Nikmat Allah

Assalamualaikum. Aku berusia 22 tahun, seorang perempuan dan masih lagi dalam usaha untuk mendapatkan segulung ijazah dari salah sebuah IPTS di Malaysia. Ini merupakan kali pertama aku confess di sini dan kalau admin post confession aku, aku ucapkan terima kasih. Ini adalah sebahagian dari pengalaman hidup aku. Mana yang baik ambillah jadikan tauladan, mana yang buruk dtg dari diri aku sebagai hamba Allah yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan.

Kali pertama aku tinggal berjauhan dengan keluarga ialah bila aku mendapat tawaran sambung belajar di UiTM. Semasa di alam persekolahan, aku tidak berminat untuk tinggal di asrama. Meskipun aku datang dari sekolah harian biasa, alhamdulillah result SPM aku cemerlang. Bermulalah episod baru kehidupan aku di kolej UiTM. Waktu di UiTM dulu, biasalah zaman belajar penuh dengan minggu-minggu yang hectic bila ada tests dan assignments yang berlambak.

Mengenali aku, aku bukan jenis yang stay-up untuk study. Boleh dikira dengan jari berapa kali aku stay-up masa zaman belajar di UiTM dahulu. Rakan-rakan sering kali memanggil aku genius kerana mereka tidak pernah melihat aku study sehingga larut malam. Aku memang tidur awal, dalam pukul 9/10 macam tu aku dah tidur. Mesti korang pelik kan bila aku study? Walaupun aku tidur awal, aku sering kali bangkit awal. Aku akan bangun pukul 4 pagi, solat sunat dan kemudian terus menelaah pelajaran. Time diploma dulu boleh siap lambat sebab kolej dengan bangunan akademik sangat dekat.

Aku berjaya grad dengan ANC time diploma dulu. Meskipun cemerlang, kemanisan itu tak dikecapi dengan mudah. Aku sering kali sakit time belajar, beberapa kali juga terpaksa skip class. Namun, satu yang aku pegang dari dulu sampai sekarang; kalau orang minta tolong kita ajarkan sesuatu, kalau kita ajar selagi mana dia guna ilmu kita selagi tu kitadapat pahala dan dia akan doakan kita. Jika kita mudahkan urusan orang lain in shaa Allah, Allah akan mudahkan urusan kita. Walaupun aku jarang datang class, sering sakit dan mc tapi Allah kurniakan aku terang hati dalam belajar, aku mudah faham. Time diploma ni aku rajin buat nota cantik2 kemudian rakan-rakan akan photostate secara tak langsung aku bantu mereka sebab aku percaya dalam setiap bahagian rezeki yang aku terima, ada bahagian orang lain. Kalau time final tu, study week aku akan ajar rakan-rakan topic mana dorang tak faham walaupun sebenarnya aku sendiri tak habis study lagi. Dalam tak sedar, aku dah pun cover topic tersebut dengan ajar orang lain.

Satu perkara yang aku baru perasan baru-baru ni, aku selalu dapat gerak hati soalan apa yang akan keluar time exam. So, bila time exam tu memang aku boleh jawab macam ada computer depan aku, laju je salin, macam seolah-olah Allah tunjukkan jawapan. Mula-mula aku anggap semua tu kebetulan tapi bila dah jadi banyak kali, aku terfikir, mungkin ni rezeki Allah yang patut aku syukur sangat-sangat. Aku memang selalu sakit, gastric yang amat teruk dan kidney problem, demam tu tak perlu cakap lah, setiap bulan time period aku akan demam teruk tapi alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan. Mak selalu cakap, Allah uji orang yang dia sayang dan setiap kali sakit tu penghapus dosa-dosa kecil.

Aku terfikir kembali, mungkin aku patut kongsikan apa yang aku buat sepanjang tempoh aku belajar:

1) jaga hubungan dengan Allah. Aku selalu amalkan solat tahajud dan hajat jika aku bangkit awal sebelum study setiap pagi. Kemudian, aku amalkan solat dhuha dan dalam bait doanya ada menyatakan, “Ya Allah, kurniakan aku rezeki sepertimana yang Engkau kurniakan terhadap hamba-hambamu yang soleh.” Jika kita ingin merasa nikmat orang lain, kita memintalah dengan Allah kerana bila Allah yang maha kuasa dan bila Allah kata kunfayakun, kalau hendak terjadi maka jadilah ia.

2) jaga hubungan dengan keluarga. Sekarang, zaman dah canggih. Almost everyday aku akan whatsapp family, sembang-sembang kosong je pun tapi mak ayah gembira sebab walaupun anak jauh still contact and memang adatlah gaduh tapi itulah asam garam kehidupan berkerluarga. Aku juga akan call mak setiap hari or dua hari sekali sebab mak tak guna smartphone. Kadang-kadang sembang-sembang kosong je macam mak masak apa harini, mak sihat ke tapi happy dengar suara mak.

3) restu ibu bapa. Part ni memang penting. Ada satu hadith ni mengatakan, “Redha Allah terletak pada Redha kedua-dua ibu dan ayahmu dan murka Allah terletak pada murka kedua-dua ibu dan ayahmu.”. Setiap kali before masuk dewan exam, aku akan call mak ayah cakap nak masuk dewan dah ni, doakan semuanya dpermudahkan oleh Allah.

4) jaga hubungan dengan rakan-rakan. Biasalah kita ni manusia, kadang-kadang dalam tak sedar dah kecikkan hari orang lain. Dalam diam, mereka doakan yang tak baik pasal kita. Minta dijauhkan.. Bab kawan ni aku memang tak ramai sangat pun yang rapat. Aku lebih senang sorang-sorang. Makan sorang pun aku takde hal weh, asalkan aku tak susahkan orang lain. Dalam bab belajar, kalau orang minta tolong, kalau aku tau, aku memang akan tolong sampai dia faham. Bagi aku, apa yang aku bagi in shaa Allah aku akan dapat ganjaran yang lebih besar.

Aku tau setiap orang punyai cerita dan pengalaman yang berbeza. Ini sebahagian dari pengalaman aku. Kalau hendak dihitung nikmat Allah, nescaya takkan terhitung. Terima kasih Allah untuk segalanya. Untuk manusia, Allah tidak pernah memberi kisah yang sia-sia. Moga bermanfaat kepada sesiapa yang membacanya. Terima kasih kerana baca cerita aku yang tak seberapa ni sehingga penghujungnya. Moga Allah berkati kita semua, assalamualaikum.

– NA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit