Jadikan Diri Sendiri Sebagai Inspirasi

Assalamualaikum semua . First of all thanks Admin kalau post cerita aku ni . Short intoduction. Nama Kalong.Umur 18 dan tengah tunggu result SPM (doakan saya ). Perkara yang aku nak sampaikan ini bukanlah berat mana pon macam confesions yang saya dah pernah baca sebelum ni . Lagipun saya masih setahun jagung so tak banyak la experience lagi. Saya cuma nak cakap , sebenarnya tanpa kita sedari kita juga boleh jadikan diri kita sebagai inspirasi kepada diri sendiri malahan juga kepada orang lain.

Saya dapat ‘lesson’ ni pon selepas saya menyertai sebuah kem yang diadakan di sebuah IPTA. Kem ni sebenarnya untuk memperkenalkan kepada students macam kitorang terutamanya lepasan SPM, STAM dan STPM ni tentang life kat universiti ni and macam mana nak ada jati diri yang kukuh. Kat kem tu biasalah kita dah dibahagikan ikut kumpulan . So , saya ditakdirkan dapat kumpulan 4. Actually , it does not matter pun sebab semua group pun buat aktiviti yang sama cuma apa yang aku nak highlightkan sekarang ni tentang satu slot yang ahli-ahli kumpulan aku buat dengan fasilitator kitorang . Aku bagi nama Abang H dan Kak A lah , nanti diorang tahu pulak aku yang tulis , hehehe.

Ok dalam slot ni kitorang kena duduk dalam satu bulatan tau lepastu kena tunduk kan sikit kepala and pejamkan mata . Kitorang tak dibenarkan bukak mata unless ade something yang menyentuh tangan kitorang. Tapi sebelum start tu fasilitator kami ni adalah tanya pasal siapa yang selama ni kami jadikan inspirasi , so kami kene fikir then jangan bagitahu sesiapa. So start la kami pejam mata , Abang H move slow slow kat setiap peserta , so aku pon curious sebenarnya apa benda dia nak tunjuk kan . Sampai kat aku tetiba tangan aku cam tersentuh satu objek and dia suruh aku buka mata . Suprisingly hehe , aku nampak muka aku la kat camera smartphone abang tu ( camera depan) . Pastu aku pon macam “oh , ni la permainan diorang” tapi dalam hati je lah. Habis semua peserta then baru kitorang dibenarkan bukak mata .

To make it short , at the end abang H and Kak A pun cakap la macam ni ek yang saya olah sedikit , sebenarnya ramai orang tak sedar pun yang mereka boleh jadikan diri mereka sendiri sebagai inspirasi . Selama ni kita hanya nampak kejayaan orang lain dan sibuk nak mencontohi mereka tanpa kita tahu mereka pon ade kekurangan dan kegagalan yang perlu mereka tempuhi sebelum berjaya. Same goes to us , kita perlu berusaha untuk perbaiki semua kekurangan dalam diri kita and secara tak langsung kita boleh meningkatkan ability dalam diri kita yang kita tak nampak . Kalau nak straight A ke 4 flat ke kita kene buang rasa malas , sikap bertangguh and so on then baru kita boleh berjaya.

Bila kita dah berjaya , baru orang akan macam wah tak sangka dia ni pon boleh so why not kalau kita ikut dia . hah , macam tu la . Tak kira banyak mana pon quotes or inspirational story yang awak baca kalau awak tak mula ubah apa yang buruk dalam diri awak then nothing will happen . Sifat buruk tu still boleh against your will to sucess sebab setiap permulaan kepada sesuatu perubahan dan penghijrahan memang tak dinafikan sangat sukar . Tak ramai orang boleh bertahan and ramai yang kecundang dek ujian gelora yang mencabar. Perkara ni bukan untuk student jugak tau , nak jadi pekerja or staff terbaik of the year pun boleh buat , yang penting have faith in yourself dan dahulukan diri awak untuk menjadi orang yang terbaik dan dapat memberi inspirasi to others.

Sekian saja dari pelajar setahun jagung , yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan . Doakan pelajar SPM 2016 to get flying colors so that we can spread the inspiration to others. Terima kasih sudi membaca , kalau boleh nasihat lah saya to become a better student and person. InshaAllah . Dahla, nak masak ni nanti mak balik kene marah pulak hahaha

– kalong

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit