Jiran Naik Angin

Assalamualaikum and salam 1 malaysia.

Thanks to admin sebab siarkan luahan or kisah aku ni. Kat sini aku nak cerita masalah yang aku hadap since semester lepas iaitu masalah dengan jiran dekat lorong rumah sewa yang aku duduk sekarang ni. Aku baru je start duduk rumah sewa tahun lepas. Rumah yang aku sewa tu, rumah teres dua tingkat. Sebab aku ni asal kampung, jadi aku macam gayat sikit duduk dekat kawasan perumahan yang macam tu. Aku memang kekok gila duduk dekat situ. Suasana dia tak macam kat kampung lah. So, aku ambil masa yang agak lama la jugak nak menyesuaikan diri.

Total yang duduk menyewa sama dengan aku ni, ada lah dalam 14 orang. Ramai kan? Sorang student master, and the rest student degree final year. Masing-masing ada kenderaan sendiri. So, dekat rumah tu ada 9 buah kereta plus 3 biji motor. Punya lah banyak kan?Haha. So nak dijadikan cerita, awal awal masa pindah tu ada lah perasan jiran kat area rumah ni macam tak mesra alam. Muka ketat semacam macam nak makan orang. Dah buat muka macam tu, memang tak la kitorang nak tegur. Baru ingat nak beramah mesra dengan jiran jiran kat situ tapi hampeh.

Ada satu malam ni, kitorang duduk lepak kat ruang dapur buat gosip mak jemah. Waktu tu, dah lewat malam. Tengah leka bergosip, ada pulak member buat lawak. Memang berdekah lah kitorang gelak. Tapi tak lama pun kitorang gelak. Lepas tu control balik suara sebab tahu boleh mengganggu jiran. Entah macam mana, member aku tu buat lawak lagi. Apa lagi, bantai lagi gelak besar. Tengah sedap ketawa ramai ramai, tiba-tiba dinding rumah kitorang kena ketuk. Kitorang pun senyap balik. Lepas tu, bunyi ketuk tu ada lagi. Bunyi dia macam bunyi orang ketuk pakai hammer. Bila diamati balik, memang sah bunyi tu datang dari rumah sebelah. “Alamak, pakcik sebelah dah bagi warning la..” kata kawan aku. Lepas tu, kitorang pun tak da lah lagi nak sambung bergosip sebab masing-masing dah cuak. Esok pagi tu, kitorang perasan pakcik dekat sebelah rumah ni buat muka. Marah lagi kot agaknya.

Itu baru pengalaman pertama. Ada lagi isu yang timbul sepanjang kitorang duduk kat rumah sewa tu iaitu masalah berkaitan parking kereta. Sebabkan ada 9 buah kereta, jadi memang susah nak cari tempat parking. Dekat porch boleh muat dua kereta je. Lepas tu, dekat depan rumah boleh muat 3 kereta je. Kalau selit lagi satu kereta, memang mengamuklah jiran sebelah sebab dah masuk dalam area rumah dia. Jadi yang baki 4 buah lagi tu, bersepah lah dia punya tempat parking.

Ada sekali ni, housemate aku terlebih parking sampai termasuk kat area rumah jiran ni. Padahal terlebih sikit je. Apa lagi, dia punya mengamuk sampai terjerit jerit dekat depan rumah sewa kitorang. “Budak ni tak paham bahasa ke!!” ha..lebih kurang macam tu la dia punya ayat. Kadang-kadang tu, ada yang dapat ‘surat cinta’. “SILA JAGA ADAB BERJIRAN”..Pergh, dia punya ayat. Tapi, kami akui memang salah pun kalau kita parking kawasan orang. Betul tak? Tapi tu lah, aku fikir..mereka boleh bertolak ansur. Rupanya tak.Meleset. Waktu tu, aku dah stress dah duduk kat area tu. Ada je yang tak puas hati dengan isu parking ni. Kalau nak ikutkan, banyak je lagi ruang kosong nak park kereta. Tapi tu lah, masing-masing kalau boleh depan rumah mesti clean and clear. Taknak tengok ada kereta asing depan rumah melainkan hanya kereta diorang saja. Huh.

And lastly aku nak cerita insiden yang baru saja berlaku petang tadi. Masalah parking jugak lah. Housemate aku parking kereta depan rumah sorang jiran ni. Menurut cerita kawan aku, dia pernah minta permission nak park depan rumah. Jiran tu dia bagi park depan rumah tapi dengan syarat jangan sampai cecah port parking kereta bini dia. Entah macam mana, housemate aku terlebih parking. Apa kau, balik balik kerja je jiran aku tu gi serang rumah kitorang. Nampak lah dia punya uniform. LOL. Staf universiti aku rupanya. Housemate aku yang terparking kereta kat port bini dia tu waktu tu tengah solat. Budak rumah semua dah kelam kabut bila jiran kitorang terpekik pekik depan rumah. “Aku tak kira, dia solat ke apa ke..kau panggil dia sekarang!”Macam tu la ayat jiran aku tu. Semua dah kecut perut. “Dah tau kereta banyak, sapa suruh kau menyewa kat sini!”Pergh ayat pakcik tu. Sampai sekarang melekat lagi kat kepala otak aku.

So, secara konklusinya..agak susah kami nak buat keputusan. Takkan kami nak pindah ke rumah baru? Sebab dah final year kan. Mana ada dah rumah sewa yang kosong. Tu je lah yang aku nak cerita. Korang yang menyewa macam kami ni, pernah mengalami situasi macam ni tak? Sekian.

– mahasiswi ketakutan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit