Pasal Blur Girl punya confession, membuatkan aku tertarik nak cerita pasal bestie aku yang sorang ni. Namanya Hanis. Perangai dia sama dengan kau Blur Girl. Salah masuk kelas, lupa ini ..lupa itu. Loading..Cuma dia tak pekak. Dia sukar faham bahasa orang yang dia tak berapa kenal. Bila dia kenal orang tu, dia akan senang faham apa orang tu nak sampaikan.
Orangnya blur, bab untuk planning memang bermasalah dengan dia ni. Tapi bila dia dah mula start keja dia, memang terbaik. Sebelum aku kenal Hanis dulu, aku ingat dia jenis budak blur yang serba tak tahu. Mesti kalau buat tugasan dengan dia susah sebab blur, semua benda tak tahu nak buat. Tapi tekaan aku salah. Dia lebih banyak tahu dari aku sebab dia hantu buku dan suka explore internet. Dia memang orang unik dan kreatif. Dia adalah dia. Tersendiri dan kelakar. Lama-lama aku suka kawan dengan dia sebab dia jujur dan walaupun loading teruk tapi Hanis amat prihatin dengan keadaan kawan2. Dia mudah sensetif dengan perasaan orang. Ni memang kelebihan dia, bagi aku.
Walaupun dia tak cerita, aku tahu dia pun adakalanya stress dengan sikap blur dia. Tambah kalau tugasan group. Sebab dia jenis tak suka sikap lepas tangan. Dia paksa diri dia untuk faham, jadi active dan fokus. Kadang2 dia kata dia letih, macam fokus, active tu buat dia jadi hilang tenaga. Aku tak faham pasal ni. Kenapa dia macam tu. Selalunya bila letih dia diam, menung panjang. Lama sikit baru dia okey, ceria balik.
Dia ada idea banyak, kadang2 aku sendiri tak faham apa yang dia faham, dia pulak tak faham apa yang aku faham. Dia blur, bukan jenis usha lelaki. Laki kacak lalu tepi, aku dan kawan2 sempat gak menjeling. Dia pula buat bodoh ja. Adakalanya duduk saja tak ada keja, jari dia bergerak seolah-olah tengah menulis sesuatu. Ni tabiat pelik dia. Rupanya bila dia tengah imagine sesuatu tangan dia mula la bergerak macam tengah lakar dan akan catit idea dia dalam buku.
Kalau belajar, dia suka rakam suara pensyarah, dia ada nota dia. Dia cakap dia susah faham pensyarah ajar dan dia lebih suka belajar sendiri. Kalau perempuan lain suka pakaian, gossip artis dan benda lain yang perempuan suka. Dia pula lain, dia lebih suka cerita benda-benda aneh menurut sains walaupun dia orang sains computer and art. Daripada dia aku faham satu benda. Manusia ni berbeza dan setiap kelemahan itu ada kelebihan tersendiri. Bagi aku dia unik, susah nak jumpa orang macam ni. Walaupun kadang-kadang tu aku geram dengan dia, sebab blur dia tu.
Jangan ingat orang blur ni tak berguna. Memang bab pengurusan, meeting tu susah. Tapi sekali dia dah mula bekerja dia lebih baik dari aku dan kawan-kawan lain. Kadang-kadang idea dia tu tak pernah terfikir pun. Dia pun pelupa juga. Letak barang tempat lain cari tempat lain. Jadi sebab tahu kelemahan dia tu, selalunya dia akan susun barang dia ikut tempat. Tak boleh letak barang dia sesuka hati. Kalau lelaki minat dekat dia pun susah. Tak boleh nak ber hint sangat. Kena terus terang. Kalau setakat nak tunjuk je yang awak suka dia, dia tak akan faham pun. Ini nasihat aku kat orang yang dah jatuh cinta dengan orang loading ni. Korang kena terus terang sikit. Tak boleh nak malu-malu.
Ada hari pertama kami jadi pelajar, minggu orentasi. Ada kejadian hysteria. Masa first nak mula benda ni ada tetiba budak sebelah dia menjerit dan menangis. Kemudin pengsan. Lepas tu menyambung pula kat orang lain. AKu masa tu dah cuak dah, aku pegang tangan dia. Dia masih selamba je. Aku hairan juga la dengan dia ni berani semacam. Lepas tu aku dengar dia cakap “Kesian letih dioarang ni sampai pengsan.” Bila aku ingat balik masa tu, aku gelak je. Aduhai Hanis.
Aku pun tak tahu la dia ni. Dia pun dah cuba usaha tak nak jadi blur. Tapi masih tetap macam tu. Apa pun dia blur tapi dia rajin usaha dan suka tolong kawan-kawan yang ketinggalan dalam pelajaran. Dia tak lah dalam deanlist, tapi result dia semua hampir-hampir deanlist. Sekarang kawan aku ni kerja sendiri. Buat duit berpuluh ribu dengan create applikasi android dengan bakal suami. Dia boleh berjaya dan dia buktikan dah dekat orang-orang yang pandang rendah dekat dia.
Dia bakal kawin tak lama lagi dengan bekas pensyarah kami yang masih muda dan bujang. Pensyarah aku pun jenis lawak-lawak dan malu-malu macam dia juga dan suka tolong student. Tapi tu la, orang yang baik jodoh dengan orang baik juga.
Aku kongsi ni sebagai pemberi semangat kepada blur girl dan geng2 blur yang lain. Korang Cuma blur, tapi korang tak bodoh, sebab korang agak loading, jadi korang kena usaha lebih sikit daripada yang lain. Aku ingat lagi sorang pesnyarah cakap dekat Hanis, “you are different but special.”
So gud luck untuk korang yang blur ni. Korang pun boleh berjaya macam Hanis. Dan blur girl..aku tahu kau pun bakal berjaya. Kau blur tapi kau masuk IPTA, dah tahun akhir kan. Aku yakin kau blur tapi ada something dekat kau yang buat kau unik macam Hanis.
Biar blur, hati mesti baik.
– Hazwani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit