Budaya Minta-meminta

Salam. Terima kasih admin sudi post confession aku ni. Aku ni seorang perempuan dan aku masih menuntut di salah sebuah universiti. Aku nak cerita tentang orang yang suka meminta2 yang banyak dah aku jumpa sepanjang aku hidup ni.

Family aku besar, adik beradik parents aku dua2 ramai. Jadi, macam2 ragam orang yang aku nampak. Bapak aku boleh dikatakan agak senang berbanding adik beradiknya yang lain. One thing pasal bapak aku ni, dia sangat pemurah. Disebabkan sifat dia yang baik ni akhirnya memakan dirinya sendiri. Kadang2 dia terpaksa pinjam duit mak aku yang dah bersara dan hanya bergantung kepada duit epf. Kalau ikutkan gaji bapak aku, lebih daripada cukup nak tanggung kami sekeluarga. Tapi, disebabkan orang2 yang meminta ni, kadang2 dia susah bila dah hujung bulan. Itu sebabnya aku memang menyampah bila tengok orang lain ambil kesempatan atas sifat dia.

Orang yang paling suka meminta dalam keluarga aku ialah makcik aku. Dia ibu kepada 5 orang anak, ada suami yang bekerja. Duduk rumah free semua tak payah bayar sebab dia duduk dengan mak long aku. Dah berbelas tahun kahwin, suaminya masih tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah sebab dah kena CCRIS, tak boleh buat loan. Makcik aku pulak tak bekerja. Nak dijadikan cerita, makcik aku ni memang dah tiada rasa malu dalam diri. Bila bapak aku gaji, dia la orang pertama yang bertandang. Bila bapak aku bonus, dia mulalah pasang jarum. Gaya dia macam dia takde suami.

Aku faham dia memang susah, tapi cara dia meminta tu buat aku meluat. Kadang2 dia mintak macam budak kecik. Ada satu hari, kami sekeluarga datang melawat mak long aku sebab dia sakit. Kami bawak la kfc bucket tu, tapi entah macam mana staff kfc tu terlupa letak air sekali. Jadi makcik aku ni offer la nak pergi beli. Tiba2, dia datang kat bapak aku mintak duit dengan gaya mengada2. Dalam hati aku, come on la, air gas 2-3 ringgit sebotol tu takkan takde langsung duit. Suami dia kat luar tu takkan takde duit, dahla baru beli motor baru. Bapak aku pun terpinga2, aku bet dia pun pelik, takkan duit ni pun nak mintak. But he gave it anyway. Lagi sakit hati bila suami dia duk memilih2 ayam lepastu boleh pulak cakap kat aku lain kali pilih la chicken breast or peha sebab dalam bucket tu banyak ayam yang jenis isi tebal tu. Peduli la pulak aku pasal preference kau, aku dah bawak ni kira dah bagus dah.

Lepas tu, aku ada a few cousins yang ada bisnes so bila ada kenduri, mereka akan bentang la segala produk yang mereka jual. Makeup, kain semua ada. Tengah2 duk try makeup, tiba2 aku dengar suara yang annoying tu. “Bang, abang gaji kan. Belanja la Nur satu foundation ni”kata makcik aku yang gedik tu kepada bapak aku. Aku dah exchange glance dengan kakak aku, sebab kitorang dah expect dia akan buat macam ni. Aku anak dia pun tak mintak. Bapak aku pun hulur la 70 ringgit atas dasar kesian. Suami dia kat tepi tu buat tak nampak je bini dia mintak duit kat orang lain.

Yang paling aku tak tahan, bila bapak aku dapat call daripada beberapa cousin aku yang nak pinjam duit dengan dia. Dalam dorang duk meminta2 tu, dorang mention makcik aku yang suruh dorang cuba nasib dengan bapak aku. Ingat bapak aku atm kau ke nak buat macam tu. Bapak aku pun bengang la. When it comes to saudara, memang complicated sikit sebab once dah tolong sorang, kena tolong yang lagi sorang. Nanti sentap la apa la, banyak hati yang kena dijaga. Pinjam pulak bukan sedikit amount nya, beribu la jugak. Dahlah makcik aku suka meminta, dia ajar pulak anak2 buah dia meminta. Banyak lagi sebenarnya yang makcik aku mintak tapi nanti panjang sangatlah pulak cerita ni. Nenek aku pun duduk rumah yang sama, jadi bapak aku yang setiap bulan bagi duit pun kadang terpaksa bagi duit dekat dia jugak. Bila dia dah selalu sangat meminta, bapak aku pun jadi tak ikhlas.

Makcik tak pernah kerja jadi tak tahu susahnya mencari duit. Aku pun pernah kerja MPH. Bila aku pegang duit hasil titik peluh aku sendiri, I learnt how to value money. We worked hard to earn it, bukan free2 dapat duit. So, bila jumpa orang macam ni dan buat bapak aku macam tu, aku tak boleh terima. Aku lagi takut nak berhutang dengan orang sebab aku sendiri pernah rasa impak berhutang tu. Hidup rasa sempit dan serba tidak cukup.

Aku bukan kedekut, apatah lagi berkira. Aku suka tengok bapak aku bersedekah. Just that I cant stand people that he cared about took advantage on him. And those people pun bukannya kisah sangat pun pasal dia, carik bila susah je. Aku kasihan sebenarnya tengok bapak aku sebab dah nature dia macam tu dan orang sekeliling selalu letakkan dia dalam keadaan serba salah. Common sense yang aku rasa takde dalam diri orang2 yang pinjam dengan bapak aku ni ialah takde rasa tanggungjawab untuk bayar balik hutang tersebut. They didn’t even have the courtesy to address it like “nanti saya bayar balik”. Takde langsung. Dorang just mintak macam tu je.

My point of story, tolonglah jangan tergolong dalam orang yang macam ni. Islam sendiri menggalakkan kita untuk menjadi seorang pemberi, bukan yang suka meminta2. Selagi ada kudrat, carilah peluang untuk mencari rezeki sendiri. Jangan terlalu mengharapkan orang lain. Aku tak faham kenapa makcik aku taknak bekerja. Don’t get me wrong, she is perfectly able to work. Anak sulung dia masuk asrama, yang lagi 4 orang tu semua sekolah pagi sampai petang. Kalau nak bagi alasan takde sape nak jaga anak, mak long aku ada. Sekolah budak2 tu pun walking distance je.Makcik aku ni tak biasa susah, mak long aku cakap dia boleh je nak kerja. Jual nasi lemak pun jadilah. Jiran aku janda anak 6 pun boleh je berniaga makan, kenapa dia tak boleh.

One more thing, haritu aku ada pergi ceramah seorang habib ni. Dia cakap orang yang ingin memberi hutang ada hak untuk menilai si pemimjam. Maksud dia menilai dari segi credibility dia, attitude dia. Kalau kita rasa dia takkan bayar balik, we have the rights to say no. Macam bank, they will make sure orang yang apply loan tu betul2 mampu bayar balik then baru dorang approve the loan. Same thing applies to those yang nak jadi guarantor. Jangan simply setuju menjadi penjamin kepada peminjam sebab impak dia nanti kita tanggung sekali. Make sure kita kenal betul2 attitude peminjam tu, reliable or not. Bapak aku pernah kena macam ni dengan abang dia sendiri. Disebabkan bapak aku penjamin, nama dia pun kena blacklist dengan MARA sebab tak bayar balik loan. Semoga apa yang aku tulis ni bermanfaat buat korang semua. Excuse my language, bahasa aku rojak gila tapi aku harap mesej aku tu sampai.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit