Assalamualaikum. Nama aku Sara. Aku salah seorang bekas graduan universiti tempatan yang berumur lebih kurang 20++. Apa yang aku nak kongsikan ni atas pengalaman aku sendiri dan aku minta maaf jika ada yang tak suka dengan confession jenis macam ni.
Aku clinical approved bipolar disorder, ptsd and anxiety. Sebelum aku didiagnosed, aku tak tahu pun yang aku ada disorder. Aku fikir yang selama ni apa yang aku rasa, semua orang pun rasa. Kadang aku terfikir, orang lain pun rasa heavy macam yg aku rasa ni jugak ke? Berlarutan bertahun-tahun jugak ke? Atau aku je yang cuba nak buat keadaan diri aku sendiri makin teruk… Selama bertahun jugak aku fikir benda ni, cumanya aku tak pernah nak tanya kawan atau sesiapa untuk pastikan jawapan pada soalan aku. Hanya kawan-kawan yang mula perasan perubahan diri aku.
Selepas didiagnos ada disorder (8 tahun tak tahu ada disorder), mula buat treatment,therapy, konsisten ubat, masa tu baru aku tahu betapa susah dan payahnya nak ubah diri sendiri dari kebiasaan. Susah dan payah kat sini aku cuba nak terangkan kondisi pesakit yang ada mental disorder nak berubah dari gelap segelap-gelap keadaan, nak keluar mencari diri yang baru. Its not easy. Ubat boleh stabilkan diri, tapi doktor tak akan sarankan pesakit dia berterusan bergantung dengan ubat. Semuanya bergantung pada diri sendiri kalau nak berubah, tapi tak senang sesenang aku cakap tadi. Aku andaikan kat sini, awak ada tabiat tak kisahlah yang mengancam nyawa atau tidak,tapi awak tahu benda tu tak baik untuk diri awak, untuk berubah awak kena paksa diri awak tinggalkan tabiat tu. Nak atau tak, tinggalkan jugak tabiat tu atau awak akan selama-lamanya macam tu. Rokok,game,porno,panjat menara,crash diet etc..tak kisahlah. Cuba tinggalkan kalau ada progress maksudnya awak hebat, tapi kalau tak, awak akan giveup. Cuma bezanya, awak panggil itu hobi dan selfharm,extreme imagination, hallucination, paranoid, overdose, etc takkan sesekali dipanggil hobi. Orang akan cakap awak gila.(*Ini andaian aku melalui pemerhatian aku. Masing-masing ada pandangan sendiri*)
Sepanjang episode hidup aku sebelum berubah (sikit dari dulu), hilang kawan tu macam hilang pin tudung. kawan yang aku rasa dia boleh jadi supporter aku, tahu kondisi aku pun boleh cakap ‘Aku dah tak tahan dengan perangai gila ko ni tau tak.Nak mati sangat mati lah.’ Then dia chiow tinggal aku atas alasan dia tak nak terpengaruh dengan perangai aku. Nak beralasan kena lah nampak macam awak innocent ye tak? That time, aku yang seronok nak berubah rasa down tak menjejak bumi. Habis cerita hilang kawan part one. Datang si ABCDEZ, konon cuba jadikan aku positive dan berubah, kemudian blah tinggal aku atas alasan yang bermacam-macam dan beraneka macam ABC cendol. aku rasa aku tak guna gila sebab ada perangai gila macam tu. DOWN, sampai aku rasa tak nak mendongak cari langit lagi. Itu bab kawan, belum yg acah-acah nak bawa aku ke syurga. Kesudahnya, aku dah susah nak percaya sesapa. Masa ni aku pernah terfikir nak ambil dadah sebab aku rasa overdose dah tak bagi kesan kat aku. Tapi niat aku terbatal bila ayah hadiahkan aku telekung. Rasa sayu dia lain macam. Rasa telekung yang ayah bagi tu macam aku sentuh kain kafan. Ntah kenapa aku rasa macam tu masa tuh.
Lepas aku didiagnose, ada kawan sekolah aku tegur aku terjumpak gitu-gitu je,sembang kejap, dia tanya aku “Ko dah ok ke? Dah berhenti buat kerja ‘seni’ kau dulu tu?” aku ketawa je dengar. No respon. Aku takde jawapan untuk soalan dia. Senyap aku tu pandai-pandailah dia faham. Aku masih tak boleh stop selfharm. Susah yang amat. Cerucuk grill pagar tu pun aku boleh feeling syok kalau aku sagat tangan aku kat situ. Aku tengok orang hiris ayam dekat pasar pun aku boleh rasa thrill gila. Control. Kawal diri. tapi lama-lama aku tak boleh nak stop imaginasi aku. Lagi nak berhenti lagi lagi lagi rasa nak selfharm. Paling lama rekod aku stop pun dua bulan. Paling susah nak kawal bila aku tengah mood swing, kejap ok kejap tak memang rasa nak commit suicide. Ubat jangan cakaplah kadang-kadang kesan dia buat lagi letih perasaan adalah. Some people fikir yang geng mental disorder makan ubat terus macam jam mati letak bateri. Tak pun sebenarnya. Setiap ubat ada efek dia, dan tak semua efek orang yang makan ubat tu sama.
Aku tertarik lah haritu banyak jugak yang confess dekat sini pasal mental disorder. Aku tak komen memana confession pun sebab aku tengah control diri aku dari excitement baca confession korang. Aku senyum macam orang dapat emas, bukan happy sebab jumpa orang senasib macam aku, tapi cara korang describe situasi korang tu aku boleh imagine satu-satu tanpa muka (sebab unknown kan..) Ramai jugak suruh solat jangan tinggal, zikir, ruqyah, solat sunat. Yup. Itu semua makanan rohani. Tapi ketahuilah semua bahawa, urusan solat tu hanya insan itu dengan Pencipta dia sahaja. Aku tahu, dalam semua confesser tu termasuk aku, pernah ada satu saat dia menangis sembah ke bumi minta dia baik dan sembuh. Dia tahu haram, dia tahu neraka, dia tahu syurga dan Maha Pengampun tu wujud. Keadaan setiap orang yang confess tu tak sama dengan keadaan orang yang dh nekad gantung diri. Aku tahu sebab aku rasa, cuma nak sampaikan sampai orang lain faham tu bukan lagi ilmu aku. Allah ja yang boleh buat awak rasa simpati dan rasional. Setiap malam aku ruqyah, amalan lain semua sama je macam korang buat cuma tambahan aku yang itu je. Habis ruqyah, CPU1 fight CPU2 balik. non stop sampai pagi. anxious, never ending thought, flashback, panic. tidur tak pernah lena. Sape cakap semua ni meraih simpati kalau benda tu kau pun tak boleh nak nampak??
To those yang macam aku, kita sama-sama heal. We don’t know each other but trust The One who create you. Aku pun macam straw jugak kena tiup angin melayang entah ke mana, kalau ke lantai pijakkan tu lah aku kena hadam. Iman turun naik, kadang tak naik dan tak maintain pun. Siapa diri kau, kau je yang tahu. Kalau perlukan someone, ramai lagi yang nak membantu kau, and yang nak membantu tu jangan jadi macam orang-orang yang pernah tinggalkan aku dulu waktu aku rasa macam dh kuat nak berubah. Jangan jadi orang yang bunuh orang lain dalam diam.
Aku minta maaf kalau ada bahasa aku yang tak best. Kalau ada yang komen aku akan baca, tapi sorry lah kalau yang minta pm tu aku tak pm, sebab aku bukan yang terbaik nak bg nasihat atau apa. Confession ni pun aku tulis padam tulis padam, confess sebab aku tengah ‘kosong’. Dah banyak hari insomnia. Aku doakan korang yang terbaik.
– Sara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit