salam warga iium confession. rindu pulak nak berleter kat sini. mula2 sekali, nama aku bukan abdullah tapi aku memang abdullah. keliru? abaikan.
aku tak tahu nak start dari mana sebab aku bukanlah seorang yang mendapat pendidikan khusus dalam bab penulisan tapi aku akan ceritakan di sini sebaik yang mungkin sambil2 nak ajak korang bermain dengan matematik. alah, matematik mudah je pun. kikiki (gelak jahat tapi sopan). ok, izinkan aku mulakan perkongsian aku.
boleh dikatakan semua pelajar ipta hidup dengan wang ptptn. yang pastinya, wang itu tak cukup pun untuk kegunaan kita bagi setiap sem. jom buat kira2.
pelajar jurusan lain aku tak tahu la berapa banyak pinjaman yang diberi tapi bagi pelajar sains manusia macam aku, setiap sem sebanyak rm3200 diperuntukkan. kalau korang rasa nilai tu banyak dan cukup untuk tempoh satu sem, fikir semula.
rm3200, tolak yuran asrama dan yuran belajar tinggal lagi lebih kurang rm2550. belanja makan sehari rm15, tu pun kalau konsisten makan dua kali je sehari. untuk satu sem (anggap satu sem bersamaan dengan 4 bulan) belanja untuk makan lebih kurang rm1800. ade lagi sisa duit ptptn sebanyak rm750. tambah nilai telco kita anggarkan rm30 sebulan. satu sem rm120. tinggal lagi rm630. untuk kerja kursus kita anggarkan rm100, tiket bas pergi dan balik kampung untuk cuti pertengahan semester dan cuti semester rm160. baki rm370. dengan baki tu la kita si peminjam ptptn ni akan guna untuk segala bagai mak nenek macam barang2 keperluan, untuk kecemasan, duit minyak dan lain2. ni pengiraan yang paling mudah dan paling asas bagi seorang pelajar.
ape yang aku nak kongsikan di sini, duit ptptn yang dapat setiap sem tu TAK CUKUP. macam mana boleh ade suara2 sumbang yang kata duit ptptn tak cukup sebab pelajar boros? tapi tak dinafikan, memang ade yang betul2 boros menghabiskan duit ptptn tapi kalau tak boros sekalipun, duit tu tetap TAK CUKUP.
kepada individu yang terlalu berpandangan buruk terhadap kami, tolong selami ape yang kami lalui. abang2, kakak2, ayah2, mak2, jangan bandingkan keadaan kami sekarang dengan keadaan kalian masa kalian belajar dulu. kita hidup dalam dua keadaan dan aturan hidup yang berbeza. salah seorang kakak aku banyak kali cakap:
‘akak dulu takde pun telefon bimbit. telefon bimbit yang akak dapat dulu pun orang bagi sebagai hadiah dapat masuk u’
‘akak dulu pun takde komputer riba. kalau nak buat kerja kursus, akak pergi je kat kedai komputer lepas buat rujukan kat perpustakaan’
‘buat ape pakai telefon canggih2? dapat buat panggilan dan hantar pesanan pun dah cukup’
jangan begini kak, abang, mak, ayah. zaman dulu teknologi hanya sekadar kemahuan tapi zaman sekarang teknologi tu dan jadi keperluan asas. bukan bab teknologi bahkan semua. kos sara hidup pun makin lama makin tinggi. bukan sahaja yang berumah tangga je yang terbeban bahkan kami para pelajar pun turut sama terkesan.
bab brim pun satu hal. benda yang dari awal lagi buat aku tak puas hati. individu bujang diberi rm450 manakala pelajar rm250, tu pun dalam bentuk baucer buku (sekarang kad debit). di mana logiknya pengagihan ni? bukan tak bersyukur cuma kalau kira dari segi keperluan dan keutamaan, kami sebagai pelajar lebih layak untuk diberi bantuan yang selayaknya kerana kami lebih memerlukan. bukankah kami tergolong dalam golongan asnaf yang layak menerima zakat atau biasiswa dari kerajaan dan badan2 yang berwajib?
cukup la kot setakat ni penulisan aku. kalau ade yang suruh lukis, maaf aku tak pandai nak lukis. aku harap penulisan aku ni didengari oleh semua lapisan masyarakat bahawa kami bukan boros tapi memang duit ptptn yang kami dapat tu TAK CUKUP untuk menampung kehidupan kami. terima kasih kepada yang sudi membaca.
– abdullah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit