Mungkin,sebahagian masa lalu tu betul-betul simpan segala yang terbaik dalam hidup kita.Masa aku masih belum sedar apa-apa,aku tak perlu begitu menderita macam masa aku dah mula sedar banyak perkara.Masa sekolah rendah,aku hidup dengan kawan-kawan,bermain dan bergembira tanpa risaukan banyak perkara.Walaupun kenangan macam tu dah pudar dan hampir hilang,tapi perasaan masa tu masih berbekas,dan sangat menyakitkan.Menyakitkan,sebab tak mungkin diulangi.Menyakitkan,tapi hanya ini kenangan baik yang aku dapat bawa ke masa depan.
Masa sekolah menengah,segalanya bertukar.Aku lihat realiti yang sangat berbeza.Aku lihat persahabatan yang selama ni sangat menyeronokkan,rupanya hanya ‘lakonan’ setiap manusia,sebab persahabatan selama ni dibina tanpa ilmu,tanpa kefahaman apa-apa tentang apa itu persahabatan,tentang apa yang perlu dilakukan oleh seorang sahabat terhadap sahabatnya.Persahabatan yang macam tu,hancur dalam sekelip mata.
Hancur,dalam dunia yang hanya tumpukan ‘pelajaran’,tanpa faham apa itu pelajaran yang sebenar,dalam dunia yang tumpukan ‘pengalaman’,tanpa faham apa itu pengalaman yang sebenar,dalam dunia yang tumpukan ‘pekerjaan masa depan’,tanpa faham apa itu pekerjaan yang sebenar.Apa itu pelajaran?Apa itu pengalaman?Apa itu pekerjaan?Untuk apa semua tu?
Hati aku sangat sedih untuk mengaku apa yang berlalu tu dah berlalu,dan aku dah ambil kata putus,walaupun aku rindu dengan masa lalu,tapi aku akan membuangnya,dan takkan pedulikan lagi ‘kawan-kawan’ yang pernah ada dalam hidup aku hanya untuk biarkan aku keseorangan masa aku sedang menyusuri masa remaja yang sangat penting.Aku fikir,setiap orang perlukan peluang kedua,tapi peluang kedua tu bukan mesti datang daripada orang yang sama dan dengan cara yang sama.
Persahabatan yang aku fikir sangat menyeronokkan,menjadi persahabatan yang palsu.Dalam dunia yang semuanya terlalu pantas,hampir tak ada sesiapa yang benar-benar bersungguh untuk mengenali seseorang.
Sekolah menengah bagi aku,dah jadi masa kegelapan yang aku nak lupakan.Tapi mungkin setiap orang,paling kurang perlu ingat semula zaman sekolah rendahnya,cuba ingat semula zaman kanak-kanaknya.Bandingkan persahabatan yang dulu dengan persahabatan yang sekarang.Walaupun pemikiran aku sekarang lebih matang dan persahabatan masa kanak-kanak dulu tak berlandaskan kefahaman tentang persahabatan,tapi aku setuju manusia ketika kecilnya,lebih senang untuk memperhatikan kawannya,berbanding sibuk dengan situasi dunia.Bukan dunia tu tak penting,tapi skop lebih kecil sangat penting sebelum lihat skop lebih besar.Aku sama sekali tak bercakap tentang kembali ke masa lalu.
Adakah pembaca akan faham apa yang aku katakan ni?
Kenapa kita berlebihan fikir berapa jauh kita dapat pergi dalam dunia pelajaran,kenapa kita berlebihan fikir berapa jauh kita dapat pergi dalam dunia pekerjaan?Padahal kita dah tercicir sesuatu yang sangat berharga,malah yang tercicir tu jugalah antara tujuan kita belajar dan bekerja,yang kita tak sedar ia sudah terlepas.Pelajaran dan pekerjaan hanya alat,bukan tujuan.
Sebab benteng pemisah tu makin besar dalam situasi dunia hari ni,mungkin sekarang adalah masa yang tepat,untuk kita berhenti tergesa-gesa dan lihat dulu,siapa yang di sebelah kita,apa yang mereka lakukan di sebelah kita,dan bagaimana pula diri kita,apa yang kita lakukan,apabila kita berada di sebelah orang lain?
Mungkin,semua ketidakadilan ni benar-benar bermula daripada diri kita sendiri.
Aku fikir,ni benar-benar perkara pertama sebelum kita bercakap tentang perubahan yang lebih besar dalam negara ni.
– Fata
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit