Redha

Assalamualaikum dan hai.

Aku perempuan,umur 18 tahun.Aku bekas pelajar SBP(sekolah berasrama penuh).Aku masuk SBP sebab dorongan ibu,ayah dan memang kehendak aku sendiri.Aku ingat masuk SBP dapat la aku belajar dengan baik.Haha,rupanya tak.Aku tak dapat catch up belajar.Biasa la,SBP memang jenis belajar laju.So,awal2 lagi aku dah cakap dengan mak,ayah yang aku nak pindah.Huhu,tapi mak,ayah aku tak layan pun apa yang aku cakap.

Hari demi hari pun berlalu.Ranking aku waktu lower form tak ada la teruk mana,aku dalam lingkungan pertengahan.Tapi ranking bukan la segalanya,yang paling penting adalah gred untuk setiap subjek.Seriously,gred subjek matematik and sains aku memang teruk.Sepatutnya,tak layak untuk pelajar SBP.

Pendek cerita,result PT3 pun keluar.Haha,aku dapat 5A je dan subjek math dan sains aku D.So,aku memang tak rasa aliran sains adalah aliran yang okey untuk aku.Sebabkan sekolah aku hanya ada aliran sains tulen je dan aku memang tak berapa minat sains,so aku rasa pindah sekolah biasa adalah jalan yang terbaik.But,sekali lagi ibu,ayah melarangnya untuk sekian kali.

Ya,kerana terpaksa aku relakan.Aku ikut cakap ibu,ayah.2 tahun aku duduk kelas last.2 tahun aku tanam ikhlas dalam diri aku untuk belajar.So,bila keluar keputusan exam awal or pertengahan tahun,tetap fail yang banyak untuk subjek sains dan matematik.Haha,mak,ayah aku kata aku tak ikhlas belajar sebab tu selalu failed.Huh,anda faham tak perasaan aku macam mana?5 tahun aku belajar dalam keadaan tertekan sebab aku tak mampu catch up,5 tahun aku menangis setiap kali exam.Bila keluar result exam aku yang dipersalahkan.

Aku bukan nak salahkan ibu,ayah sebab tak pindahkan aku.Tapi,dalam hati aku ni ada rasa kesal sedikit dengan sikap ibu,ayah.Aku tahu,mereka ingin jaga imej sebab tu tak nak pindahkan aku.Aku,anak,aku perlu hormati keputusan mereka.So,result SPM yang baru keluar ni aku redha dan aku hanya harapkan aku tak ada failed.Alhamdulillah,aku tak ada failed,tapi slip keputusan tu penuh dengan pelbagai gred,dari A sampai E.Aku tetap bersyukur walaupun perit untuk menghadapinya.Aku bersyukur sebab ada je kawan2 aku yang lebih teruk dari aku,ade je yang failed walaupun kami SBP.

Lihat pada keputusan aku,sudah pasti tiada segaris senyuman pada ibu,ayah.Maafkan anakmu ini kerana gagal menghadirkan kegembiraan dalam dirimu,wahai ibu,ayah.Hanya imej sebagai pelajar SBP tetapi tidak pada keputusannya.Aku redha.So,untuk kali ini,ibu dan ayah kata mereka tidak mahu memaksa aku lagi untuk memilih bidang dan tempat pengajian yang aku inginkan.Aku berhak membuat keputusan sendiri tetapi aku masih memerlukan pandangan mereka.

Aku harap cerita aku yang tidak menarik ini dapat memberi kesedaran kepada ibu,bapa di luar sana.Jangan terlalu memaksa anak anda untuk menjadi seseorang yang anda inginkan.Jangan kerana anda suka kerjaya doktor,anda melarang anak anda untuk menjadi seorang jurutera.Jangan halang minat dan kerjaya anak anda takut hilang keikhlasannya dalam menimba ilmu,kerana kita hidup bukan untuk kerjaya tapi untuk menjadi hamba kepada Pencipta.Jangan juga sambalewa dengan anak anda,tetapi tegaslah pada tempat yang betul dan berikanlah mereka semangat yang berterusan.

Kepada anda sebagai anak terutamanya yang seusia dengan saya,jangan pernah kenal erti putus asa,teruskanlah usaha selagi daya.Mohonlah yang terbaik dari Pencipta kita.

Kepada semua,walaupun usia saya masih setahun jagung dalam mengenal dunia sebenar,suka saya ingatkan jangan pernah lupa pada Pencipta.Solatlah pada awal waktunya.Seringlah bangun malam untuk bermohon pada Pencipta.Al-Quran jangan sekali dilupa.Sentiasalah percaya bahawa setiap ketentuan itu adalah ujian dariNYA untuk mengukur keimanan kita.Akhir kata,maafkan saya andai ada tersalah kata.

– bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit