Ukur Baju Di Badan Gajah

Assalamualaikum

By the way, aku nak ucap terima kasih pada admin sebab sudi post confession ni. Aku ada sorang kawan ni. Bell nama dia. Aku kenal dari zaman sekolah agama. Kalau kat Selangor ni, pagi kita ada sekolah sesi pagi (Sekolah Kebangsaan) petang (Sekolah Agama). Get it? Sebab ada sesetengah negeri, dia lain sikit.

Okay aku kenal dia dari zaman darjah satu lagi. Pagi petang sama. Cuma pagi dia kelas lain, aku kelas lain. Jadi tak ngam sangat. Bila petang, setiap darjah ada satu kelas je. Memang dah sah-sah lah aku sekelas dengan dia.

Sejak dari zaman sekolah dia jenis yang competitive. Jenis taknak kalah punya orang. Bagus lah kan? Nak dijadikan cerita, masa ambik result upsr dulu, aku nampak lah dia menangis sambil pegang slip periksa. Aku memang agak dia dapat staright A. Result mesti gempak. Aku pun approach lah dia. Dia cakap dia dapat 4A macam tulah. Konon nangis tanda kegembiraan. Aku nangis sebab kawan-kawan aku yang lain menangis.

Then ada satu hari tu, guru besar sekolah agama aku ada datang rumah. Dia hantar surat tawaran aku masuk sekolah agama menengah. Kebetulan Bell memang jiran aku. Selang dalam 5 6 rumah macam tu. Ustazah mintak aku inform dekat dia yang dia pun dapat jugak tawaran yang sama. Ustazah aku nak aku dengan kawan-kawan aku yang lain sambung masuk sekolah agama.

Aku pergi rumah Bell. Jenuh aku bagi salam. Tapi tak bukak- bukak pintu rumah. Mungkin dia malu dengan aku kot. Yelah, sebab dah pecah tembelang yang dia tipu. Dia cakap dia dapat 4A Tapi sebenarnya, 2A je. Masatu aku kecik lagi. Zaman tu rasa macam marah lah. Kenapa nak kena tipu-tipu ni? Aku pun rasa macam aku pun tak pandai jugak. Tapi takdalah aku nak tipu result aku. Pelik lah jugak time tu. Mungkin dia rasa down kot sebab yelah dia class pertama, aku kedua je tapi A aku lagi banyak dari dia. Itu pendapat aku. Ye memang orang lain cakap benda ni benda simple. Tapi aku nak ingatkan balik, time ni darjah 6. Fikiran time ni tak matang lagi.

And lepas aku bagi salam dia tak jawab-jawab aku pun balik. Bila mula sekolah, dia sekolah menengah biasa, aku bersekolah di sekolah agama menengah yang Ustazah aku mintak tu. Beberapa tahun berlalu, aku dengar dia dapat staright A PMR. Aku tumpang gembira lah. Walaupun kitorang berjiran, aku kadang nampak dia nak lah aku senyum kat dia, tapi dia cepat-cepat alih pandangan. Makin lama macam tu, aku faham lah. Mungkin dia masih tak move on dengan sejarah upsr dia. I is okay je. Hahaha

Lepas tu, aku dengar masa SPM dia pun gempak. Kecoh jugak lah satu taman perumahan ni oasal result dia. Result aku yang sendu sendan ni memang tak sesuai jadi bahan cerita. Takpa, aku redha. Asalkan aku dapat sambung belajar jugak. Dia dapat sambung kat universiti tempatan kos bukan biasa-biasa. Dia asasi and sekarang ni, aku tengah final year diploma, dia tengah degree.

Sejak dua menjak ni, aku perhatikan instagram dia, pakaian dia lawa-lawa. Selalu makan angin walaupun hanya sekitar negeri tempat dia belajar. Baju setiap kali dia upload kat instagram tu, takda yang sama pun. Bayangkan lah betapa banyaknya baju dia padahal dia hanya seorang student je. Nak kata tu semua baju review untuk ig, mustahil. Sebab caption dia takda credit pada sesiapa pun.

Ada satu hari ni, jiran aku Makcik Zimah dia bersembang lah dengan makcik kepada si Bell ni. Tengah-tengah sembang, makcik si Bell ni nama dia Makcik Bedah dia cerita pasal si Bell ni. Dia cakap Bell ni memang boros. Kalau cuti semester, nak balik semenanjung mesti nak naik flight MAS je. Dia memang taknak Air Asia. Pebenda do?!

Kakak aku yang gaji besar pun balik semenanjung pun payah nak naik MAS kecuali kalau ada yang tiket murah-murah, barulah dia naik MAS. Dia yang student yang mengharapkan biasiswa dan duit rakyat bukan main demand.

Makcik Bedah cerita lagi, yang Bell ni dia lawa sebab dia minum produk pencerahan. Alah yang kes yang tak bayar cukai tu. Huhuhuhu. Harga sebotol je dah RM200 lebih. Patutlah dia makin putih. And kalau pakaian nak ke kenduri kahwin, kemain cantik. Pernah satu hari ni, rumah jiran sebelah ada buat kenduri kahwin. Aku ni jenis yang malas nak melawa sangat kalau setakat kenduri rumah sebelah. Aku just pakai seluar palazo dengan baju blouse and tudung selimpang. Yang dia nya berkebaya kuning ketat. Sesetengah orang cakap kalau baju ketat and ikut fit tu lawa. Jadi aku ambik majoriti lah ye. So memang lawa. Aku perasan jugak, Bell ni tak habis-habis kerling aku dari tepi. Motif? Entah…

Sebenarnya aku bukanlah cemburu dengan lifestyle dia. Cuma aku sedih tengok realiti kehidupan dia. Aku yang mak abah gaji tetap pun hidup tak semewah dia. Mak ayah dia orang susah. Setiap bulan dapat bantuan zakat. Mak dia dulu ambik upah jaga anak orang. Ayah dia kerja tukang rumah. Tak tukang rumah, kerja kutip kelapa sawit. Ditambah pulak ayah dia pernah ada kes dengan polis atas tuduhan mencuri. Mesti susah orang luar nak terima ayah dia bekerja. Memang tanggungan mak ayah dia setakat dua orang je iaitu Bell and adik dia. Tapi nak tanggung Bell je dah macam tanggung 3 orang anak.

Rupanya, mak Bell ni perangai sama macam Bell. Mak dia kalau boleh nak Bell tu sentiasa cantik, lawa dan menarik. Alasan dia, Bell adalah satu-satunya anak perempuan dia. Mak Bell cemburu bila tengok anak dara lain yang setaman dengan dia tu lawa dari anak dia. Semua baju yang Bella pakai, semua mak dia design kan dan pilihkan. Bell hanya ikut. Mak dengan anak memang perangai sama. Dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

Pendapat aku lah kan, aku tak kisah lah kalau mak dia nak mewahkan Bell tapi ni macam dah melampau. Bila Bell ada kat rumah atau balik sebab cuti semester, mesti makan luar. Takda nya makan kat rumah. Aku dengar dari Makcik Bedah, ayah Bell ni kalau Bell balik dia tak bising-bising. Tapi bila Bell balik je kampus, ayah dia mesti marah-marah dengan mak dia.

“Aku penat banting tulang. Cari duit buat makan tapi kau senang-senang bermewah”

Mak Bell ni kadang-kadang mintak tolong anaknya Makcik Zimah bank in duit untuk Bell. Sekali masuk tu dalam RM300. Bukan setiap bulan. Kadang untuk 2 3 minggu je. Ya Allah….. aku speechless sangat bila dengar macam tu.

Aku rasa mungkin dia culture shock. Kawan-kawan kelas semua anak orang kaya. Aku pun tak tau lah samada dia bohong pada kawan dia tentang status kewangan mak ayah dia.

Aku harap, bila dia dah berjaya janganlah dia lupa pengorbanan mak ayah dia. Bukannya bila dah ada duit, sibuk nak berjoli sampai luapa diri.

– Diaidieh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit