Kawan Yang Menakutkan

Assalamualaikum, nama saya Linda. Saya berumur 25 tahun. Saya bukan student UIA tapi student IPTS lain. Saya nak kongsi pasal tabiat kawan saya masa sekolah dulu.

Saya ada kawan baik nama dia Aneeta. Kami boleh tahan rapat lah jugak (tak rapat sangat lah). Tapi dia ni ada tabiat pelik. Dia suka cuba nak jadi saya, nak tiru diri saya. Macam takde identiti sendiri.

Mula-mula tu saya husnuzon je sebab mungkin kebetulan. Tapi lama kelamaan saya semakin nampak yang dia cuba jadi saya. Saya dulu ada tabiat suka bawak tuala muka yg kecik tu (bukan saputangan) kat sekolah, lepas tu bubuh minyak angin kat tuala tu dan lipat comel-comel pastu hidu. 2, 3 hari macam tu dia buat perkara yang sama. Bawak tuala muka dengan minyak angin. Sebelum ni dia mmg pakai saputangan yang kecik tu.

Lepas tu saya ada beli jam G-shock kaler merah, dia pun beli jugak. Sebijik. G-shock kaler merah. Kaler beg dia tiru even jenama kasut pun dia tiru. Tu takpe lagi. Tak juga menakutkan. Mungkin dia saja nak sama dengan saya. Yelah kan ‘BFF’. Makin lama perangai dia semakin menjadi-jadi. Dulu saya ada pakwe masa sekolah, satu kelas dengan saya. Dalam masa yang sama dia selalu mesej pakwe saya tu. Lepas tu dalam sebulan couple kami pun putus. Lepas putus tu, esoknya dia pula yang couple dengan laki tu. Motif apa?. Lepas couple sehari dengan ex-bf sy, kawan sy tu dah mintak putus. Sy tak tahu sama ada dia betul minat laki tu atau dia cuba nak jadi saya. Sebab saya pernah couple dengan laki tu, so dia pun nak juga.

Lepas sekolah kami tak rapat sgt dah sebab dah bawak haluan masing-masing. Tapi still contact. Saya sambung belajar dekat ipts lain, dia smbg poly. Dia ada cakap yang dia takde semangat nak study sebab saya takde sampai dia berhenti belajar. Saya study tanpa dia elok je sampai convo.

Apa yang paling saya kesali, lepas saya habis belajar saya ada jumpa seorang lelaki ni. Kira baik la orang nya. Laki ni satu kampung saya. Kawan saya ni pun kenal laki ni. Dah beberapa bulan kenal saya dengan laki tu dah rapat lah. Kami pun bertunang. Dia ni jujur dengan saya, ikhlas sampaikan dia bagi saya password fb dengan yang lain-lain laman sosial dia. Ada satu hari tu saya buka fb dia. Ada chat masuk kat fb . Chat dari kawan saya. Saya buka lah chat tu, banyak mesej dia hantar. Tanya benda yang tak penting. Walhal dia dah tahu saya dah tunang dengan laki tu. Even dekat whatsapp pun dia selalu chat, hantar mesej suara menggedik. Tapi tunang saya tu tak reply. Kadang saya yang reply. Saya tak tahu apa motif dia nak ganggu tunang saya. Padahal sebelum saya tunang dengan laki tu takda pula dia nak ngorat laki tu. Bila saya dah tunang dengan laki tu baru dia sibuk nak kacau.

Pernah sekali tu saya tukar gambar profile whatsapp buat gaya ala-ala model (tapi tak seberapa nak jadi.. Haha) lepas tu dia pun tukar, sebijik macam gaya yang saya buat. Start dari situ saya dah privacy kan gambar profile terhad untuk contact sahaja dan nombor dia saya delete dari contact saya. Seram bila ada orang cuba jadi kita. Tak tahu la sebab mental ke atau kecelaruan identiti.

Satu hari tu ada nombor tak dikenali mesej tunang saya ajak on call. Tunang saya tanya ni sapa?. Orang tu balas “saya Linda” (dia maksudkan saya). Walhal nombor tu bukan saya punya. Rupanya tu nombor baru kawan saya (ada orang tolong siasatkan nombor tu sapa punya). Sanggup beli nombor baru sebab nak kacau tunang saya. Heii, malu letak mana.

Sekarang kami tak contact dah. Bukan saya taknak kawan tapi perangai dia yang buat saya tak suka nak kawan dengan dia. Buat apa kawan dengan orang macam tu. Menyeramkan. Entah-entah sakit mental. Kita tak tahu dia buat apa lagi lepas ni. Gambar profile tu sampai sekarang dia masih tiru. Tak kira fb ke, ig ke. Semua die tiru. Even saya pakai gambar doodle pun dia tiru. Saya tukar gambar apa je, dia pun tukar gambar yg sama. Tak menakutkan ke macam tu. So, untuk keselamatan diri saya. Saya memilih untuk jauhkan diri dari dia, unfriend dia kat semua laman sosial, dan putuskan hubungan.

Nak tiru cara orang tak salah. Tiru lah yang baik-baik sahaja. Macam kita tiru akhlak Rasulullah. Tak salah kan. Yang salahnya bila kita cuba nak jadi macam dia. Jadi lah diri sendiri. Jadi diri kita seadanya. Saya takde pape pon yang nak ditirukan. Tiru cara orang dengan cuba jadi diri orang lain tu berbeza ye.

Nasihat saya jangan lah obses sangat dengan seseorang tu hinggakan kita nak cuba jadi diri dia. Mungkin bukan niat kita nak jadi diri dia, mula-mula tiru je lama-lama dah obses nak jadi diri orang lain. Jadi diri sendiri lagi baik. Jujur lah dengan diri sendiri. Saya kongsi pengalaman saya agar orang lain dapat ambil iktibar. Bukan saya tak husnuzhon, saya dah cuba bersangka baik. Tapi cara dia yang menampakkan apa yang sebenarnya. For information, sy dah nak nikah hujung tahun ni dengan tunang sy. Doakan kami. Thanks to reader. (Nak komen sila beri komen yang membina. Tq)

– Linda, 25, Serdang.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit