Normalisasi Yang, Hmm…

Admin, suka aku kalau kau sudi tebar kata kata aku ini. Yang aku calit dari hati sendiri.

Untuk perempuan, dari perempuan.

Untuk pengguna laman sosial, dari pengguna laman sosial juga.

Secebis teguran, bukan untuk kau setuju atau tidak, tapi untuk dimasukkan dalam memori dan fikir dalam, guna akal serta hati.

Okay done ayat puitis. Ke ?

Dah berkembang dah sekarang, kalah cendawan yang tumbuh lepas hujan. Dan sedikit lagi kalau tiada yang meletak peringatan aku bimbang ia dilihat suatu yang normal dan bisa semua orang buat tanpa segan.

Kakak dan adik pembawa imej menutup seluruh muka selain mata, seronok dilihat manusia asing melalui laman sosial.

Sejuk mata melihat menutup sharie, tapi hati ini sebagai seorang perempuan, resah seresahnya. Melihat selimut muka berkilau permata bersama indah mata dilirik manja, dilihat penuh minat lelaki ajnabi dengan senyum tersinggung di tepi bibir mereka.

Aku rasa terbakar melihat komen yang ditinggalkan lelaki miang di gambar wanita yang katanya menutup untuk berdakwah. Aku menyirap melihat gamba bidadari nan ninja disimpan oleh lelaki entah siapa.

Yang berniqabis yang baru bertatih, kau menutup untuk menutup, sayang. Percaya cakap aku, kau menutup bukan untuk menyebar merata cebisan gambar itu bersama tulisan yang kau kata dakwah itu. Ambil gmbar kucing jiran kau atau secawan air teh yang kau bancuh di petang hari, itu lebih manis kau letak di laman sosial bersama niat dakwah yang kau semat.

Kalau kau fikir meletak gambar di hujung jari manusia akhir zaman mampu membawa mereka ke arah Tuhan, kau kena sedar yang tersampai itu kata atau ‘caption’ dakwah itu, tapi gambar indah purdah sedondon selendang labuhmu itu, sampai juga ke hati mereka, tetapi sebagai penggetar jiwa yang merisaukan. Aku menulis dari pandang mata wanita yang bergetar jiwa melihat kau berpurdah, apatah lagi lelaki yang melihat. Apa kau ingat akhir zaman adalah lingkusan masa yang kau mudah melawan nafsu sendiri ? Di zaman porno telah terjebak di ramai jiwa remaja generasi kita ? Apatah bila melihat hiasan paling indah Tuhan cipta terjual mudah dititip dengan ayat Tuhan ?

Aku tak cerca sesiapa. Aku mengingatkan.

Yang tetap memilih untuk menghias laman sosial dengan gambar kasut dan pokok bunga depan rumah bersama titipan ayat perigantan dari tuhan, tidakkan cara mereka itu terlalu indah dan aww manis sungguh? Enggan meletak gambar sendiri bimbang dengan serigala jadian akhir zaman. Atau lebih tepat aku rasa mereka malu dengan Dia.

Yang kau lihat sang menutup muka tetapi sudi menayang gambar sendiri, kau biarkan mereka. Sungguh jangan cerca sesiapa. Mungkin sahaja keliru arah. Mahu berjinak dengan dakwah cuma jalannya ada tempang sedikit. Biasalah manusia, tak semua sempurna. Cuma aku mohon, bentengkan hati kau dari merasa perlu untuk melaku perkara yang sama. Kau boleh ikut, kata dakwahnya, cuma untuk menampal muka sendiri di jalur laman sosial, mungkin kau harus berfikir banyak kali lagi.

Sebelum aku habis, suka aku igatkan kekasih hati yang sedang membaca ini, dosa banyak mana pun kau telan, Tuhan tak pernah gagal ingatkan kau wanita, tetap ciptaan terindah-Nya, kalau kau memilih untuk itu.

1.55 pagi jam aku sekarang.
Subuh sekitar 4.30 pagi.

Aku patut tidur,
Tapi aku bimbang orang yang aku sayang ,
Maka jari aku tetap laju menaip aksara menyampaikan apa yang aku rasa,

Supaya aku nak kau tahu, aku bukan menulis untuk nama tapi aku tulis dari hati, agar sampai juga ke hati.

Ikhlas,
Aku yang juga menutup muka selain mata :)

– Girl

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit