PART 1
Aku nak mintak maaf pada keluarga angkat yang menjaga aku sejak aku umur 6 bulan. Aku harap cerita ni keluar sebab ini saja cara yang ada untuk aku luahkan apa yang aku rasa untuk sekurangnya mereka faham kenapa aku terpaksa tinggalkan diorang.
.
Sejak umur 6 bulan aku dijaga oleh nenek saudara aku sampailah umur aku 12 tahun. Memang bahagia aku rasa masa tu, nenek saudara aku sangatlah baik. Garang marah-marah tu biasalah sebab aku pun nakal budak-budak main hujan bagai. Lepas tu nenek aku suruh tinggal dengan makcik aku yang jugak anak kepada nenek aku. Sebab konon-konon nak fokus UPSR. Tapi UPSR aku ke laut jugak 2A jer.
.
Lepas duduk dengan makcik aku ni, bermula lah episod duka aku. Tengah taip ni pun meleleh2 air mata aku. Aku tahu makcik aku selalu cuba buat yang terbaik untuk aku. Tapi sebab aku tahu husband dia tak suka dia bela anak angkat. Aku masih ingat kata-kata pakcik aku, “ ada duit buat apa berjoli bela anak orang.” Pakcik aku memang anti kalau aku baik dengan makcik aku. Ada saja yang tak kena. Aku pemalas lah tak kemas rumah lah. Pernah diorang panggil atok aku, supaya ingatkan aku duduk rumah orang buat cara duduk rumah orang. Itu belum campur anak dia yang suka halau aku dari rumah tu. Pendek cerita ada saja yang tak kena dengan aku.
.
Dari umur 12 sampai umur 15 aku cuba sedaya upaya untuk keluar dari rumah tu, tapi bukan dengan cara lari rumah. Dengan cara aku score exam PMR, so aku boleh masuk asrama. Alhamdulillah aku dapat 6A 2B. So aku mohon sekolah asrama, maka permohonan aku diterima. Bermula pulak episode duduk asrama yang masa tu kes raging masih kuat lagi. Dah keluar mulut singa, masuk pulak mulut buaya. Tapi struggle jugaklah aku habiskan belajar kat situ.
.
SPM aku 5A je so dapat lah aku masuk matrikulasi dan seterusnya university awam. Aku pulun belajar dari degree sampailah Ph.D. sekarang ni. Setiap kali aku cuti sem aku akan jaga atuk aku, lepas tu makcik aku suruh mintak duit kat atuk aku. Sebab aku masih ingat makcik aku kata atuk aku yang sibuk nak jaga aku, so kenalah bagi duit kat aku. So dengarlah suara-suara kata aku jaga atuk aku sebab nak duit. Sumpah wallahi aku jaga atuk aku ikhlas, sebab aku saying atuk aku. Lupa nak cerita, nenek aku meninggal masa umur aku 19. Memang pahit gila nak terima. Dialah mak aku dunia akhirat yang aku paling sayang.
.
PART 2
.
Aku kawin masa sem 1 buat Ph.D. , since aku study dekat dengan kampung aku, so memang selalulah makcik aku suruh balik dengan alasan suruh jengok atuk. Sampai aku bertekak lah jugak dengan husband aku sebab asyik nak balik je. Kitorang baru kawin, duit pun bukan ada sangat. Aku jadi stress gila. Hidup aku memang makan air mata je lah. Dah makcik aku gaduh dengan husband aku, termasuklah jiran makcik aku. Aku tak tahu nak kata ini semua kebetulan untuk duga aku atau apa.Sampai satu masa tu makcik aku bertekak dengan husband aku depan atuk aku yang sakit tu, aku pun jerit sekuat hati, aku dah tak tahan. Aku stress! Makcik aku peluk aku. Aku rasa masa tu aku dah tak fikir apa dah. Makcik aku kata kat husband aku, “ ini semua salah kau!” Aku tak mahu campur, aku dah cukup serabut.
.
Hujung tahun 2013, aku consult dengan cousin husband aku yang juga doctor psychiatric. Nah, stress tahap 4. Dia suruh aku pegi hospital dapatkan rawatan. Tapi belum sempat pegi hospital, aku dah kene rasuk kea pa tak tahulah, meracau. Setiap kali aku nak solat, setiap kali tu aku rebah dan bertukar jadi macam2 watak. Aku rasa memang dah tak betul sgt dah. Macam2 ustaz datang ubatkan aku..tak sampai sejam aku kena balik..sampai lah satu masa tu, aku jadi penunggu kebun atuk aku, aku pun tak tahu betul ke tak. Tapi benda tu beria2 suruh atuk aku dating jumpa aku. Atuk aku dari kampung pun datang rumah mak mertua aku. Aku memang tak sedar langsung masa tu. Yang aku tahu, aku tak boleh langsung dekat dengan makcik aku. Aku lari sembunyi macam takut sangat. Makcik aku keluar rumah, tunggu kat luar bila tengok aku lari dari dia. Ini ihsan memori aku yang masih ingat sikit2 dan cerita dari keluarga husband aku.
.
So, nak jadi kan cerita, makin buruklah hubungan aku husband dan makcik aku. Aku warded kat ward psychiatric. Aku diagnose sebagai BIPOLAR DISORDER. Doktor call semua family aku, family betul aku dating tapi family makcik aku dah tak datang. Dia kata bukan salah dia aku jadi macam tu, semua salah husband aku.
.
Aku kene buat ECT treatment, melayunya Karen kepala nak bagi hilang short term memory sebab dalam masa 2 bulan berturut2 aku warded. Husband aku kata sedih sangat tengok keadaan aku masa tu. Aku kena gari, sebab aku x mahu makan ubat, tapi aku cuma terima ubat tu kalau husband aku yang bagi. Memang sepanjang aku meracau, aku ungkit semua keburukan orang, aku usik semua orang tapi aku sikit tak sentuh suami aku. Ustaz kata sebab kitorang selalu sembahyang berjemaah tak pernah miss lepas kahwin. Tu punca aku x usik husband aku langsung.
After treatment ECT, aku jadi lemau sangat, and memomry lost. Aku postpone 1 semester dalam study aku, nasib baik supervisor aku sangat faham keadaan aku. Husband aku call pakcik aku, mintak maaf dengan keadaan aku. Even, aku suruh mak aku jumpa makcik aku, mintak maaf on behalf aku. Kenapa aku tak mintak maaf sendiri? Aku memang tekad nak jumpa makcik aku. Tapi Allah tu memang tahu yang terbaik untuk aku.
.
Aku contact anak makcik aku, mula2 dia ok. Lama2 dia dah start marah2. Dan paling terkesan sampai sekarang, kalau nak maaf datang jumpa face to face. Sebab bagi dia..aku dah buat mak dia menangis dan kecewa dengan aku. Dia kata dia tak sangka aku cakap mak dia layan aku teruk. Aku dah pelik, sebab sepanjang aku makan hati dengan makcik aku, aku tak pernah confront dengan makcik aku. Sebab makcik aku jenis tak boleh kene tegur. Bagi dia kalau aku nak pertahankan diri aku, bagi dia aku melawan dia. Rupanya, kawan baik aku sendiri cerita kat makcik aku semuanya. Aku dah jatuh memang lagi ditimpa tangga lah. Kawan aku datang tengok aku masa aku sakit, tapi masa tu aku tak sedar. Husband aku kata dia begging nak tengok aku. Tapi lepas tu, dia terus hilang. Terima kasih “SAHABAT”.
.
PART 3
Sekarang dah masuk 5 tahun aku survive dengan BIPOLAR DISORDER ni. Setiap kali aku nak jumpa makcik aku, setiap kali tu Allah hantar hint jangan dulu. Terbaru, anak2 makcik aku kata, “ Mana lah hilang makhluk ni, kalau ada pusaranya boleh hantar bunga.” Fuh, aku tak tahu nak rasa apa dah. Dah bengong otak aku ni kene macam2.
Alhamdulillah, aku makin pulih. Dengan tak berjumpa dan contact keluarga angkat aku. Aku terpaksa untuk tak contact diorg. Bukan sebab aku tak nak. Korang tahu, tiap malam aku mimpi makcik, atok family angkat aku. Kadang mengalir airmata aku dalam mimpi aku. Aku belum kuat nak jumpa korang. Kalau aku teruskan jugak, aku tak tahu mental aku kuat tak nak hadap korang. Aku mintak maaf semaaf2nya kalau sepanjang aku hidup dengan korang aku amat menyusahkan hidup korang. Aku redha, aku dah maafkan korang jugak.
.
Khas untuk makcik aku, aku sangat sayang makcik aku dunia akhirat. Aku selalu doa aku dapat jumpa dia before apa2 jadi. Aku tak sempat jumpa atuk dan abah aku sebab masa diorang meninggal, aku masih dalam rawatan. Untuk family aku, dulu aku selalu salahkan mak aku, kenapa bagi aku kat orang. Tapi lepas kena macam ni, aku tahu ada hikmah disebalik semua ni. Alhamdulillah aku dapat family mertua yang faham sakit aku 100%. Mak, dan adik beradik yang lain, walaupun korang tak faham sakit aku. Tapi aku thankful sebab sekurangnya aku masih ada FAMILY.
.
Even aku BIPOLAR BEAR aku berjaya publish almost 20 publications journal dan conference paper dan pergi ke merata dunia. Dan alhamdulillah, aku dah final stage write up thesis. So untuk BIPOLAR SURVIVAL kat luar sana, korang pun boleh berjaya dan survive even korang kene hentam macam nak pecah otak.
.
Maaf aku Bipolar.
.
Wassalam.
– Cahaya Bulan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit