca entry/post perempuan di facebook di mana mereka asyik menyalahkan lelaki sahaja. Even so, memang akan ada orang akan anti dengan apa yang aku akan cakap ni. So, here goes.
Sejak kebelakangan ini, ramai member aku yang sudah berkahwin dan ramai juga yang sudah beranak. Ada yang kena tunggu bertahun untuk dapatkan anak dan ada juga yang lepas berkahwin terus dapat anak. Rezeki masing-masing. Aku cuma nak cakap apa yang aku perasan sekarang adalah trend sekarang orang semua nak kahwin awal, lagi-lagi perempuan dan mereka akan berkahwin dengan lelaki yang sudah bekerja instead of geng classmate dia yang masih sedang belajar. Ini based on my personal observations and I have had it clarified with a few of my friends. Kami ni budak sains, we do statistics and shit. Don’t hate, dengar dulu cerita aku.
Umur aku tahun ni akan masuk 24. Aku dengan kawan-kawan aku yang lain ni amek kos sains dan fahamlah kalau nak cari kerja tu macam mana dengan keadaan ekonomi sekarang. Hal nak cari kerja satu, and ada juga kes lelaki yang bukan tak nak kahwin dulu tetapi mahu cari duit terlebih dahulu untuk kumpul baik untuk menabung kahwin ataupun nak bagi duit kepada family. Sebelum semua orang ada bf/gf, apa-apa sebelum tu semuanya family yang tolong. Jangan fikir aku ni menyalahkan pihak perempuan tetapi kadang-kadang lelaki nak dahulukan keluarga dahulu sebab memang sudah terhutang budi sebab bapa carikan duit dan ibu terpaksa jagakan adik-beradik yang lain. Itu tak termasuk lagi kalau keluarga tu susah, dengan penyakit yang menimpa. Lainlah kalau lelaki tersebut datang dari keluarga berada atau seaudahnya belajar terus dapat kerja misalnya engineer. Aku cakap ni sebagai contoh je, not specifically engineer sahaja tetapi banyak lagi kerja-kerja gred tinggi yang lain seperti doktor & pegawai etc dan aku bagi contoh ni sebab nak dibandingkan dengan kos-kos lain yang agak susah nak dapat kerja sekarang. Yes, even nak dapat kerja sebagai engineer pun susah pada zaman sekarang, tapi kalau dapat masyukla for starters.
Memang orang kata kahwin dulu nanti rezeki akan datang, TAPI tak salahkan kalau lelaki nak cari duit dulu kemudian baru berkahwin. Baru-baru ini gf member aku tanya dengan aku kenapa member aku ni dah macam tawar hati dengan dia. Ada jugalah sebelum ni perempuan tu sebut pasal nak kahwin dan fikirkan masa hadapan sama-sama dengan member aku tu tapi member aku tak tahu nak jawab apa mungkin. Jauh dalam sudut hati dia aku tahu yang dia belum bersedia untuk berkahwin, tetapi aku taklah bagitahu perempuan tu. Perempuan itu pun agak demanding dalam pandangan aku sebab tiap kali kalau member aku diam berkurung dalam bilik muka masam je mesti sebab perempuan tu asyik merajukla marahla semua sebab benda leceh-leceh. Dia tak mampu nak melayan karenah awek dia sendiri sebab gedik sangat. Lelaki pun ada perasaan, dan kami pun mampu untuk meluahkan emosi under severe pressure. Mohon paham ye kaum wanita. Ini cerita seorang perempuan sahaja, tetapi korang boleh bayangkan tak betapa besarnya impaknya terhadap lelaki tersebut. Sampai stres.
Seperti mana yang aku cakap tadi, perempuan sekarang boleh kahwin sebab dapat lelaki yang sudah bekerja/berduit seadanya. Kami yang lelaki ni pun mampu tengok sahajalah classmate tu kahwin dengan lelaki yang lebih tua yang boleh menjaganya dengan harta dia yang banyak tu. Lagi satu baru aku perasan, diorang ni ramai kahwin dengan lelaki yang lebih tua daripada mereka, janji fulus ada. Mungkin belum rezeki kita lagi kot lelaki-lelaki sekalian, nanti dah ada duit banyak sikit dalam akaun, ekonomi diri dah stabil dan dah boleh hulur duit dekat ibu bapa lebih sikit daripada biasa, Insya’Allah adalah rezeki kita semua nanti.
Lagi satu, haritu aku dapat tahu kawan rapat aku bertunang dengan lelaki manatah dan dia tak bagitahu aku pun. Kelmarin dan hari-hari sebelum tu dia ada mengajak pergi keluar makan tetapi aku tolak sebab aku tahu dia ada orang lain pada masa tu. Jadi Lepas beberapa bulan aku dapat tahu dia sudah jadi tunangan orang. Faham-fahamlah kalau kawan rapat tu maksudnya apa, sebelum ni mungkin pernah ada sesuatu di antara kami.
“If two people who broke up can remain friends, its either they were never in love or they still are.”
I guess it all ends the day you got engaged.
Kan dah kata lelaki pun ada perasaan.
Assalamualaikum and peace
– Sado
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit