Saya Isteri Yang Penakut

Assalamualaikum.

Saya terbaca post isteri saya penakut. First, rasa alhamdulillah awak boleh faham dan cuba cari solution. Second, just nak share pengalaman saya sendiri. Luckily awak belum ada anak, saya ada 3 orang anak, terasa kesannya pada anak-anak. Saya baru je rasa recover sikit, without going to psy, atas kekangan tertentu. Bukan saja tak nak refer ke doktor ye.

Saya dah lama lupa pasal saya ni penakut, dan macam mana susahnya saya nak recover dulu. Bila baca komen-komen, then saya realize saya pernah alaminya suasana penakut satu ketika dulu.Waktu saya berumur 11 tahun saya tengok jenazah dari awal sampai dikebumikan. Umur 13 tahun, dorm atas saya kena histeria. Lepas tu, saya tak boleh duduk dalam gelap, tidur berpasang lampu. Kadang-kadang rasa diperhatikan, tiap-tiap malam mimpi mengarut, bila bagitau mak, kena marah. So saya struggle cari sendiri solution. Saya rajin pergi ceramah motivasi nak naikkan semangat sendiri. Dari situ juga, saya belajar solat malam dan baca quran secara rutin. Episod hidup saya waktu ni, banyak melihat sifat jengkel manusia, jadi terdevelop rasa benci yang meluap. Saya cuba tulis apa-apa yang saya rasa dan bakar supaya terbuang rasa tak enak dalam hati. Ni cadangan penceramah mana entah saya lupa. Saya juga rajin baca benda-benda kajian saintifik, nak buang rasa takut kat benda ghaib. Kalau rasa zapp tiba-tiba, saya kedip-kedip mata, jegil-jegil, dah tu anggap tu silauan cahaya sahaja. Lama-lama Alhamdulillah, masa saya umur 20 tahun kurang rasa takut. Siap boleh jalan-jalan kat pekan seorang diri pukul 3 pagi. Tengok bintang, tengok bulan. Sebab rasa Allah tu sentiasa ada, dekat dan jaga saya.

Fast forward, saya dah kawin dan ada anak. Lepas kahwin, saya baru belajar tidur pakai lampu bilik / tutup lampu sebab suami tak boleh tidur kalau cerah. Rajin dia share kajian saintifik kenapa tidur dalam gelap lebih baik. Masa ni suami outstation pun tak ada masalah saya duduk dengan anak. Sampailah masa anak ketiga saya lahir, anak saya kerap nangis. Masa ni saya tak terfikir benda lain, mungkin faktor kesihatan, cuaca. Bila saya dapatkan nasihat doktor, doktor cakap anak saya sihat. Tapi jauh sudut hati, saya tahu ada something wrong. Cuma tak pasti apa. Anak saya sampai pecah suara, sebab menangis sepanjang masa. Ditakdirkan,pada suatu hari, ada ‘wayang’ manusia yang saya tertengok dalam rumah saya, yang mencetuskan rasa lemah semangat saya. Nak kata saya tak expect perangai jengkel manusia, saya tahu je, tapi sebab saya ‘melihat wayang’ tu dalam keadaan yang ‘tak berapa bagus’, buat saya rasa lemah lutut dan rasa nak pengsan kat situ juga. Harapkan istighfar banyak-banyak dalam hati yang jadi penguat.

Siri baru mula berlaku dalam hidup saya. Suami saya selalu kena panggil balik untuk teman saya kat rumah, termasuk siang hari. Saya tak boleh duduk kat rumah kalau suami tak ada. Inilah perasaannya. Kaki sentiasa seram sejuk, nafas pendek, hati berdebar-debar dan selalu terkejut-kejut. Saya lagi rela keluar jalan-jalan kalau suami pergi kerja, daripada duduk seorang-seorang dengan anak-anak. Saya tak boleh tidur malam, berpasang lampu, rasa diperhatikan. Saya kejut suami teman minum air/ pergi toilet waktu malam. Tiap-tiap malam saya mimpi mengarut, saya kuatkan hati baca ayat-ayat Quran yang saya hafal. Anak saya memang asyik menangis. Tapi saya perasan, dia akan menangis kuat kat ayat tertentu, siap tendang-tendang saya. Bila bagitau suami, dia cakap tak ada apa-apa. Masa ni suami macam tak membantu nak cari solution, sekadar menemankan. Dia pun tak boleh buat kerja, sebab menemankan saya.

Sampailah anak sulung saya bagitahu ada ternampak ‘ benda’. Saya rasa tak boleh jadi macam ni. Saya cari sendiri nombor telefon dan minta nasihat ustaz. Ustaz sahkan ada gangguan. Anak bongsu masih kerap menangis, saya jadi stress sebab dia nak menyusu tapi macam kena tolak ke belakang, menyebabkan dia menangis. Sampailah bila suami handle sendiri anak tu masa dia menangis. Anak meracau-racau. Dia tertidur pun sebab kepenatan. Akhirnya, suami akui ada gangguan, sebab suami bagitau dia bacakan ayat Quran, surah Saffat ayat 1-10 yang ustaz dia ajarkan dulu, dan rasa hujung kaki anak kepanasan.

Mulai saat tu, suami bagi support. Tiap-tiap malam kami baca Quran, surah al mulk, al waqiah, yasin dan ayat-ayat ruqyah sama-sama. Suami pun tak pergi masjid dah, sebab tak boleh biarkan saya kat rumah. Dalam rumah, dalam kereta, hampir 24 jam pasang ayat ruqyah. Bil elektrik pun naik. Hahaha. Saya masih lagi terjaga bila tidur. Solat malam pun kena dekat dengan suami dan anak-anak. Malam, memang suami kena kuarantin, kalau dia keluar pergi kedai pun, dia cepat-cepat balik. Keadaan ni berterusan hampir setengah tahun.

Alhamdulillah, akhirnya anak saya dah kurang menangis. Dia ada masa yang boleh main-main sendiri. Yang mana bagi saya inilah budak normal. Bagi saya, anak saya macam baru keluar daripada ‘kepompong’. Saya pun dah kurang takut, suami pun dah boleh balik lewat dan boleh pergi masjid. Bagi saya, Al -Quran itu penawar. Saya akui saya lemah jiwa. Inilah ujian untuk saya. Walau macam manapun, saya tetap akan cari masa untuk dapatkan pandangan doktor nanti.

Saya doakan, untuk siapa-siapa yang ada ujian macam ni, semoga cepat sembuh.

– Z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit