Assalamualaikum Admin & Semua..
Aku baru lepas baca semua komen yang korang bagi. Aku terima semua dengan hati yang terbuka. Pertama sekali bagi aku peluang untuk jelaskan tentang ‘kawan baik’ aku. Mungkin ada yang pelik kenapa aku tak pilih dia dan cakap aku nie kejam. Allah.. Sebelum korang berfikir lain dan mungkin akan mendatangkan fitnah biar aku jelaskan dulu part nie. Aku mengaku memang kawan baik aku tu yang tolong carikan tempat untuk aku berubat. Ye memang die baik. Dan dia pun memang mengaku masih sayangkan aku. Aku terima dengan hati yang terbuka sebab aku takde hak untuk halang orang yang sayang aku. Aku sebenarnya taknak cerita part nie, tapi aku jugak taknak korang fikir aku kejam. Walaupun sebelum tu ade jugak kawan baik aku nie buat perangai, aku masih terima dia. Tak perlu lah aku huraikan satu persatu pasal kisah percintaan aku kan? Dan akhirnya aku pujuk hati aku untuk terima die. Yess aku terima die. Bak kata orang one step closer. Mulanya semua ok. Untuk pengetahuan, family aku terima dia, dan aku pun memang rapat dengan keluarga dia. Semua ok sampailah dah tetap tarikh untuk majlis pertunangan. Seminggu sebelum majlis, mak dia call mak aku mintak cancel kan majlis pertunangan tu dengan alasan ekonomi tak kukuh & sebab abang2 kawan baik aku tu pun belum kawin lagi. Korang tahu tak hancur hati aku? Sedangkan untuk majlis tunang aku sponsor semua hantaran dua belah pihak, dengan niat nak ringankan beban die dan aku dah cakap aku tak letakkan nilai hantaran. Tapi memang orang cakap, bercinta lah bertahun kalau dah memang takde jodoh tu usaha lah macam mana pun memang takkan jadi.
Selepas tu memang aku just berkawan tapi dah tak serapat dulu. Die pun tak berani nk lawan cakap mak die and aku hormat keputusan mak die. Aku taknak cakap banyak & tak menyalahkan keluarga die. Mungkin ade hikmah. Lepas dari tu, ade je yang ajak kawin lah, nk merisik lah, tpi hati aku masih tertutup rapat. Sampailah ade sorang lelaki kawan sekolah aku jugak(memang die dah lama suka aku, cuma aku tak pernah layan)datang merisik. Mak aku tak paksa aku untuk pilih die. Mungkin mak aku paham aku masih terluka. Tapi lepas aku tahu pasal lamaran tu, aku jadi tak tenang. Aku tak tahu kenapa. 2 Hari macam tu sampai lah aku buat istikaroh. Memang aku tak nampak muka die, cume hati aku terdetik nak terima dia. Dan kami bertunang 2 minggu selepas tu. Last minit tapi semua smooth. Dan tunang aku sekarang pun sedia maklum pasal diri aku nie, die pun ade jugak bawak aku pergi ‘scan’ kalau ade lagi jin tu datang mengganggu tapi alhamdulilah dah takde. Jodoh semua kat tangan tuhan, jangan salahkan sesiapa pun dalam hal nie. Dan apa yang jadi semua tu ade hikmah.
Aku tengok ramai yang suruh pm contact ustaz tu. Maaf sebab aku tak pm sebab aku tengok lokasi korang stay jauh dengan lokasi aku. Untuk makluman korang, korang boleh pergi mane2 pusat rawatan(rawatan islam) yang terdekat. Boleh pergi check kalau nak tahu ade pape ke yang ganggu korang. Banyak pusat rawatan islam cume mungkin tak ‘familiar’ sebab kurang orang share kan. Atau korang boleh amalkan ayat ruqyah. Sebab sebelum berubat tu aku pernah dgr, tapi aku jadi berdebar2, rasa nak marah. Lastnye aku stop kan ayat tu. Yang paling ketara bila solat tak fokus & rasa sakit yang amat sangat. Macam kena cucuk cucuk duri sampai aku menangis. Sebelum tu aku banyak mimpi yang pelik2. Contoh mimpi najis, anjing, ular, tergelincir dari tempat tinggi cuma aku ingatkan mainan tidur je kan. Lagi satu bila masuk magrib je, badan aku mula lah rasa lemah. Mudah rasa nak marah pade lelaki yang rapat dengan aku padahal aku bukan lah seorang yang pemarah. Dan biasa bila pasang je ayat al-quran or aku nk mengaji memang rasa mengantuk macam nak tertidur terus je kadang tu. Tapi banyak tanda & kadang menda nie terjadi untuk pasangan yang dah berkawin jugak. Kat bawah nie aku share antara tanda tanda yang ustaz tu pernah bagi aku.
TANDA TANDA GANGGUAN.
1. Sakit kepala selepas asar dan keatas.
2. Badan teras berat dan malas.
3. Sukar mendapat jodoh
4. Badan terasa bisa bisa
5. Sakit ketika menziarah orang meninggal
6. Sukar tidur malam
7. Sakit pinggang tanpa sebab
8. Sakit dada bila waktu asar keatas
9. Mimpi melihat binatang seperti ular atau sebagainya
10. Mimpikan bayi atau menyusukan bayi
11. Bermimpi di tempat yang tinggi
12. Bermimpi di tempat yang kotor
13. Sakit anggota tertentu seperti kai selepas waktu asar
14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit
15. Bayi kerap menangis
16. Suami isteri kerap bertengkar walalu perkara kecil
17. Sayang melampau lampau pada orang yang baru dikenali
18. Malas beribadat
19. Panas baran
20. Gelisah ketika mendengar ayay al-quran
21. Kerap keguguran
22. Mengantuk mendengar al-quran
23. Darah haid lebih 15hari
24. Selalu ditindih ketika tidur
25. Selalu melihat kelibat
26. Terasa diri selalu diperhatikan
27. Kerap mendengar bisikan
28. Gagal melakukan hubungan kelamin
29. Melihat jin secara terus
30. Bermimpi seram yang menakutkan.
Yang kat atas tu sebahagian dari tanda gangguan. Ade komen yang suruh baca ayat2 tu jugak amat membantu dan korang boleh cube sendiri kat rumah. Jangan pasang ayat ruqyah masa dalam kereta ye. Aku doakan semoga semua terhindar dari gangguan dan yang penting kita sendiri kena istiqomah dan kuat untuk lawan gangguan tu. Doakan yang baik baik untuk aku jugak ye! Life aku mungkin tak seindah yang lain, tapi ape yang aku nk share, hikmah yang tuhan bagi sebab nak aku makin dekat dengan dia. Aku mintak maaf jika ade bahasa atau ayat yang tidak sopan. Semoga semua dilindungi Allah S.W.T.. Aminnn..
– Permata
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit