Nasihat Tentang Perkahwinan II

Nasihat Aku Tentang Perkahwinan 2

Assalamualaikum wbt

Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession ini.

Ni sambungan kepada confession aku sebelum ni, Nasihat Aku Tentang Perkahwinan. Haritu aku janji nak bagi 5 nasihat, so aku dah bagi 2 nasihat sebelum ni, ni sambungan lagi 2 nasihat. Ramai yang setuju bila aku tulis pasal misteri nusantara tu, tapi ada jugak yang tak setuju dan siap kutuk aku lagi, hahaha.

Apa yang aku tulis tu sebenarnya berlaku waktu mula-mula kahwin dulu, lepas beberapa kali jadi, aku pun dah mula memahami. So dah berkurang la insiden facepalm tu sebab aku dah tahu sikit-sikit bahasa kiasan orang perempuan . Kiranya aku dah berjaya sikit-sikit merungkai misteri perempuan. Point aku tulis situasi-situasi tersebut adalah nak educate/memberi didikan/kesedaran awal kepada mereka yang belum kahwin atau yang baru berkahwin.

Walaupun aku dah faham sikit-sikit pasal perempuan (atau isteri aku specifically), tapi misteri perempuan ini berterusan (misteri nusantara kan banyak episod, sama jugak macam misteri perempuan). Setiap hari ada je perkara misteri baru yang berlaku.
Antara misteri yang masih belum terungkai adalah apabila isteri aku tanya soalan, “Abang, sayang gemuk tak?”… (Nota tambahan : Isteri aku ni sedang-sedang, tak kurus, tak gemuk, tapi ada lemak berlebihan di sesetengah tempat).

Aku pun jawab, “Eh sayang kuruslah, tak gemuk pun”. Lepastu isteri aku marah, “Abang ni cuba la jawab betul-betul, sayang tahu yang sayang ni gemuk, cuba abang jujur sikit”… Eh tak pasal-pasal aku kena marah. Maka aku pun berhuhuhuhu…

Beberapa hari lepas tu, dia tanya aku soalan yang sama, “Abang, sayang gemuk tak?”. Memandangkan aku dah pernah jawab soalan ni, so aku dah tahu la skema jawapan. Aku pun jawab, “Aah, sayang gemuk sikit la”. Pastu isteri aku balas, “Sampai hati abang cakap sayang gemuk”. Dia terus merajuk. Maka aku pun facepalm dan terus berhuhuhuhuhu…

Sebab itu aku cakap perempuan ni misteri. Dah kawin bertahun-tahun pun ada banyak episode misteri yang perlu dirungkai. Sebenarnya lelaki pun banyak juga yang misteri. Tapi sebab isteri aku perempuan, so aku cerita la yang perempuan ini misteri. Nak cerita pasal lelaki, mane aku tau.. Kena tunggu la nanti mana-mana perempuan yang rajin nak tulis pasal lelaki itu misteri.
Ok lah, cukup ulasan aku. Sekarang aku nak sambung lagi nasihat seterusnya.

3. Hormati Perbezaan, Raikan Persamaan

Lelaki dan perempuan ini memang Allah ciptakan berbeza. Sebab itu perkahwinan ini satu proses untuk kita melengkapi satu sama lain. Bila kita dah duduk serumah, sebilik dengan suami isteri, lagi banyak perbezaan dan persamaan yang kita akan nampak. Tak caya?

Meh aku bagi contoh, supaya korang senang faham.

Situasi 1 :

Bilik tidur kami ada aircond. Bila nak tidur,aku jenis tak suka pasang aircond, tapi isteri aku suka pasang aircond. Aku suka pasang kipas je. Bila sejuk sebab aircond, aku susah nak tidur walaupun dah pakai selimut bergunung tinggi, sebab tu aku tak suka pasang aircond. Haa, kan ada perbezaan kat situ. Tapi persamaan kami pulak adalah kami suka membongkang/tidur.

Untuk menghormati perbezaan, selalunya waktu nak tidur aku akan pasang aircond. So that isteri aku boleh tidur. Lepas dia dah tidur, aku akan senyap-senyap tutup aircond. Haha. So turn aku pulak nak tidor. Bila aku bangun je esok pagi, dah sejuk semacam. Ceh, rupanya isteri aku buka balik aircond lepas aku dah tutup. Facepalm.

Situasi 2 :

Aku ni jenis teliti. Kalau nak berjalan jauh, sebelum nak keluar rumah, aku akan pusing/tawaf satu rumah untuk pastikan aku tak tinggal apa-apa benda penting. Isteri aku pulak terbalik. Bila nak keluar menonong je.

Dalam kereta on the way,
“abang, sayang tertinggal purse dalam handbag lagi satu”
“abang sayang tertinggal kunci”.
“abang sayang tertinggal berus gigi”

Facepalm. Dalam hati aku, “sebelum keluar rumah tadi tak check ked ulu”. Tetapi selaku suami yang sabar & penyayang, aku pun berpatah balik. Sejak beberapa kali insiden ini terjadi, aku mula jadi pegawai kastam. Sebelum keluar je rumah, aku akan check dekat pintu untuk pastikan isteri aku tak tinggal apa-apa barang.

Aku jugak teliti dengan masa. Kalau nak bertolak ke mana-mana atau nak jumpa sape-sape, aku akan sampai awal. Berbeza pulak dengan isteri aku yang selalu lambat. Jadi sejak kami kahwin, aku akan sampai lewat disebabkan isteri aku.

Sebagai contoh, plan nak bertolak balik kampung pukul 9 pagi. Pukul 8.50 pagi aku dah siap. Aku tanya isteri aku dah siap ke? Dia kata, “jap abang, bagi 5 minit, sayang nak pakai tudung”. Waktu ni aku dah siap pack barang dan beg semua, dah masukkan dalam kereta. Cuma tunggu isteri aku nak siap je. Pukul 9 aku tanya balik, “dah siap ke sayang”. Dia jawab, “sekejap abang, nak siap dah”. Pukul 9.15, aku tanya balik, “dah siap ke?. Dia jawab, “sikit lagi bang, sabar ye”. Aku pun masuk bilik tengok dia tengah pakai tudung lagi. Pukul 9.30 dia keluar bilik, jom abang, sayang dah siap. Facepalm.

Sejak beberapa kali terjadi insiden ini, aku akan tanya isteri aku, dah siap ke belum sejam sebelum waktu bertolak. Supaya kami dapat bertolak on time atau lebih awal.

Lama bro nak lilit-lilit tudung tu. Tapi selamat sekarang dah ada instant shawl. Terima kasih kepada pengasas/pereka instant shawl ni. Anda memudahkan hidup kami. Banyak pahala anda. Lepas ni cuba reka instant make-up pulak. Letak secalit foundation dekat muka, terus cantik. Tak payah nak tempek-tempek, sapu-sapu, lama-lama dah.

Situasi 3 :

Kalau korang perasan, golongan isteri/perempuan suka tag suami diorang dekat sesuatu post dengan harapan suami diorang akan baca. Antara contoh-contoh :

“Bi @Hassan, tolong baca”
“Abang @Ismail, sila baca post ni, lepastu komen dekat sini”
“Sayang tahu yang abang @Kassim takkan baca, tapi nak tag jugak”

Lepas seminggu, krik krik krik bunyi cengkerik suami diorang tak baca pun.

Orang lelaki ni memang malas/kurang rajin nak baca benda/post/sharing yang panjang-panjang. Tak semua, tapi kebanyakannya. Aku pun termasuk la sekali kategori ni.

So apa isteri aku buat untuk pastikan aku baca? Dia print-kan post/sharing tu, lepastu letak dalam envelope/sampul surat, tulis nama aku dan letak atas meja makan. Bila aku balik kerja, tengok ada surat atas meja. Aku pun buka dan baca sampai habis. Banyak kali jugak la isteri aku bagi surat ni, hahaha. Kadang-kadang boleh letak dalam tempat duduk kereta. Malam tu korang print siap-siap, pagi esoknya waktu suami tengah nak siap pergi kerja, korang letak dalam kereta dia, dekat tempat pemandu. Mesti dia baca sambil menghadap jalan jem.

Jadi untuk isteri-isteri di luar sana, kalau suami anda termasuk dalam kategori malas membaca macam saya, sila print-kan sharing tersebut dan letak dalam sampul surat. InshaAllah suami anda akan baca. Ataupun teknik lain, anda buka sharing tu dalam phone suami anda waktu dia tengah mandi, nanti lepas mandi, bila dia nak ambil phone dia, dia akan terus nampak sharing tersebut.

Teknik tag suami dekat facebook ni hanya berkesan sebelum kahwin, (waktu tu suami nak mengorat korang, rajin la dia nak baca). Lepas dah kahwin, hmmmm jangan haraplah. Again, tak semua. Ada je suami yang rajin membaca, untung you olls.

Take home message ketiga : Hormati perbezaan, raikan persamaan. Sebelum kita kahwin, kita hidup sendiri, pergi mana-mana sendiri, makan sendiri, tidur sendiri. Jadi kita bebas ikut cara kita. Tak ada orang yang kisah. Tapi bila dah berkahwin, kita akan berkongsi hidup dengan pasangan kita. Jadi perlulah kita bertolak ansur. Give and take. Mungkin kita perlu ubah cara hidup kita sedikit, supaya sesuai dengan pasangan kita. Kalau masing-masing tidak mahu beralah, maka susahlah kita nak hidup sekali.

Sebab tu banyak kes perceraian disebabkan sudah tidak sefahaman/tidak sehaluan. Masing-masing tidak mampu lagi hidup bersama disebabkan jurang perbezaan yang jauh. Ada yang bercerai hanya sebab berebut rancangan televisyen. Ada yang bercerai sebab tak suka pasangan basuh baju waktu malam. Ada yang bercerai sebab tak suka cara pasangan menjemur baju. Jangan gelak. Kes-kes ini memang benar terjadi. Semuanya dilaporkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Sebenarnya,, banyak kes-kes pelik yang menyebabkan perceraian. Semuanya adalah disebabkan perbezaan dan masing-masing tidak mahu mengalah/tolak ansur.

4. Sentiasa peka pada pasangan anda

Bila kita berkahwin dan duduk sekali, jadi banyaklah perkara yang berlaku di antara suami isteri. Kadang-kadang perkara kecil, tetapi di mata suami/isteri kita adalah perkara besar. Lagi rapat kita dengan seseorang, lagi mudah orang tersebut akan terasa/sensitif. Kadang-kadang bila tak ucap terima kasih pun pasangan anda boleh terasa.

Kita juga perlu lebih peka dan jadi lebih observant. Kalau nampak isteri tak ok, terus tanya. Kalau nampak suami senyap diam je, kena tanya. Bila suami/isteri buat sesuatu yang pelik, pun kita kena peka. Sebagai contoh, suami tak pernah buat kerja rumah. Tetibai suatu hari tu, suami mop lantai, basuh baju, memasak. Wah pelik ni. Isteri kena peka dan selidik perubahan suami. Adakah suami mempunyai sesuatu hajat? Tetiba rajin buat kerja rumah?

Sebagai suami pulak, kita juga perlu sentiasa peka kepada isteri. Barulah isteri rasa istimewa dan disayangi. Dulu waktu mula-mula kahwin, aku tak berapa peka/ observant sangat. Meh aku bagi contoh situasi yang berlaku waktu mula-mula kahwin dulu :

Aku dan isteri nak balik kampung jam 9 pagi. Pukul 9 pagi, isteri aku tak siap lagi, masih tengah pakai tudung. Pukul 9.15 aku masuk bilik, dia tengah pakai tudung lagi. Pukul 9.30 dia keluar bilik, “abang, sayang dah siap, jom”.

Perjalanan balik ke kampung mengambil masa 4 jam. Dalam kereta, isteri aku senyap je. Selalu ada je benda yang dia nak borak. Aku tanya dia, “sayang ok ke?. Dia jawab sepatah, “ok je”. Maka ber krik krik krik la bunyi cengkerik selama 4 jam tu.

Bila sampai je kampung, isteri aku tanya, “cuba abang tengok sayang, abang tak perasan apa-apa ke?. Aku pun tengok isteri aku atas bawah. Atas bawah. Sama je. Takde tumbuh jerawat pun kat muka dia. Tudung dan baju yang dia pakai pun dia pernah pakai sebelum ni. So takde apa-apa yang baru dan pelik. Aku pun jawab, “macam sama je, tak perasan apa-apa pun”.

Pastu isteri aku jawab, “abang tak perasan ke sayang pakai/lilit tudung style baru, penat tau dekat setengah jam lilit tadi, tapi abang tak perasan pun. Ingatkan abang nak puji sayang cantik sebab pakai tudung style baru hari ni. Tapi abang tak kata apa-apa pun”. Maka aku pun facepalm dan terus berhuhuhu.. Mana la aku perasan style lilit tudung ni. Nampak semua sama je.

Take home message ke-empat : Sentiasa peka/observant pada pasangan anda. Kadang-kadang suami/isteri cuba buat kelainan, dan mereka berharap pasangan mereka akan perasan dan memuji. Mungkin sesuatu perkara itu kecil, tapi di mata mereka sangat besar. Jadi para suami dan isteri kena bulatkan mata besar-besar untuk jadi lebih observant, besarkan telinga untuk lebih peka dan mendengar, tajamkan hidung untuk menghidu sebarang perbezaan/kelainan yang ditunjukkan oleh suami/isteri anda.

Alamak, dah panjang pulak aku tulis. Tak sempat nak habiskan lagi satu nasihat. Nanti aku sambung lagi , takut korang tak larat pulak nak baca.

Aku bukanlah suami contoh pun. Tujuan aku tulis ni adalah nak kongsi pengalaman waktu aku mula-mula kahwin dulu. Banyak kali kami bergaduh sebab isu-isu ni. Jadi aku tulis ni nak educate dam memberi kesedaran kepada orang yang belum dan baru berkahwin, supaya mereka aware dengan benda ni dan tak ulangi kesilapan yang pernah aku lalui. Life is a learning process. Kita sentiasa belajar dari kesilapan dan mengajar/memberi kesedaran supaya orang lain tak mengulangi kesilapan kita.

Assalamualaikum wbt

Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession ini.

Sebelum ni aku ada kongsi 2 nasihat, inshaAllah kali ni aku nak sambung lagi. Ramai yang setuju bila aku tulis pasal misteri nusantara tu, tapi ada jugak yang tak setuju dan siap kutuk aku lagi, hahaha.

Apa yang aku tulis tu sebenarnya berlaku waktu mula-mula kahwin dulu, lepas beberapa kali jadi, aku pun dah mula memahami. So dah tak berulang la insiden facepalm tu sebab aku dah tahu sikit-sikit bahasa kiasan orang perempuan . Kiranya aku dah berjaya sikit-sikit merungkai misteri perempuan. Point aku tulis situasi-situasi tersebut adalah nak educate/memberi didikan/kesedaran awal kepada mereka yang belum kahwin atau yang baru berkahwin.

Walaupun aku dah faham sikit-sikit pasal perempuan (atau isteri aku specifically), tapi misteri perempuan ini berterusan (misteri nusantara kan banyak episod, sama jugak macam misteri perempuan). Setiap hari ada je perkara misteri baru yang berlaku.

Antara misteri yang masih belum terungkai adalah apabila isteri aku tanya aku soalan maut, “Abang, sayang gemuk tak?”… Wow, killer question ni. Salah jawab mati aku (getus hati kecil aku). (Nota tambahan : Isteri aku ni kurus, tapi perut dia buncit sikit, sama la macam aku hehe).

Lepas dia tanya tu, so aku jawab, “Eh sayang kuruslah, tak gemuk pun”. Lepastu isteri aku marah, “Abang ni cuba la jawab betul-betul, sayang tahu yang sayang ni gemuk, cuba abang jujur sikit”… Eh tak pasal-pasal aku kena marah. Maka aku pun berhuhuhuhu…

Beberapa hari lepas tu, dia tanya aku soalan yang sama, “Abang, sayang gemuk tak?”. Memandangkan aku dah pernah jawab soalan ni, so aku dah tahu la skema jawapan. Aku pun jawab, “Aah, sayang gemuk sikit la”. Pastu isteri aku balas, “Sampai hati abang cakap sayang gemuk”. Dia terus merajuk. Maka aku pun facepalm dan terus berhuhuhuhuhu…

Sebab itu aku cakap perempuan ni misteri. Dah kawin bertahun-tahun pun ada banyak episode misteri yang perlu dirungkai. Sebenarnya lelaki pun banyak juga yang misteri. Tapi sebab isteri aku perempuan, so aku cerita la yang perempuan ini misteri. Nak cerita pasal lelaki, mane aku tau, hahaha.. Kena tunggu la nanti mana-mana perempuan yang rajin nak tulis pasal lelaki itu misteri.

Ok lah, cukup ulasan aku. Sekarang aku nak sambung lagi 3 nasihat seterusnya.

3. Hormati Perbezaan, Raikan Persamaan

Lelaki dan perempuan ini memang Allah ciptakan berbeza. Cara berfikir pun berbeza. Sebab itu perkahwinan ini satu proses untuk kita melengkapi satu sama lain. Bila kita dah duduk serumah, sebilik dengan suami isteri, lagi banyak perbezaan dan persamaan yang kita akan nampak. Tak caya?

Meh aku bagi contoh, supaya korang senang faham.

Situasi 1 :

Bilik tidur kami ada aircond. Bila nak tidur,aku jenis tak suka pasang aircond, tapi isteri aku suka pasang aircond. Aku suka pasang kipas je. Bila sejuk sebab aircond, aku susah nak tidur walaupun dah pakai selimut, sebab tu aku tak suka pasang aircond. Haaaa, kan ada perbezaan kat situ. Tapi persamaan kami pulak adalah kami suka membongkang/tidur, hehe.

Untuk menghormati perbezaan, selalunya waktu nak tidur aku akan pasang aircond. So that isteri aku boleh tidur. Lepas dia dah tidur, aku akan senyap-senyap tutup aircond. Haha. So turn aku pulak nak tidor. Bila aku bangun je esok pagi, dah sejuk semacam. Ceh, rupanya isteri aku buka balik aircond lepas aku dah tutup. Facepalm.

Situasi 2 :

Aku ni jenis teliti. Kalau nak berjalan jauh, sebelum nak keluar rumah, aku akan pusing/tawaf satu rumah untuk pastikan aku tak tinggal apa-apa benda penting. Isteri aku pulak terbalik. Bila nak keluar menonong je.

Dalam kereta on the way,
“abang, sayang tertinggal purse dalam handbag lagi satu”
“abang sayang tertinggal kunci”.
“abang sayang tertinggal berus gigi”

Facepalm. Tetapi selaku suami yang sabar & penyayang, aku pun berpatah balik. Sejak beberapa kali insiden ini terjadi, aku mula jadi pegawai kastam. Sebelum keluar je rumah, aku akan check dekat pintu untuk pastikan isteri aku tak tinggal apa-apa barang.

Aku jugak teliti dengan masa. Kalau nak bertolak ke mana-mana atau nak jumpa sape-sape, aku akan sampai awal. Berbeza pulak dengan isteri aku yang selalu lambat. Jadi sejak kami kahwin, aku akan sampai lewat disebabkan isteri aku. Hahaha

Sebagai contoh, plan nak bertolak balik kampung pukul 9 pagi. Pukul 8.50 pagi aku dah siap. Aku tanya isteri aku dah siap ke? Dia kata, “jap abang, bagi 5 minit, sayang nak pakai tudung”. Waktu ni aku dah siap pack barang dan beg semua, dah masukkan dalam kereta. Cuma tunggu isteri aku nak siap je. Pukul 9 aku tanya balik, “dah siap ke sayang”. Dia jawab, “sekejap abang, nak siap dah”. Pukul 9.15, aku tanya balik, “dah siap ke?. Dia jawab, “sikit lagi bang, sabar ye”. Aku pun masuk bilik tengok dia tengah pakai tudung lagi. Pukul 9.30 dia keluar bilik, jom abang, sayang dah siap. Facepalm.

Sejak beberapa kali terjadi insiden ini, aku akan tanya isteri aku, dah siap ke belum sejam sebelum waktu bertolak. Supaya kami dapat bertolak on time atau lebih awal.

Lama bro nak lilit-lilit tudung tu. Tapi selamat sekarang dah ada instant shawl. Terima kasih kepada pengasas/pereka instant shawl ni. Anda memudahkan hidup kami. Banyak pahala anda. Lepas ni cuba reka instant make-up pulak. Letak secalit foundation dekat muka, terus cantik. Tak payah nak tempek-tempek, sapu-sapu, lama-lama dah.

Situasi 3 :

Kalau korang perasan, golongan isteri/perempuan suka tag suami diorang dekat sesuatu post dengan harapan suami diorang akan baca. Antara contoh-contoh :

“Bi @Hassan, tolong baca”
“Abang @Ismail, sila baca post ni, lepastu komen dekat sini”
“Sayang tahu yang abang @Kassim takkan baca, tapi nak tag jugak”

Lepas seminggu, krik krik krik bunyi cengkerik suami diorang tak baca pun.

Orang lelaki ni memang malas/kurang rajin nak baca benda/post/sharing yang panjang-panjang. Tak semua, tapi kebanyakannya. Aku pun termasuk la sekali kategori pemalas ni.

So apa isteri aku buat untuk pastikan aku baca? Dia print-kan post/sharing tu, lepastu letak dalam envelope/sampul surat, tulis nama aku dan letak atas meja makan. Bila aku balik kerja, tengok ada surat atas meja. Aku pun buka dan baca sampai habis. Banyak kali jugak la isteri aku bagi surat ni, hahaha. Kadang-kadang boleh letak dalam tempat duduk kereta. Malam tu korang print siap-siap, pagi esoknya waktu suami tengah nak siap pergi kerja, korang letak dalam kereta dia, dekat tempat pemandu. Mesti dia baca sambil menghadap jalan jem.

Jadi untuk isteri-isteri diluar sana, kalau suami anda termasuk dalam kategori malas membaca macam aku, sila print-kan sharing/post tersebut dan letak dalam sampul surat. InshaAllah suami anda akan baca. Ataupun teknik lain, anda buka sharing tu dalam phone suami anda waktu dia tengah mandi, nanti lepas mandi, bila dia nak ambil phone dia, dia akan terus nampak sharing tersebut.

Teknik tag suami dekat facebook ni hanya berkesan sebelum kahwin, (waktu tu suami nak mengorat korang, rajin la dia nak baca). Lepas dah kahwin, hmmmm jangan haraplah. Again, tak semua. Ada suami yang rajin membaca, untung youolls.

Take home message ketiga : Hormati perbezaan, raikan persamaan. Sebelum kita kahwin, kita hidup sendiri, pergi mana-mana sendiri, makan sendiri, tidur sendiri. Jadi kita bebas ikut cara kita. Tak ada orang yang kisah. Tapi bila dah berkahwin, kita akan berkongsi hidup dengan pasangan kita. Jadi perlulah kita bertolak ansur. Give and take. Mungkin kita perlu ubah cara hidup kita sedikit, supaya sesuai dengan pasangan kita. Kalau masing-masing tidak mahu beralah, maka susahlah kita nak hidup sekali.

Sebab tu banyak kes perceraian disebabkan sudah tidak sefahaman/tidak sehaluan. Masing-masing tidak mampu lagi hidup bersama disebabkan jurang perbezaan yang jauh. Ada yang bercerai hanya sebab berebut rancangan televisyen. Ada yang bercerai sebab tak suka pasangan basuh baju waktu malam. Ada yang bercerai sebab tak suka cara pasangan menjemur baju. Jangan gelak. Kes-kes ini memang benar terjadi. Semuanya dilaporkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Sebenarnya,, banyak kes-kes pelik yang menyebabkan perceraian. Semuanya adalah disebabkan perbezaan dan masing-masing tidak mahu mengalah/tolak ansur.

4. Sentiasa peka pada pasangan anda

Bila kita berkahwin dan duduk sekali, jadi banyaklah perkara yang berlaku di antara suami isteri. Kadang-kadang perkara kecil, tetapi di mata suami/isteri kita adalah perkara besar. Lagi rapat kita dengan seseorang, lagi mudah orang tersebut akan terasa/sensitif. Kadang-kadang bila tak ucap terima kasih pun pasangan anda boleh terasa.

Kita juga perlu lebih peka dan jadi lebih observant(memerhati). Kalau nampak isteri tak ok, terus tanya. Kalau nampak suami senyap diam je, kena tanya. Bila suami/isteri buat sesuatu yang pelik, pun kita kena peka. Sebagai contoh, suami tak pernah buat kerja rumah. Tetibai suatu hari tu, suami mop lantai, basuh baju, memasak. Wah pelik ni. Isteri kena peka dan selidik perubahan suami. Adakah suami mempunyai sesuatu hajat? Tetiba rajin buat kerja rumah?

Sebagai suami pulak, kita juga perlu sentiasa peka kepada isteri. Barulah isteri rasa istimewa dan disayangi. Dulu waktu mula-mula kahwin, aku tak berapa peka/ observant sangat. Meh aku bagi contoh situasi yang berlaku waktu mula-mula kahwin dulu :

Aku dan isteri nak balik kampung jam 9 pagi. Pukul 9 pagi, isteri aku tak siap lagi, masih tengah pakai tudung. Pukul 9.15 aku masuk bilik, dia tengah pakai tudung lagi. Pukul 9.30 dia keluar bilik, “abang, sayang dah siap, jom”.

Perjalanan balik ke kampung mengambil masa 4 jam. Dalam kereta, isteri aku senyap je. Selalu ada je benda yang dia nak borak. Aku tanya dia, “sayang ok ke?. Dia jawab sepatah, “ok je”. Maka ber krik krik krik la bunyi cengkerik selama 4 jam tu.

Bila sampai je kampung, isteri aku tanya, “cuba abang tengok sayang, abang tak perasan apa-apa ke?. Aku pun tengok isteri aku atas bawah. atas bawah. Sama je. Takde tumbuh jerawat pun kat muka dia. Tudung dan baju yang dia pakai pun dia pernah pakai sebelum ni. So takde apa-apa yang baru dan pelik. Aku pun jawab, “macam sama je, tak perasan apa-apa pun”.

Pastu isteri aku jawab, “abang tak perasan ke sayang pakai/lilit tudung style baru, penat tau dekat setengah jam lilit tadi, tapi abang tak perasan pun”. Maka aku pun facepalm dan terus berhuhuhu.. Mana la aku perasan style lilit tudung ni. Nampak semua sama je, hahaha.

Take home message ke-empat : Sentiasa peka/observant pada pasangan anda. Kadang-kadang suami/isteri cuba buat kelainan, dan mereka berharap pasangan mereka akan perasan dan memuji. Mungkin sesuatu perkara itu kecil, tapi di mata mereka sangat besar. Jadi para suami dan isteri kena bulatkan mata besar-besar untuk jadi lebih observant, besarkan telinga untuk lebih peka dan mendengar, tajamkan hidung untuk menghidu sebarang perbezaan/kelainan yang ditunjukkan oleh suami/isteri anda.

Aku bukanlah suami yang baik sangat pun. Tujuan aku tulis ni adalah nak kongsi pengalaman waktu aku mula-mula kahwin dulu. Banyak kali kami bergaduh sebab isu-isu ni. Jadi aku tulis ni nak educate dam memberi kesedaran kepada orang yang belum dan baru berkahwin, supaya mereka aware dengan benda ni dan tak ulangi kesilapan yang pernah aku lalui. Life is a learning process. Kita sentiasa belajar dari kesilapan dan mengajar/memberi kesedaran supaya orang lain tak ulang kesilapan kita.

– Mad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit