Saya tidak akan berada where i’m at now kalau bukan usaha. Usaha dari diri sendiri.
I wrote this untuk share pengajaran penting untuk pelajar-pelajar.
Pertama sekali, saya ingin menyatakan yg SPM memang bukan segalanya, tetapi sesuatu yg amat penting untuk masa depan anda, terutamanya if u have big dreams and ambitious.
Sewaktu form 4, mmg saya rasa itu ialah time ‘honeymoon’, boleh main2 dalam pelajaran dan exams. BIG MISTAKE. 2 tahun is barely enough for you to score in SPM if u are laid back. Sepatutnya, dari form 4 sdh start struggle. Time form 4 memang teruk result untuk student kelas kedua mcm sy. Banyak sy kecewakan guru2 dgn result hasil ‘last minute’ atau ‘cincai’. That time enjoy ikut aktiviti2 kokurikulum shj yang memberi hasil.
Then kelip2 mata, masuk form 5. Permulaannya masih terbiasa dengan gaya time form 4, tapi tertambah dengan pemikiran ‘YOLO’. Memang result lagi teruk. Banyak fail, terutamanya subjek sains. Exam Sem 1, hmm, result memang sangat mengecewakan. Tidak tersenarai pun dalam top 20 students cemerlang.
Tapi honestly, i don’t think schools patut menyenaraikan list macam tu antara students. Macam membelakangkan students lain. Tapi juga tidak baik untuk yg tersenarai sbb mereka akan mendapat tekanan persaingan dn expectation yg sgt tinggi. This is unhealthy. The reason i achieved my end result ialah sy buang perasan nak compete dgn orang lain. Daripada memikirkan untuk mengalahkan result student lain, saya start fokus pada result sendiri dan berharap agar saya dan kawan2 smua dapat result yg cemerlang. Paling toksin is when a student akan wish rakannya dapat lower marks than him/her. Please, don’t ever do that. Tiada berkat bro.
Then, Trial 1 pun result tak seberapa. Since bukan top 20, saya tak tersenarai utk join certain bengkel/motivasi/kelas tambahan/etc. Tapi saya rasa lega pula x diwajibkan join dorang sbb dpt fokus belajar sendiri. So, still ada extra time for kokurikulum.
Tinggal 3 bulan sblum spm. Sebulan sebelum trial 2. Baru rasa bahang nak struggle. Terbayang dah future ni mcmna kalau spm gagal. Sia-sia blajar bertahun-tahun tapi hasil meh shj. Ni part paling saya ingat. Study berabis smpai habis buku exercise, soalan ramalan, dn tiada masa lapang yg digunakan selain utk study. Study nak catch up benda yg ketinggalan. Nak siapkan kerja kursus lagi. Fulamak, memang time management schedule full dan bertindih- tindih.
Untuk kelas saya, wajib ambil 9 subjek. Tapi oleh kerana sangat minat, saya ambil 2 extra subjek, Seni Visual dan English for Science & Technology (EST). Sepanjang dua tahun mana ada masuk kelas ni. So have to study sendiri. Sbb sy dari kelas sains, subjek seni visual memang tiada. Trial 1, dapat D atau C. So cikgu P.seni sampai tnya if i’m serious or not to take this subject for spm. Mana ada belajar teori seni sblum ni. For EST, memang subjek ni takda dlm syllabus sekolah, pun kena study sendiri. Part ni paling annoying, sbb susah gila nak cari buku latihan exam EST.
Struggle 3 bulan tu memang extreme. Makan x tentu, tidur pun x teratur. Memang social life pun kena biar sbb waktu rehat smbil makan, sambil study. Waktu perhimpunan pun mata pndang buku. Hampir rasa nak give up. Kat kelas pun memang habis masa nak ulangkaji. Hampir setiap hari pergi bilik guru minta tunjuk ajar benda yg classmates pun x paham.
Result Trial 2 keluar beberapa minggu before SPM dn alangkah bahagia gila apabila results melonjak naik. Terus masuk top 3. Senarai top 10 ini dipaparkan waktu perhimpunan, tpi i still never consider this as a race to achieve num 1. Dan paling happy bila kedua2 subjek tmbhan EST n PSV dpt A. If u guys rily2 minat satu subjek yg tidak diajar dalam kelas, dn u know u can get high marks, ambil subject tu. So u won’t have any regrets.
Baru semangat naik sikit. Tapi struggle belum habis lagi sbb SPM belum tamat.
Sepanjang spm berlangsung, saya fokus dlam menenangkan fikiran rather than fikir result. All went smoothly.
Dalam expectation memang x expect dapat straight A, tapi target dapat result ok. Apabila hari dapat check result melalui sms, memang semua excited dan takut.
When i found out i was the school Valedictorian (murid terbaik), walaupun x dpt straight A’s, it was enough to fill my expectation for a 3 months struggle effort.
Keesokkannya ceremony ambil result ramai2 di sekolah, malam tu kena sms cikgu untuk buat speech. Cikgu berkenaan tahu struggle sy selama 3 bulan, dn ingin sy share usaha tersebut to my juniors.
I gave my speech tht day and berharap sngat my juniors dengar. The most inportant message i can give is DON’T COMPETE,DON’T COMPARE. FOCUS ON RESULT SENDIRI AND NOT OTHERS. HOPE FOR THE BEST FOR YOURSELF AND YOUR FRIENDS.
Saya x expect pun dpt valedictorian sbb i was rooting for my friend yg blajar dalam kelas pertama. She is rilly smart dn memang dy byk membantu sy dlm ulangkaji. Beberapa hari slps tu,saya terserempak dengan seorang guru yang baru berpencen beberapa buln sblum spm. Beliau mendpt tahu keputusan saya dan mengatakan ini, “Saya betul2 x expect u will be valedictorian and get the results u did based on your exams result earlier” kecewa jugalah. Am i that stupid smpi x layak dpt result bgini through my own effort?
Thank god juga Kokurikulum dapat A. Ini juga sgt penting. Tapi harus ingat cara nak balance kokum dan akademik.
Dengan result saya, saya mendpt tawaran Diploma in Electrical Engineering in UiTM Sarawak. Ni paling shocking sbb dalam 12 pilihan UPU x pernah letak pun.
Subjek english spm sy mendapat A, dan dengan berkat tuhan, Cambridge level, GCE (O-levels), juga mendapat A.
Kini saya sedang melajutkan pelajaran di United Kingdom. Kelayakan minimun yg diterima mereka ialah grade C dalam English and Maths. Saya mendapat A for Maths dlm SPM namun, SPM Maths A = C in UK grading system.
Nak belajar luar negara bukan semata2 faktor duit, kerana even if u r filthy rich, result x layak, masih x dpt continue study luar negara. Saya bukan orang berada, tapi mempunyai sedikit kemampuan, dan kerana Tuhan memberi rezeki dan peluang, harus di manfaatkan.
What you were before doesn’t determine who you are now. If result awal tahun teruk, u can still improve it jika effort tinggi. Don’t give up. Tak semestinya permulaan x baik, ending pun x baik.
– xxixxa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit