Perlu Ubah Personaliti?

Salam semua. Terima kasih admin kerana sudi post kan luahan yang beshe beshe ni. Pertama2 nya. Aku minta maaf atas post yang kurang menarik ini. Sekadar nak confess je hehe

Baiklah semua mari kita mulakan cerita straight to the point. Aku peramah bila di laman sosial. Sebab aku tak suka perbualan ws yang hambar. Dan aku suka lively things. Aku rasa di media sosial sahaja tempat di mana aku boleh jadi ceria2 sikit. Sebab in real life, kalau aku jadi ceria2, ada orang tegur, aku nampak gedik. Jadi aku kurangkan. Aku pun tak perasan sebenarnya yang aku sedang menggedik. Sebab kegembiraan dan keceriaan kadang2 tak boleh dikawal. Tapi perlahan2 aku cuba kawal.

Hakikatnya disebalik laman sosial tu, aku seorang yang sangat pemalu bila jumpa depan2. Dengan ayat ni, tolong jangan cop aku sebagai orang yang perasan bagus or baik ke apa. Sebab aku rasa aku tak bertuah menjadi seorang yang pemalu. Sebab awkward. Jadi aku luahkan ni dengan harapan mungkin korang boleh suggest anything atau bagi sedikit motivasi untuk aku. Sebab perkara ni dah melarat sampai memberi kesan yang agak besar terhadap keyakinan diri aku.

Dengan malu2 yang aku ada ni, semakin lama semakin teruk. Sebab aku tau, ada yang sangat2 kurang selesa dengan aku, sebab aku awkward. Aku pelik. Aku lembut sangat dan sensitif sampai orang nak bergurau pun fikir dua kali. Terus terang aku kata, aku taknak kawan2 aku cover2 dengan aku. Pada masa yang sama aku taknak diorang cakap lepas jugak dengan aku sebab ya. Aku sensitif. Tapi, cemane pun setakat ni aku takda lagi rasa ada orang yang selesa bersahabat dengan aku. Jadi aku teruskan berseorangan dan jadi diri aku sendiri.

Sebab malu aku ni jugak, aku pernah pegang jawatan sebagai naib pengerusi, tapi pengerusi dan orang atasan aku langsung taknak berurusan dengan aku, melainkan aku sendiri yang memulakan perbualan dan menunjukkan inisiatif untuk bergerak kerja. Atas alasan? Aku malu dan tak pandai nak ajak bual. Aku down dan rasa sangat tak boleh diharap.

Sebab malu, dan sebab semua2 ni berlaku, aku perasan bila aku perlu bercakap di khalayak ramai, bagi pendapat, buat presentation, aku jadi semakin teruk. Aku menggigil teruk gila. Aku fikir macam2 impression orang terhadap aku.

Aku sebenarnya pening. Adakah aku perlu berubah jadi org yang gila2 secara mendadak and gain more friends? Atau aku jadi diri sendiri je, tapi semua takkan selesa dengan ke-awkward-an aku.

Tapi macam mana pun, aku selesa jadi diri aku sendiri.

– Kak dingin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit