BAHAGIA DI MATA UMUM
Sejak kebelakangan ni aku selalu dengar kes orang bunuh diri sama ada ditinggalkan kekasih , hidup terumbang-ambing , tekanan daripada masyarakat dan harapan yang terlalu tinggi tapi tak kesampaian dan lain-lain . Majoriti kes bunuh diri yang aku perasan , aku dapat rasa most probably they are having depression yang lead to suicidal attempt . Kalau dalam dunia psikiatri , ini dipanggil depressive disorder and the most common one adalah major depressive disorder and one of the criteria adalah suicidal thoughts or suicidal attempt .
Tapi bila fikir balik kenapa orang boleh go through depression . Hidup elok cantik je bahagia awal-awal tetiba rasa murung lain macam out of sudden . Selalunya benda ni ada triggering factor atau stressor . Kebanyakan yang aku nampak hidup tetiba murung sebab rasa hidup tak seperti yang disangka atau hidup yang orang sekeliling kau anggap kau patut dah ada tapi kau tak ada .Contoh kau sepatutnya dah kahwin , dah beranak pinak bagai tapi tak . Kau tengok kawan-kawan kau dah ada karier yang tetap , bina keluarga sendiri dan kau sambung belajar pun tak habis lagi, kekasih pun tak ada lepastu belum campur kes-kes homo sapien yang suka jaga tepi seluar jeans atau kain baju kurung kau . Dok cakap kau ni tak kahwin sebab memilih sangat , terlalu banyak masa bersendirian dan yang paling aku menyampah dengar , kau didefinisikan sebagai sunyi jikalau kau tak ada pasangan . Memang kehadiran mak ayah adik beradik kawan-kawan baik yang sayang kau dunia akhirat tu tak memberikan kebahagiaan . Ibarat nak kata bahagia sama dengan ada pasangan . Habis kalau kau tak bahagia dengan pasangan kau itu masih dikira bahagia berbanding kau ni keseorangan ?
Kadang-kadang mulut tak makan saman orang ni yang boleh buat orang rasa murung lagi-lagi kalau individu tu jenis yang overthinking tahap 30 tahun akan datang . Kau makan seorang dekat kedai , orang nampak kau as a loner . rasa macam kesian . padahal orang tu bahagia je makan sorang sebab dia mungkin nak alone time ataupun plan dengan kawan nak makan sama tapi kawan terpaksa cancel last minute ataupun dia nak bedal makan banyak-banyak , kalau dengan kawan segan sikit nak bedal makan banyak . Ke hulur ke hilir sorang kira kau ni kesunyian padahal orang tu jenis malas nak menyusahkan orang menunggu dia uruskan hal itu ini dan selalu urusan habis cepat kalau sorang sebab tak ada kerenah lain perlu dilayan . Memang homo sapien ni fikir kubur tu dicipta berpasangan juga .
Kes bunuh diri ni juga orang sama dengan kan iman tak ada dalam hati . Padahal masyarakat yang begitu banyak ilmu di dada melalui pembacaan yang sangat berinformatif dan menyakinkan di facebook tanpa usul selidik tahu iman manusia ni ada turun naik . Mungkin dia ni bukan dari latar belakang keluarga yang alim ataupun mak ayah tak dedahkan kepada ilmu agama lebih mendalam atau memang orang yang beriman cuma mungkin saat tu rasa dia jauh sangat dengan Tuhan yang buat dia tak fikir panjang untuk bunuh diri . Kalau kau rasa dia nak bunuh diri just to gain attention , itu different story and most probably orang tu ada personality disorder tapi selalunya bukan common sangat . Orang yang nak bunuh diri ni tak ada masa nak fikir nak gain attention , silap haribulan bila dia cuba bunuh diri tapi tak berjaya , kena saman ada lah . Salah di sisi undang-undang kalau kau bunuh diri .
Jadi cari lah kebahagiaan yang kau rasa cukup untuk kau bukan refleksi yang netizen makcik makcik kepochi mahupun homo sapien yang jaga tepi seluar jeans atau jubah kau yang perlu difikirkan . Pergi bedebah kau manusia macam ni . Jangan dilayankan .
Kalau kau rasa bahagia dengan hanya sebuah rumah kecil dan sebuah kereta kecil , buat lah . Kalau kau rasa bahagia pergi makan sorang , lepak tepi pantai sorang , buatlah . Kalau kau rasa bahagia dengan hanya duduk di taman sambil makan aiskrim potong durian , kacang merah , buatlah . Kalau kau rasa menyanyi melalak macam dekat pusat karaoke sambil bersihkan rumah , buatlah. Sebenarnya bila kau sorang ni kau boleh cari ketenangan yang kau kadang-kadang tak dapat bila dibanjiri dengan manusia sekeliling . Sebab ada orang berpasangan tapi tak rasa sekelumit pun bahagia tapi hidup diteruskan demi anak-anak . Ada orang dikelilingi ramai orang yang memberi dia nikmat kebahagiaan tak terkata tapi dia tak dapat rasa nikmat bahagia dan ketenangan bila dia keseorangan .
Setiap manusia ni tuhan bagi nikmat bahagia dengan cara yang berbeza . Hanya sebab nikmat bahagia berlainan dengan orang lain tak bermaksud hidup kau tak bahagia . Tapi kalau kau rasa hidup kau tak bahagia sebab kau hanya rasa penat berkerja tapi tak rasa sikit pun kepuasan dari bekerja . Carilah bahagia dengan pekerjaan lain . Mungkin juga kau rasa tak bahagia sebab dikelilingi manusia yang penuh dengan negatif . Keluarlah dari kepompong itu .
Kita dilahirkan di dunia ni bersebab dan setiap satu dari kita ada tujuan berbeza dalam hidup . Inshaallah bila kau jumpa tujuan hidup , bahagia juga akan berkunjung tiba.
“the culture we have does not make people feel good about themselves. We’re teaching the wrong things. And you have to be strong enough to say if the culture doesn’t work, don’t buy it. Create your own. Most people can’t do it” – Mitch Albom , Tuesdays with Morrie
– Daripada manusia yang suka membaca buku kerana bahagia dengan berbuat begitu sambil penuhi minda dengan ilmu dan sentiasa berfikir logik dan membuat usul selidik sebelum post benda yang dikata berinformatif tapi sepatah haram pun tak betul di facebook –
Sekian.
– Homo sapien
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit