Allah Lebih Tahu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Sedikit luahan hati dan perkongsian ni aku harap dpt berikan serba sedikit teguran dan tauladan. InsyaaAllah amin.

Aku bukanlah pengikut setia IIUMC tapi rata2 confession yg dibuat kebanyakannya luahan hati yg kadangkala aku terfikir, “adakah dia sudah confess pada Allah sebelum mengagahkan diri menaip panjang lebar di page ni?”. Aku sama sekali tak bantah. Malah, aku raikan sebab ada mungkin dgn cara ini dpt tenangkan sedikit lara di hati, mungkin dpt dijadikan pedoman dan pengajaran buat sidang pembaca. Namun, confession yg betul2 terkesan tatkala kau gagahkan diri bangun di tengah malam sunyi dikala insan lain tenggelam dalam mimpi. Kau pergi bersihkan diri untuk menghadap Tuhan yang ternanti2 doa2 hamba2Nya utk diangkat ke langit tertinggi. Allahu. Dari semua confession luahan hati duka lara itu, buat aku berfikir “sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu”.

Saya tertarik dengan confession2 yang sedih kerana apa yang dihajati, apa yang diharapkan tidak kesampaian. Sebagai contoh, hati bimbang umur sudah lanjut tapi jodoh masih lagi tidak ketemu. Biasanya sister2 lah kalau part ni. Hehe..Tapi, tak mustahil jgk brader2 pon rasa benda yg sma sbb fitrah manusia itu berpasang-pasangan. Tahukah teman2 sekalian, bahagia itu bukanlah terletak pada perkahwinan semata2. Berapa ramai orang yang sudah bernikah tapi hidup tak bahagia? Kita nampak satu kapel tu pergi masjid sama2, elok je, romantik je, tapi dalam kereta mereka bergaduh siapa yang tahu? Kita selalu scroll insta tgk satu kapel tu slalu update gambar, happy je, tapi bergaduh dgn family mertua, siapa yang tahu? Ya, secara zahirnya kita nampak org yg dah kahwin ni bahagia sbb mereka takkan tunjuk the dark side behind it. Dalam masa 4-5 tahun perkahwinan insyaaAllah bahagia je semua, lepas pada tu, sedikit demi sedikit ujian datang. Ni secara rambang berdasarkan kajian. Jangan jadikan kahwin itu asbab untuk kita rasa bahagia.

5, 10 tahun kahwin tak dapat zuriat? Padahal sihat walafiat. Ketahuilah ada pasangan yang mandul. Yang langsung tiada harapan utk mendapat zuriat. Maaf, perbetulkan saya jika ada rawatan lain utk pasangan yg mandul utk dapatkan zuriat. Berapa ramai pasangan yang ada zuriat tapi cacat, tak cukup sifat? Berapa ramai yang punya anak2 tapi anak2 itu membawa fitnah pada mak ayahnya?

Kadang2 kita berdoa bersungguh2 tapi Allah tak makbulkan juga. Ketahuilah teman2, Allah makbulkan doa2 hamba2Nya dalam 3 cara:

1) Allah berikan apa yang dipohon.

Yang ni dah begitu jelas. Apa yang dipohon dimakbulkan.

2)Allah tangguhkan dan akan diberikan di akhirat kelak.

Yang ni ramai yang rasa mcm xbest. Kan? Sebab apa? Sebab tak nmpak. Dan lambat. “Aku nak jodoh di dunia. Sekarang”. Teman2, jodoh di syurga kelak jauh lagi mendamaikan. Bukankah di syurga semuanya indah. Tidak tua, tidak berkedut, hatinya bersih dan mcm2 lagi gambaran jodoh di syurga yg xdpt diukur dgn akal fikiran. Jauh berbeza dgn jodoh di dunia yang kdg2 menguji iman kita, menguji kesabaran kita, andai pasangan itu tidak sabar atas dugaan berumahntangga, maka bercerai berailah tanpa berfikir panjang. Na’uzubillah min zalik. Maka, tertanya2 lah siapa jodoh kita di syurga? Kita akan bersama dgn org yg kita syg kerana Allah di dunia dulu.

3)Allah gantikan dengan sesuatu yang LEBIH baik.

Yang ni kadang2 kita tak perasan. Terlepas pandang. Ada mungkin kita tak kahwin lagi supaya kita gunakan sisa2 masa yang ada bersama orang tua kita yang belai, jaga, sayang kita sejak kita kecil dulu. Ada mungkin kita tak kahwin lagi supaya kita dilapangkan masa untuk sertai aktivis2 dakwah, lepak masjid dengar kuliah sampai tengah malam, bukan maksud sy yg dah bernikah tak boleh buat cuma ada kekangan masa kalau nak dibandingkan dengan hidup bujang.

Ada mungkin belum direzekikan anak sbb Allah beri ruang, masa untuk suami kenal hati isteri, isteri kenal hati suami, beromantis berdua. Hakikatnya, bukan Allah tak nak bagi, tapi belum sampai masanya. Mungkin belum cukup bersedia pasangan ini untuk Allah kurniakan zuriat. Husnudzon. Bersangka baiklah dengan Allah. Kerana Allah tahu apa yang kita tak tahu.

Ada orang tak puas hati. Kenapa aku kerja kuat2 tapi tak kaya2? Oleh kerana kau miskin, hati kau tenang. Tak perlu bimbang akan pangkat dan harta. Boleh jadi, bila kau kaya nanti kau akan lupakan Allah. Boleh jadi, bila kau kaya nanti hati kau pada DUNIA. Boleh jadi, bila kau kaya nanti kau tinggalkan segala amalan2 kau waktu kau susah dulu. Teman2, Allah tahu apa yg kita tak tahu.

Sesungguhnya, Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Kerana kemahuan manusia kadang2 berlandaskan hawa nafsu semata2. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Ada sebab kenapa Allah tak beri atau Allah tangguhkan permintaan kita. Boleh jadi, ia akan memudaratkan kita di suatu masa. Boleh jadi, ia akan menjadi sesuatu yang dukacita di suatu ketika.

Allah dah janji dalam alQuran, “dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka…” (ayat 1000 dinar). Teman2 berpeganglah dengan ayat ni. Bertaqwalah. Ikutlah apa yang Allah suruh. Tinggalkanlah apa yang Allah larang. Antara amalan yang paling utama bagi dimurahkan rezeki ialah ISTIGHFAR. Bertaubatlah teman2. Tinggalkan maksiat, dosa2 yang kita buat selama ni. Kadang kita tahu itu satu dosa, tapi kita buat jugak. Bertaubatlah. Banyakkan istighfar. Banyakkan ingat mati. InsyaaAllah dengan perbanyakkan istighfar, bertaubat, Allah lapangkan pintu rezeki kita, dipermudahkan segala urusan kita baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

Sama2 lah kita ingat. Allah tak tentukan sesuatu benda pada kita untuk suka2. Allah sayang kita. Allah nak jaga kita. Allah tahu bila masa yang sesuai untuk dimakbulkan hajat hambanya. Kadang2 untuk dapatkan apa yang kita minta, Allah beri ujian dulu. Nak lihat tahap kesabaran kita. Nak lihat level tawakkal kita pada Dia. Bila akhirnya diberikan apa yang kita nak, bukankah itu sesuatu yang membahagiakan? Allahu. Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu.

– d’SLAVE

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit