Andai Hati Mampu Dicuci Dengan Air Zam Zam

Assalamualaikum readers,

Aku ex-iium batch 2011, membesar dengan gemilang nye di IIUM Gombak dgn jayanya selama 4 tahun. Basically orang akan ckp UIA merupakan wadah yg akan “shower” diri kita dgn perkara2 islamik. Yelah, classic thought of Islamic university lah katakan.

Tapi bukan aku, once aku masuk uia aku makin jauh dengan agama. Aku makin tenggelam dengan dunia. Ye, background keluarga aku bukan lah yg kuat didikan agamanya. In term of : tiada solat berjemaah, tak kesah solat jumaat ke tak, puasa ke tak, solat ke tak, pakai seluar pendek ke tak, tapi kalau bab usung anak dara orang mmg pantang. boleh makan parang!

Keluarga kami biasa2 je, tp mak bapak aku tetap cuba bagi pendidikan agama yg pada aku diorang tak mampu bagi dgn cara hantar aku kelas mengaji dari umur 5tahun, kem solat, kem motivasi, kelas fardhu Ain every weekend.

Cycle yg sama everyday, dekat sekolah solat, dekat kem solat, balik rumah tak solat. yelah, takde orang kesah.

Sampai lah satu aku jejak kan kaki di UIA. Aku pikir aku akan bergelumang dengan kalimah Allah, selawat dan salam. Ye. Tapi tak lama. Mula2 je aku belajar agama sebab kelas. Mula2 je aku baca al quran sebab kelas. Mula2 je usrah sebab program. Mula2 je pegi ilmu agama sebab star point.

Lama2 bila takda kelas, takda program wajib, aku pun STOP. Macam dah selesai berkhidmat.

Alquran berhabuk. Sejadah hapak. Anggota badan aku dah lama tak berwuduk. Dahi aku dah lama tak sujud. Tangan aku dah lama tak bertadah doa.

Ape aku buat? Nothing, sama mcm orang lain, pergi kelas balik kelas, beriadah dgn kawan2. Bukan takde orang tegur tapi aku larikan diri.

Sampai satu tahap aku perasan, sampaikan video, lagu, mesej yang berunsurkan dakwah dekat FB, Whatsapp pun aku malas n laju je aku scroll scroll scroll. Tapi kalau video merepek lawak bodo boleh pulak aku tekunnnn tengok sampai habis!

Aku kadang2 cuba nak solat, tapi aku malu dengan kawan2, dah 4 tahun sama2 tetiba aku nak solat. Kadang2 smpai aku lari, nak solat aku pegi musolla pegi masjid time2 waktu solat dah nak habis. Masa orang tgh tak berapa nak ada. Bila hati aku rindu nak baca quran, aku start moto pegi tepi sungai, pegi dekat mana2 kelas kosong dekat Aikol or Econs. Dekat situ slow2 aku baca quran.

Aku tak tau kenapa aku malu, sedangkan aku sedar aku patut malu dgn Allah bukan orang. Tp nak istiqamah tu saaaaangat lah susah. Sakit. lagi seksa dari aku main bar atau gym.

Hah! kalau gym, hiking, jogging boleh pulak aku istiqamah hari2 !! Pelik betol !

Sampai lah grad, kesudahannya aku tak mampu lengkap kan rukun iman aku. Aku tak mampu sempurnakan tiang agama aku.

Sampai lah aku tgh kerja sekarang. Aku waras, aku masih lagi pikir and rasa bersalah tak solat, rindu nak mengaji, tapi aku takda kekuatan nak lawan rasa keras kosong nye hati bila azan berkumandang. Masa azan jiwa aku kosong, telinga kau pekak tuli je. Tapi bila dah malam, dah takda kerja, hati aku rindu, mula timbul rasa bersalah.

Sampai satu tahap aku cemburu, orang2 yang lahir dalam keluarga sempurna didikan agamanya, Mak ayah yg kejut solat subuh hari. Mak ayah yang duduk sendiri ajar al quran. Mak ayah yang bagi nasihat pedoman pada anak2. Sungguh sempurna. Aku nak jadi kawan2 aku yang lahir dari syurga, aku tengok diorang macam malaikat tak payah suruh, azan je gerak. subuh je bangun. free je ngaji.

Kenapa aku tak boleh? kenapa macam semua ni tak adil? Andai aku mampu basuh hati aku. Aku nak jadi sesuci diorang.

– Pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit