Lepaskan Anjing Tersepit

Kalau cerita aku ni keluar dekat IIUMC thanks banyak-banyak.

Belajar dekat universiti ni bukan semata-mata belajar macam mana nak solvekan problem setiap subjek sampai dapat CGPA 4.00. Akan ada suatu saat ujian tu kuat sangat. Ada sesekali aku rasa nak GIVE UP je dengan semua ni. Lepas satu-satu yang datang. Orang bagaikan tak senang tengok aku happy. Selagi boleh mereka nak jatuhkan aku sejatuh-jatuhnya. Aku diuji dengan orang yang rapat dengan aku. Aku sangka apa yg dibuat dekat orang tak akan terjadi dekat aku. Tak sangka, aku jugak mangsa kau rupanya. Terlalu baik, macam kena gunakan pulak. Bila buat jahat sikit dikatakan aku ni melampau, tak tahu mana nak ukur tahap kebaikan aku.

Aku penatlah…

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Memang padan dengan muka aku! Kegemaran aku memang suka tolong orang… hahh memang kesukaan aku bila tolong orang lagi-lagi bangsa-bangsa yang nampak mula-mula macam pijak semut tak mati last last baik aku ni is nothing. Meaningless wehh!

Aku tak menyesal tolong orang, apa yang aku kesalkan orang tu sikitpun tak hargai pertolongan aku. Kenapa ya aku selalu sangat jumpa orang yang pada mulanya nampak nice, ala-ala sweet gitu, bila tiba aku susah, dia start buat toyol dengan aku??? Kenapa? Ini masalah aku tak reti limitkan pertolongan aku tu. Mungkin sebab aku tak pernah tunjuk bad side aku dekat dia. Aku ni satu benda je… selagi aku baik dengan seseorang tu dan orang tu buat baik dengan aku, selagi tu aku baik dengan dia. Ya aku tahu manusia banyak kelemahan, samalah macam aku ni jugak.

Ada seorang kawan pernah cakap macam ni dekat aku, “Weh, kita bila berkawan ni, kita kena give and take. Kita cuba faham dia. Tak semua seperti apa yang kita harapkan…” kata seorang kawan aku ni. Aku tak lah seorang yang selfish… nak main jual-jual ikan ni aku tak retilah. Aku berkawan, mustahil aku tak cuba faham kawan aku. Selalu sangat, bila sampai turn aku semua macam nak menyalahkan aku kenapa dapat kawan macam itu, macam ini. Manalah aku tahu.

Aku berkawan dengan seseorang sebab aku rasa selesa nak berkawan dengan dia orang. Aku ni boleh tahan friendly orangnya. Dan aku ada jugak jahatnya. Cuma aku tak tunjuk. Sebab aku fikir kita kawan.

Tapi sampai masa, kau abaikan aku. Okey maksud mengabaikan bukan aku kata aku cemburu atau apa, kau kawan aku at least kalau kau ada masalah just cakap yang kau tak ada mood nak bercakap. Senyap tanpa bicara, kau ingat aku faham? Bila mesej aku, kau kata, “Aku tahu sejak tahun lepas kita macam stranger. Kau macam mana? Okey? Aku still care pasal kau..” what the ****
Ini ke kawan??? Stranger? Apa maksud kau? Apa yang cuba kau sampaikan dekat aku. Kau berdiam, aku cuba faham. Aku faham yang kau mungkin sedang ada masalah. Tapi, bila mana orang lain tegur kau, kau balas cakap dia orang, siapa aku yang sebenarnya? Aku ni bukan sejenis tunggul tau.

Kalau tunggul tu boleh bercakap, yang kau samakan aku macam dia, mesti dia marah. Sebab aku manusia yang ada hati. Sejak kita mula berkawan, aku perasan perangai kau memang annoying. Aku nampak kau ni jenis suka sellfih, kau suka buat itu ini ikut kepala kau. Kau buat macam tu seolah-olah kau nak tunjuk protes dekat semua orang.

Aku kawan kau beb. Sampai hati kau buat aku macam ni. Aku tak mitak sesen pun duit kau bila aku tolong kau. Aku kawan kau, lagilah aku nak cuba tolong kau kalau kau ada masalah.

Tapi telahan hati aku yang awal dulu aku abaikan, dan menganggap kau bukan macam tu sebenarnya salah. Aku tak nafikan bila ada masa aku susah kau tolong aku, memang kau baik hati. Tapi bila sampai part aku betrul-betul susah, aku nampak macam sampah yang tengah tersangkut dekat kau dan masa tu kau tunjuk dekat aku, akulah manusia sampah yang patut kau orang campak jauh-jauh.

Bila kau rasa hidup kau semak dengan kesusahan aku, aku memang perasan yang kau cuba menghindar dari aku. Samalah macam tu jugak yang kau buat dekat someone. Bila kau rasa kau perlukan aku, kau muncul. Bila kau dah habis gunakan aku, kau pergi macam tu je.

Itu namanya kawan ke???

Aku still berfikir yang sifat baik kau tu banyak yang aku suka. Kalaulah aku ni malaikat, aku mungkin tak akan menghukum kau.
Sebab aku ni manusia. Kau dengan manusia yang aku dah campak ego aku jauh-jauh sebab atas nama kawan, kau dengan dia sama saja. Bila kita dah jauh macam ni, bila aku ingatkan balik, kau dengan dia memang sama. Kau orang ni jenis bila dah senang tak sedar diri. Paling aku benci sikap suka mengabaikan perasaan aku. Kau orang buat seolah-olah aku ni macam tak ada perasaan…
no more!!! Jangan mengharap.

Biarlah kau orang jauh dari aku. Selama ni aku dah cukup rendahkan ego aku demi kau orang, bila sampai tahap limit tu dah keterlaluan, aku dah tak boleh tahan. Cakap seorang kawan aku ni ada betulnya.

“Move on!!!”

Cakap pasal budak rumah, even budak bilik aku. Seriuslah, consideration dia orang dekat aku sangat tinggi. Mana ada orang boleh tahan dengan sikap aku. Kenapa aku cakap macam ni, sebab aku tak sudah nak buat perangai tolong orang lain dalam masa aku ignore someone else privacy. Memang patut aku kena ignore dengan dia orang. Ini balasan sebab bodohkan diri, tak pernah tanya diri, patut ke tak aku tolong orang macam ni? Memang kawan, tapi kalau bodoh macam BABI apa kejadahnya.

Aku bukan jenis senang tolak permintaan orang lagi2 orang tu aku consider as friend. Bila aku dah tolong… last2 aku dapat apa yang patut aku dapat. Aku memang suka merempat dengan orang yang tak suka kawan dengan aku. Tapi at least kau tahu, aku belajar something, makin usia kau bertambah makin tu kau akan jumpa ramai orang yang sangat suka lepaskan diri sendiri. Ayat paling okey nak describe orang macam ni, ‘macam lepaskan anjing tersepit’! Aku dalam situasi ni lah sem lepas. Bila dah lepaskan anjing tersepit ni, kau kena bahananya. Dua kali weh… kali ketiga kalau aku bertahan jugak… agak2??? APA akan jadi dekat aku kalau aku terus biarkan anjing tersepit ni terlepas?

Dia gigit sikit2 hati kau. Ini bukan soal perasaan sayang yang makin mendalam tau. Ini cakap pasal hati yang makin kena guris2 dengan sikap manusia yang perangai dia jenis macam species anjing macam nilah. Kalau kau kata aku kawan kau, APA buktinya?! Aku saja yang boleh jadi kawan baik someone, tapi bila part dia, sikitpun xpernah consider.

Maybe sebab bila berkawan, aku bagi sepenuhnya dekat kawan2 aku tanpa limit. Aku ni bukannya punch beg kau?

Aku tak boleh nak marah kau, aku tak boleh nak luahkan bukan sebab aku BODOH!!!

Ada orang cakap aku bodoh sebab tak berterus-terang, xreti nak protect diri. Ya aku memang manusia jenis tak tahu bela diri bila part member perempuan buat aku macam ni. Consideration aku dekat girl tinggi. Kalau lelaki buat aku, cukup 2 3 kali, kau mati!

Allah letak aku dalam situasi macam ni, supaya aku yang diberikan akal fikiran dan hati ni lekas berfikir. Bila aku dah tak mampu nak bertahan, aku akan senyap, kau sila berambus dalam hidup aku. Kata-kata bukan satu ayat yang sesuai untuk aku luahkan dekat manusia macam kau. APA guna aku maki kau depan2. APA guna aku marah, apa guna aku blame manusia macam kau, kalau dari awal semuanya salah aku. Salah aku! Salah aku sebab bagi, bagi, bagi… last2 apa yang aku dapat. Hati aku sakit. Jiwa aku rasa macam nak memberontak.

Dah hampir nak habis tahun 2016, aku still xboleh nak lupakan apa yang kau dah buat dekat aku. Bukan buat, apa yang kau dah bagi dekat aku. Aku macam kena tusuk2 dengan pisau berkali2 tapi masih bernyawa. Kuat tak kuat aku tahan.

Aku tahan selagi aku boleh, bila tiba masa aku senyap, bila kau yang mulakan tak bercakap dengan aku, kau rasalah macam mana seorang manusia macam aku try baca apa yang kau tengah fikir tengah2 kau senyap tak bercakap dengan manusia yang anggap kau tu kawan aku. Kau cubalah baca apa aku tengah fikirkan!

Benda paling SHIT dalam dunia ni bila terpaksa belakon “aku okey”.

Lagi 29 hari nak masuk tahun 2017.

Tahun depan aku 25 tahun.

Sampai bila aku nak macam ni?!

Masa bukan satu programing yang boleh di undo2 berkali. Kalau kau salah type ayat dekat Fb, kau still boleh edit, tapi masa yang kau ambil untuk edit ayat kau tu dah tak boleh nak diundur balik.

Antara usia 24 nak ke 25 ni, satu jew permintaan aku as doa paling aku mintak sangat.

“Semoga aku boleh terus bertahan dengan hidup, belajar pentingkan diri sendiri sebelum orang lain, jadi manusia yang low consideration dekat manusia2 jenis anjing tersepit ni, always bersyukur.”

Aku tahu aku tak kuat, tapi hanya pada Allah aku panjatkan doa jauhkan aku dari penganiayaan manusia-manusia macam kau orang ni. Ego. Jangan ingat kau orang saja ada ego. Aku pun ada ego aku jugak. Kau orang buat aku macam-macam, sampai masa aku tunjuk sikit je bad side aku, kau orang menggelabah. Bila aku dah jauh dari kau orang, aku cuma mintak satu je.
Hargai orang yang ada dekat dengan kita. Yang kisah pasal kita. Bila semua tu dah tak ada, kau orang fikirlah apa yang kau orang dah buat dekat aku. Aku bukan bodoh… lama aku perhati kan kau orang tahu. Aku still bagi peluang… tapi sekarang jangan mengharap
Sekali kau capai tahap limit ego aku paling tinggi terancam, jangan harap ada peluang untuk putar balik. Manusia boleh buat silap. Tapi kalau benda yang sama kau orang buat berulang-ulang kali, apa kejadahnya tu.

Kau dengan dunia kau, aku dengan hidup aku.
Jangan cari aku lagi.

Aku hargai kawan yang ambik tahu pasal aku, dan tak pernah abaikan aku sebagai kawan.
“Thanks Azielah sebab jadi kawan yang baik dengan aku selama ni, kau yang selalu ingat dekat aku.”

– Neelopha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit