bīla hatī merīndu
tadah tangan ke kalbu
mohon pada Allahu
jaga dīa selalu..
ayah :’)
beberapa tahun lepas, pernah sekali ada mengalami konflik di tempat kerja, agak teruk la juga. bila rakan sekerja tanya pada saya, are you okay? saya just boleh jawab, kalau ayah saya ada lagi, mesti ayah saya marah jadi benda macam ni. (sebab bos tu sendiri kawan ayah, ayah mesti marah punya kenapa biarkan buat kat anaknya macam tu). rakan sekerja berpandangan sesama mereka, cukup mengerti. saya masih ingat lagi jawapan saya tu, saat yang betul betul saya rasa sangat sangat perlukan perlindungan, perlindungan dari seorang ayah.
betul. dalam hidup ini, bila ayah sudah tiada, ada satu saat, macam tu la kita rasa. something yang kita panggil sebagai rasa dilindungi. akan ada satu masa, kita akan rasa kita benar benar memerlukannya tapi ia tiada.
:’)
ayah.
saya tak sedih ayah da pergi malah saya redha kerana itu adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat untuk ayah :’) fikir kembali, sudah terlalu banyak kesusahan dan kepayahan yang ayah telah lalui di dunia ini disebabkan oleh orang orang yang berkepentingan sendiri, cukup la tu, tak sanggup lagi melihat ayah susah hati. tipu la kalau tak sedih kan. i mean, well, Allah lebih sayangkan ayah. cuma saya sedih saya tak dapat ingat dan tidak mengenali ayah dengan begitu baik. masa begitu pantas berlalu. tapi alhamdulillah, ada yang mampu saya ingat :’) dengan izin Allah.
kita ni sebagai anak perempuan, hubungan dengan ayah kita, memang special sangat sangat. tak sama macam kita sebagai anak perempuan dengan ibu. lain. kuasa Allah, kan? masyaAllah tabarakAllah.
seorang ayah itu la lelaki pertama dalam hidup kita, seorang anak perempuan. ayah la satu satunya lelaki dalam hidup kita. yang kita akan sayang sampai bila bila. our hero. seorang lelaki yang kita sangat admire akan peribadinya. dan kita ni pula, kita la segalanya buat ayah kita tau :’) kita sebagai anak perempuan memang special untuk ayah kita..
pernah masa kecil dulu, ada jiran yang mempunyai anak sepasang lelaki dan perempuan, jiran tu kata ayah budak tu lagi suka anak perempuannya. (tak ingat ayatnya macam mana) tapi katanya, anak perempuan da besar nanti, da kawin, akan pergi tinggalkan keluarga.
masa tu kecil, mana la faham. rupanya seorang ayah nak lepaskan anak perempuan dia kat lelaki lain, Allahu. tanggungjawab wali tu bukan mudah. betapa kasihnya ayah, jaganya ayah pada puterinya selama berapa tahun, nak serahkan kat lelaki yang baru datang dalam hidup anak perempuan dia, Allah.. hati si ayah tak siapa tahu… bila fikir semula, jiran tu, dari anaknya kecil lagi dia da fikir macam tu. Allah… kasih seorang ayah..
Allah.. rindu ayah..
Alhamdulillah saya masih ingat kenangan bersama ayah :’) walaupun tak semua..
kenangan paling best, pergi masjid di bulan Ramadan. yang sampai sekarang saya suka buat :’) pergi rumah Allah pada bulan Ramadan. saya tak ingat umur saya berapa, tapi saya ada ikut ayah tinggal di masjid, ayah ada sebuah bilik kecil di masjid, adakalanya saya stay dengan seorang kakak yang suaminya juga ada bilik di masjid, berhari hari juga la, semasa Ramadan. bangun makan sahur di kantin masjid, kalau akak tu ada, makan dengan dia kat bilik dia. ikut solat jemaah walaupun tak pandai solat lagi. main main dengan burung merpati, bagi makan gandum. siangnya mengaji, jalan jalan dengan ayah. petangnya tolong orang kat dapur masak bubur lambuk (tolong kacau je lebih sebenarnya hahaha) dan main main dengan kucing kat masjid. maghribnya buka puasa ramai ramai, makan dengan menggunakan talam. paling kelakar masa terawih. kita kan budak lagi, mana la nak pandai solat kan, solat pun main main je, dengan imam terawih tu baca surah lepas al fatihah ya Allah panjangnya surah penat berdiri kot aha, so lepas bagi salam, rakaat seterusnya, kita suka hati je pergi solat kat sebelah tiang, bila penat berdiri lama, sandar la kat tiang tu aha! sandar senget tau Allahu.. lagi satu, ingat lagi, setiap kali habis solat lepas bagi salam, ada makcik kat jemaah tu, datang kat kita, senyum, cium pipi kita padahal tak kenal pun siapa. setiap kali lepas bagi salam tau. bayangkan berapa rakaat terawih, berapa kali makcik tu datang kat kita. kita mana reti solat apa, ikut je la sampai habis pun aha. kita rasa disayangi (terima kasih, makcik. walaupun kita tak kenal, dan saya pun masih kecil masa tu, tapi saya masih ingat kebaikan makcik pada saya, terima kasih layan saya dengan kasih sayang, saya hargainya, semoga kita jumpa kembali di syurga Allah). sampaikan hari terakhir puasa pun, bila nak balik rumah da, esoknya kan raya kan, makcik tu kata jangan balik lagi, nak belikan tak ingat apa baju@tudung. so pergi jumpa ayah, cerita la kan. lepas tu ayah pun jumpa makcik tu mungkin la bual pasal saya, mcm ayah kata takpe, takperlu susah susah macam tu. lepas tu da besar ni tanya pada mak, baru saya tahu rupanya ayah bawa saya ke masjid semasa 10 Ramadan terakhir, waktu iktikaf masyaAllah tabarakAllah. sungguh, masa yang saya spend dengan ayah, di masjid, rumah Allah, semasa bulan Ramadan, is the best memory ever, walaupun masa tu kecil lagi. tu la kenangan yang saya sangat hargainya, bersyukur sangat sangat, kenangan indah, tak semua orang ada kenangan sebegini. im so blessed alhamdulillah :’) dan itu la yang membentuk peribadi saya sehingga kini, cinta masjid dan bulan Ramadan. terima kasih, ayah :’)
saya masih ingat. masa mula mula belajar puasa, kena kejut bangun sahur kan. lepas sahur, ayah panggil, ayah ajar niat puasa. ayah sebut, kita ikut. (lepas tu lepas sahur tengok tom and jerry, aha). ayah saya seorang tukang, buruh, bekerja sendiri. bila ayah bertukang, kita pun suka nak sibuk. biasa la budak kan. nak cat ke gergaji kayu ke apa ke, sibuk je. hee fikir balik mesti jenuh ayah layan kerenah kita masa kecil kecil dulu kan. tapi ayah suka mengajar. ingat lagi, bila main main nak cat, ayah ajar pegang berus, sapu cat macam ni (lepas tu saya pergi cat kat kucing -_- ). bila main main gergaji nak potong kayu, ayah ajar tahan kayu tu macam ni, gergaji tu serongkan macam ni. ayah ajar macam mana nak ukur guna pita ukur. macam mana nak cabut paku, ketuk paku guna hammer. ayah ajar macam mana bancuh simen, guna pasir guna air dll. Allah.. pernah sekali, ayah tukar zinc bumbung, kita pun sibuk nak panjat bumbung. naik tangga tinggi tinggi, panjat bumbung. ayah terkejut tengok kita tapi ayah tak marah. ayah kata, tunggu sana, ayah datang ambil. ayah pegang tangan kita, ajar jalan ikut kayu. lepas tu kita pun tengok la ayah buat kerja walaupun tak faham amende ehe. biasa la budak, mana reti diam. da bosan, nak turun. masa nak turun, confident je jalan ikut kayu. ayah perhati kita, lepaskan kita jalan sendiri. (sekarang baru faham, ayah nak ajar kita berdikari). tapi masa jalan tu, kita silap langkah, terpijak siling, jatuh. tapi tak jatuh terus, sangkut. badan kat atas, kaki kat bawah haha. masa tu kawan sekerja ayah ada kat bawah, pakcik tu pun perasan kita jatuh, pakcik pun tolong pegangkan kaki kita supaya tak terjatuh terus ke bawah. ingat lagi ayah cepat cepat datang ke kita, angkat tarik kita dari atas. mesti ayah risaukan kita kan hee maaf ayah.. kasihnya ayah pada kita.. didikan ayah dengan kerja kerja sebegini la membuatkan kita kuat, berdikari, buat kerja fikir kemahiran. Alhamdulillah. terima kasih, ayah.
masyaAllah tabarakAllah ya Allah ayahku.. :’)
ayah bila solat, selalu panggil kita. bentang sejadah, suruh berdiri kat sebelah. solat sesama. da habis solat, ayah ambil kita letak kat riba ayah. main main dengan jari kita. ayah ajar zikir sebenarnya :’) lepas tu, nak doa. ayah ambil tangan kita, letak atas tangan ayah, baca doa. lepas tu nak aminkan, ayah raupkan tangan kita ke wajah ayah, ayah aminkan doa. sungguh, kenangan ini la yang paling paling paling mahal sekali, tiada galang gantinya. sebab apa, sebab sampai sekarang, di umur 20+ tahun ini, bila saya tadah tangan nak berdoa, kenangan itu masih ada, sampai sekarang. kadang kadang tengah nak berdoa tu saya boleh ingat kenangan tu, ayah ajar kita doa, ambil tangan kita, raupkan ke wajahnya. sampai sekarang saya ingat kenangan itu, kenangan melibatkan ibadah doa, masyaAllah tabarakAllah sangat sangat berharga kenangan ini Allahu Allah :’)
sekarang saya selalu pesan kat sesiapa, nak ajar anak anak, budak budak berdoa, buat la macam tu. jangan sekadar tunjuk guna tangan kita sendiri atau tunjuk mengunakan tangan dia. tetapi. riba. ambil la tangan dia, letak kat tangan kita, tadah tangan, berdoa, dan raupkan tangan dia ke wajah. buat berkali kali. percaya la. bila dia da besar nanti, dia akan ingat, dia akan rindu. percaya la, da besar, bila dia berdoa, dia renung tapak tangan tu yang dia tadah tangan nak berdoa tu, dia akan ingat dulu mak atau ayah dia ada ajar dia doa, ajar tadah tangan, ajar raup wajah masyaAllah tabarakAllah. bila dia ingat tu, sebak, boleh menangis. lagi lagi kalau mak ayah da takde. sebab cara itu cara yang penuh kasih :’) ada jalinan kasih sayang padanya masyaAllah tabarakAllah. sebagaimana sampai sekarang bila saya tadah tangan nak berdoa, kadang kadang ada sebak yang datang, fikiran saya masih ingat, rindu kenangan itu dengan ayah :’) sungguh cara itu cara yang penuh kasih sayang, kekal sampai sekarang, Allahu.. terima kasih, ayah.. :’) sungguh ini didikan yang paling berharga buatku.. terima kasih ayahku sayang.
saya ingat, bila masuk zohor, ayah masuk dalam rumah, siap siap solat. dan saya masih ingat. ayah ambil wuduk, keluar dari bilik air nak menuju ke bilik, ayah berjalan sambil mengelap muka, tangan menggunakan tuala kecil. saya ingat lagi, saya kata kat ayah, ayah, jalan jangan tutup muka, nanti tak nampak, jatuh. ayah hanya sengih, nampak gigi ehee. saya ingat lagi sengihan itu. sekarang saya fikir kembali, tu waktu ayah berehat dari kerja, dengan penatnya mengerah kudrat, tak lain untuk kami sekeluarga..Allah… ayah.. :’) dengan penatnya, masih ayah layan kita penuh kasih walau cuma satu sengihan. lepas zohor, kadang kadang ayah sambung kerja, kadang kadang tidak. saya pula, ayah ada pasangkan buaian net yang digantung pada dua pokok, jadi saya suka tidur di buaian itu, kadang dengan kakak, kadang sendirian sahaja. tapi suasana zaman itu, selamat. dengan ayah yang ada di sekitar dan boleh mengawasi kita. jika ayah sudah habis kerja, ayah akan angkat kita bawa masuk ke dalam hee..
apabila hari hujan, ayah suka duduk di beranda dan merenung hujan. bersama dengan ibu. agaknya sebab itu la saya terlalu sukakan hujan kot. saya ingat kadang duduk sebelah ayah, ayah peluk kita dan kepala kita sandar pada ayah :’)
malamnya, ayah kerap kesakitan. ayah sangat bekerja dengan gigih, kerja keras, kuat untuk menyara kami anak beranak. ayah memang kurang sihat. selalu ayah panggilkan saya untuk menggosok minyak bam ke apa apa kepada ayah, kemudian ayah suruh kita pijak belakang ayah (masa tu kita buat pijak tu macam nak taknak sebab takut ayah sakit kan padahal kita ringan je kot masa budak tu aha). lepas tu, ayah bercerita kat kita bedtime story gitu tentang anak gajah. never ending punya story ayah cerita ni, hari hari ayah cerita anak gajah anak gajah sampaikan kita curious macam mana la ending dia, aha. kita da tak ingat cerita tu tapi bila fikir semula ayah gigih cakap dengan kita, bercerita dengan kita, walaupun kepenatan seharian membanting tulang, dengan ceritanya yang bersahaja, menggunakan akal fikiran, bukannya ada buku ke apa pun, menggunakan kreativiti reka cerita macam tu je masyaAllah tabarakAllah sedari kita kecil ayah jaga kita penuh kasih. seronok dengar cerita ayah, seronok diberi perhatian oleh ayah. Allah..
tapi sedih bila ingat ayah batuk batuk teruk, kesian sangat kat ayah. dengan asmanya lagi. sehinggakan ayah sakit saraf tulang belakang, mungkin kesan daripada kerja keras hari harian yang ayah buat demi kami tapi Alhamdulillah tidak terlalu kritikal cuma perlu menggunakan penyokong pada leher (malah saya selalu main penyokong leher tu). saya masih ingat saya pegang tangan ayah. sangat kasar dan keras. ayah selalu kata, rasa kebas. pegang tak rasa apa apa sangat. malah ayah selalu minta saya butangkan baju ayah. sebab ayah susah nak pegang butang, susah nak masukkan butang pada lubang butang jadi saya selalu butangkan. ayah orang yang sangat simple. baju ayah pun kebanyakannya warna putih. bila ayah batuk dan asma teruk, tak sanggup rasanya lihat keadaan ayah, tak sanggup nak dengar bunyi batuk sebegitu. macam nak terkeluar isi dada bila batuk tu, memang batuk yang sangat kuat. sedih rasanya bila fikir kadang ayah jatuh sakit sebegitu sebab susah hati, susah hati yang tak lain sebab kerenah manusia, Allahu. sebelum ayah meninggal, panggilan terakhir saya pada ayah pun, ayah batuk batuk teruk sehingga tak mampu terus bercakap, terpaksa putuskan panggilan. Allah.. semasa hari terakhir kat dunia pun, masa ayah collapse, doktor pam jantung, sampai dua kali. tapi memang ayah tak bangun da, memang da sampai masanya ayah pergi.. :’) tapi Alhamdulillah ayah pergi dengan tenang.. saya ingat hari hari yang telah berlalu, saya dan kakak pergi wad hospital tengah tengah malam. itu semua kenangan buat kami..
ingat lagi salam istimewa dengan ayah. ayah bila salam dengan kami anak beranak, special. ada something padanya yang cuma ayah je buat macam tu. sekarang, kadang kadang ibu pun buat salam special tu :’) mesti kami teringat pada ayah. dulu kami balik dari sekolah, bila ayah nampak kami, ayah akan melambai lambai pada kami, walaupun kepenatan kerja tapi raut wajah ayah sikit pun tidak tercalit penat. yang ada, raut wajah yang girang penuh ceria, gembira menyambut kami balik sekolah,wajah yang penuh kasih sayang.. ayah berpeluh tengah panas membanting tulang bekerja, rindu bau ayah.. naik bas nak ke sekolah pun, ayah dan ibu akan melambai lambai :)
bila kita datang pada ayah, mesti ayah layan kita. tidak pernah sekalipun ayah marah. malah ayah tidak pernah mengangkat tangan pukul pada anak anak (ibu yang garang sikit). kadang bila ibu marah, ibu nak pukul, kita pergi pada ayah, dan ayah tak bagi ibu pukul kita ehe :p tapi marah ibu pada kita adalah satu kasih sayang sebenarnya kan. dengan marah dan pukul itu la kita jadi orang. terima kasih, ibu. terima kasih, ayah :’)
fikir semula, ayah ketua keluarga. dengan dulunya hidup dhaif, gaji sehari dulu pun berbelas ringgit cuma (berdasarkan dengar cerita dari ibu), kawasan tinggal di kawasan setinggan tiada bekalan elektrik dan air. ayah gali perigi (yang sampai sekarang ada lagi air perigi tu masyaAllah tabarakAllah). jalan pun tanah merah. nak keluar ke jalan besar pun bukan dekat. dengan tiada kenderaan sebab kedua dua ayah dan ibu tidak tahu membawa sebarang kenderaan, bergantung kepada bas. berjalan jauh da menjadi kebiasaan. membaca pun boleh sikit sikit. ayah dan ibu bukanlah orang berpendidikan tinggi. ayah kerja keras demi taraf hidup yang lebih baik, buka perniagaan yang Alhamdulillah ada rezeki padanya. malah semasa zaman saya membesar pun, tahun berapa baru ada bekalan air tetap. elektrik pula, secara berkala. sampai pukul 7 gitu. bermalam dengan menggunakan lilin, pelita lampu minyak tanah pun, da menjadi kebiasaan. kemudian Alhamdulillah ada generator. lepas tu rezeki kami semua di kawasan ini, ada bekalan tenaga. blackout tu perkara biasa. selusuri perjalanan hidup ayah dan ibu, tidak mudah. kelangsungan hidup untuk kami anak anak tidak la semudah yang disangka. dengan ujian perkahwinan ayah dan ibu. dengan anugerah kami anak istimewa tiga orang. nak bagi perhatian, dapatkan rawatan dll semua tu. Allahu. kepayahan demi kepayahan dilalui menjadikan ayah dan ibu semakin kuat masyaAllah tabarakAllah.
Alhamdulillah, ayah benar benar menjadi seorang ayah yang terbaik. tidak dinafikan ada juga sebahagian kelemahan ayah namun apa la sangat kekurangan itu dibandingkan dengan jasa baktinya yang membolehkan kita membesar dengan baik Alhamdulillah. masalah ayah sebagai ketua keluarga, bukan la masalah kecil. masalah kehidupan. Allah jua yang beri kekuatan pada ayah, beri ilham pada ayah masyaAllah tabarakAllah terima kasih ya Allah. ayah tidak sekalipun menunjukkan masalahnya, kebimbangannya, kerisauannya. malah ayah sentiasa ceria, suka bermain main dengan kami. bawa kami jalan jalan. belikan kami makanan, coklat, jelly, aiskrim dll. ayah sangat sayangkan kami :’)
kalau ayah masih ada, mesti ayah susah hati fikirkan tentang kita yang belum kahwin ni aha. walaupun hati seorang ayah sangat kasihkan anak perempuannya, tapi dia tahu untuk laksanakan tanggungjawabnya kan? kalau kita risau tak dapat kerja sekarang, mesti ayah kata takpayah kerja, ayah ada, ayah boleh jaga kamu. tapi kita taknak la susahkan ayah dan ibu lagi kan. kita faham ayah risaukan kita sebagai anak perempuan pergi kerja, penat, terdedah fitnah dll. kita faham. tapi kalau kita nak pergi belajar apa apa kat mana mana, ayah dan ibu tak pernah berkira apa apa, pergi belajar, jangan risaukan apa apa. pergi je belajar. Allah.. ayah ibuku.. :’) ayah dan ibu sangat pentingkan pendidikan. walaupun tidak berpendidikan tinggi tetapi mereka sangat mengambil berat tentang sekolah dan pelajaran. tentang buku, kelas, tuisyen dll semua ayah dan ibu sangat pentingkan. dan satu yang ayah dan ibu sangat sangat pentingkan ialah, adab dengan guru. ayah dan ibu selalu ajar untuk sangat sangat hormatkan guru, tak kira guru marah pada kita ke apa ke, jangan lawan cakap guru, guru tu orang yang bagi ilmu pada kita, hormat, ada keberkatan ilmu dll. ayah dan ibu sangat pentingkan etika beradab dengan guru.
ayah :’)
kalau la ayah masih ada, hari hari saya nak borak dengan ayah puas puas, macam saya borak dengan ibu hari hari. hari hari saya nak tanya itu ini, nak kenal ayah, nak tahu personaliti ayah, nak tahu yang membentuk kekuatan ayah, yang menjadikan ayah orang, nak dengar pengalaman ayah, macam macam saya nak bualkan dengan ayah. ayah suka ajar saya tentang agama. ayah tunjuk buku-buku al Quran, doa doa, kisah kisah Nabi dll. kalau ayah ada sekarang, mesti hari hari saya nak bual dengan ayah tentang agama, seronoknya ya Allah.. apa lagi yang lebih menyeronokkan? bicara tentang agama dengan ibu bapa, mendekatkan diri pada Allah, dengar nasihat ibu bapa, dengar apa ibu bapa cakap, pesan. yang akhirnya akan tersampai ke hati. Allah. apa lagi yang lebih menyeronokkan dari itu?
dan, macam yang saya buat kat ibu, kalau ayah ada, hari hari saya nak pandang ayah penuh kasih sayang. saya nak sayangi ayah. nak duduk sebelah ayah, pegang, genggam tangan ayah yang kasar tu, nak renungi urat urat yang timbul, nak senyum penuh sayang pada ayah, renungi mata ayah yang mulai kelabu, nak usap kepala ayah yang separuh botak ehee nak peluk ayah nak cium pipi dan dahi ayah. nak jaga ayah, bawakan ayah air, potong kuku ayah, siapkan segalanya untuk ayah, khidmat untuk ayah, masak untuk ayah. Allahu, saya tak pernah sempat masak untuk ayah :( takde rezeki saya nak khidmat pada ayah.. saya nak bagi perhatian pada ayah, macam mana yang ayah bagi perhatian pada saya masa kecil. saya tak berpeluang bakti pada ayah malah saya mengabaikan ayah :'( mesti ayah sedih dengan saya, saya minta maaf ya ayah.. ia takdir Allah yang saya tak sempat nak berbakti pada ayah.. :'(
tapi perginya ayah adalah rencana Allah yang terbaik buat semuanya. Alhamdulillah, tak sangka, selepas ayah meninggal, terjumpa di hp, rakaman suara dengan ayah. sekarang gambar dan suara ayah la jadi pengubat rindu :’) ingatan kenangan dengan ayah la yang menjadi pembentukan peribadi :’)
ayah, jangan risaukan saya. walaupun saya belum ada jodoh tapi saya sangat ok dan kuat, mentally physically spiritually alhamdulilah hee. sekarang ibu risaukan saya belum kahwin sebab ibu kata nanti ibu da takde siapa nak jaga, ibu kata kalau ayah ada pun ayah risau. Allahu.. :’) best apa belum kahwin sebab boleh jaga mak ayah kitaa puas puas hee :) jangan risau, ya. Allah kan ada hee. jangan risau, jodoh saya sama ada dengan kematian, ataupun dengan seorang lelaki yang macam ayah, iaitu yang membawa ke jalan Allah. cukup itu sahaja. macam mana ayah didik saya dekati agama sejak kecil, cuma itu la pengharapan saya, teruskan membawa saya ke jalan Allah. apa yang pada saya sekarang, semuanya dari ayah dan ibu.
ayah, insyaAllah im trying my best to bring you and ibu to Jannah. ayah da puas doakan saya semasa ayah hidup, kan. ayah, ayah tahu tak betapa saya rasa kehilangan sangat apabila ayah sudah tiada di dunia ini untuk mendoakan saya? :’( ibu ada, doa ibu ada. tapi tak complete rasanya tanpa doa ayah. tapi takpe, sekarang saya akan jaga ayah dan ibu insyaAllah. ayah berehat ya baik baik ya. sekarang saya akan doakan ayah dan ibu puas puas.. :’) saham akhirat buat kalian, insyaAllah.. tu je saya mampu buat pada ayah sekarang. moga Allah redhai saya yang pendosa ini.. :’( moga Allah terima doa kita ini. Allah.. ayah dan ibu separuh jiwaku ya Allah.. kasih, pengorbanan mereka membawa ke syurgaMu. redhaMu pada ku bergantung pada redha mereka. wahai ayah wahai ibu redhai la saya :’)
kita datang ke dunia ini di luar pinta kita. tapi datangnya kita ke sini, bersama anugerah dari Allah. anugerah ibu bapa. kita tak pilih siapa ibu bapa kita, kita dianugerahkan. dan saya sangat bersyukur ibu bapa saya ialah ayah dan ibu :) saya bangga dengan ayah dan ibu saya. saya bangga dengan didikan ayah dan ibu pada saya dan kami semua. moga satu hari nanti, kami pula akan membanggakan ayah dan ibu. seronok rasanya melihat senyuman ibu bapa kita yang terukir pada wajah yang penuh kasih tu, syurga dunia. bahagia :’)
Ya Allah, ampunikanlah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami. kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami di waktu kecil. redhailah ibu bapaku ya Allah, jadikan mereka antara penghuni syurgaMu ya Allah..
ya Allah.
aku erti bahawa anugerahMu ini pinjaman. andai dunia pisahkan kami, pertemukan kami kembali di syurgaMu ya Allah.. cukup la ayah dan ibu buatku ya Allah.. :’) ayah dan ibu adalah syurga buatku. bertemu syurgaku kembali di syurgaNya, its beyond words masyaAllah tabarakAllah!!
Alhamdulillah
blessed :’)
– anak ayah & ibu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit