The Only Solution For Your Pimple Problem That You Need To Know II

Assalamualaikum guys! Aku lagi. Aku dah baca comment dan ramai nak suruh aku share produk yang aku guna. Aku bukannya tak nak share produk-produk yang aku guna dalam post aku sebelum ni cuma aku nak korang betul-betul faham step-step skincare untuk kulit berjerawat. Bagi aku, korang perlu tahu apa yang korang letak kat muka korang dan apa yang akan berlaku apabila kau guna produk-produk tersebut. Jangan main tenyeh je. Kang makin teruk. Sebab tu aku buat research sebelum aku beli.

Korang tahu tak kenapa aku nampak macam obsess pasal skincare untuk jerawat ni siap buat research bagai? Sebabnya, aku dah tak nak pakai mekap dah. Aku pakai mekap ni pun sebab nak cover jerawat aku je. Malu kot nak keluar dengan jerawat bertepek-tepek kat muka ni. Orang yang banyak jerawat je faham perasaan ni. Sebelum jerawat ni naik memang aku tak pakai mekap langsung. Kau ingat senang ke nak cover jerawat dengan parut jerawat ni?? Silap teknik, macam tepung gomak muka aku! HAHAHA.

Anyway, berbalik kepada produk. Siapa yang kata COSRX, anda betul! Aku suka gila dengan brand ni. COSRX ini adalah brand daripada Korea dan memang target customer diorang adalah orang yang mempunyai masalah jerawat. Brand ni sangat utamakan feedback customer diorang. Diorang akan formulate produk diorang berdasarkan keperluan customer dan yang penting bagi aku, cruelty-free. Menariknya, diorang jarang promote produk diorg. Kalau tgk kat ig diorang, diorang slalu post aktiviti diorang dan kadang-kadang feedback customer je. Takdenye iklan merapu-rapu.

Walaubagaimanapun, brand ni jadi famous apabila ramai orang recommend produk diorang dekat blog & Youtube kerana keberkesanan produk-produk tersebut. Cube je lah kau tengok kat Hermo, produk-produk diorang top 3 bestseller. Memang slalu sold out kalau ada seller yang ambik ready-stock. So, korang kena pre-order. Harga pun mampu milik dan setanding dengan kuantiti yang korang dapat.

1) Cleanser
Untuk oil cleanser, aku guna Heimish All Clean Balm. Kenapa aku guna balm? Sebab aku tak suka yang jenis liquid. Mcm letak baby oil kat muka. Oil cleanser ni penting tertutama skali yang pakai mekap & sunscreen. Sebabnya, mekap & sunscreen ialah oil-based. Menerusi pembacaan aku, molekul minyak akan tertarik dengan molekul minyak yang lain. So, bila guna oil cleanser ni, mekap dan sunscreen korang yang oil-based tu akan dibersihkan secara efektif (Aku bukan chemist so aku tak reti nak explain panjang2, kalau salah, betulkan).

Lepas tu aku akan bersihkan sekali lagi dengan foam cleanser untuk pastikan muka aku betul-betul bersih daripada sebarang produk yang aku guna sebelum tu. Part ni aku memang guna cleanser yang rendah pH. Produk yang aku guna ialah COSRX Low pH Cleanser. Produk yang sangat gentle, sesuai dengan kulit sensitive dan berkesan membersihkan residue mekap. Oh ye, waktu pagi aku hanya guna foam je tau.

Ada yang suggest Cetaphil dan aku pun pernah guna, cuma formula dia sekarang dah lain la daripada dulu dan ia juga agak tinggi pH nya (~9). Salicylic Acid pun sama. Produk yang tinggi pH ni, muka kau akan rasa “ketat” selepas guna. Sebabnya, dia dah bersihkan sekali lapisan minyak yang sepatutnya ada untuk lindungi kita daripada bakteria dan kotoran. Rujuk post aku sebelum ni berkenaan acid mantle.

2) Toner
Toner, aku pakai COSRX AHA/BHA Clarifying Toner. Tujuannya satu je, nak rendahkan pH muka aku untuk pakai actives. Harga aku beli lebih kurang RM50+, agak mahal bagi toner. Tapi kuantiti dia, banyak. Aku beli bulan 8 tahun lepas, pakai setiap hari, la ni ada banyak lagi.

3) AHA dan BHA

Again, aku pakai COSRX punya: BHA Blackhead Power Liquid dan AHA Whitehead Power Liquid. Yang ni produk Hot Stuff diorang. Ingat ye! Korang kena introduce slow2 produk ni kat kulit korang (Rujuk post aku sebelum ni). Sekarang ni sebab aku pun tengah pakai Vitamin C, aku pakai BHA 2x seminggu, AHA 1x seminggu. Selang sehari ye, bukan pakai hari yang sama sebab Vit C pun actives juga. Takut overexfoliate. Aku pernah kena. Jenuh aku nak pulihkan balik, ambik masa berbulan.

Berbalik kepada BHA, sebelum ni aku ada cerita pasal purging kan? Lupa aku nak cakap, dalam banyak-banyak blog, vlogs yang aku baca & tengok, diorang kata purging ni akan berlaku selama 2 minggu selepas pemakaian pertama. Tapi, mengikut pengalamaan aku sendiri, ia bergantung kepada tahap tersumbatnya pori-pori korang. Mcm aku, purging period aku ni ambil berbulan jugak la. Again, waktu ni, mental kena kental.

Selain keluar jerawat, whitehead yang kat dalam pori-pori pun akan keluar. Waktu aku cuci muka dengan oil cleanser, aku akan tekan sikit permukaan muka (jangan tekan kuat-kuat & jangan paksa ia keluar) dan keluarlah biji-biji putih yang sebelum ni aku rasa dalam kulit. Rupa biji putih ni, macam mana aku nak cakap ye?? Ala.. kalau korang picit jerawat, lepas keluar nanah tu semua, akan keluar biji putih jugak. Tu la dia. Part ni aku suka gila sebab aku rasa macam mission accomplished lepas dapat keluarkan biji-biji yang selama ni aku hanya dapat rasa dalam kulit je. Perasaan dia mcm tengok Dr. Pimple Popper tu la. HAHAHA.

Masa mula-mula pakai BHA tu, banyak gila biji-biji ni keluar. Tapi sekarang dah tak de dah. Dah bersih agaknya. Banyak jerawat tak jadi aku bersihkan guna BHA ni. AHA plak, ia lebih focus exfoliate permukaan kulit. Ia juga bantu bersihkan kotoran-kotoran yang tertinggal dan pudarkan parut jerawat. MESTI pakai sunscreen ye kalau pakai AHA ni. AHA dan BHA ni tak semestinya pakai dua-dua sekali. Mcm aku, aku pakai BHA dulu lepas beberapa bulan baru aku introduce AHA.

4) Essence, Serum, Mask, Moisturizer

Aku sekali kan sekali sebab aku belum jumpa produk yang buat aku rasa WOW! kecuali serum. Yang ni, korang kena try and error sendiri ikut kesesuaian kulit korang. Part ni aku akan ceritakan macam mana aku pudarkan parut jerawat. Serum yang aku guna ialah C20 Pure Vitamin C serum. Produk ni memang famous dalam kalangan pengguna Asian skincare untuk memudarkan parut jerawat.

Menerusi pengalaman aku, produk ni memang membantu pudarkan parut jerawat aku. Aku tak tipu. Serius. Sebelum ni aku agak skeptical jugak dengan produk-produk vitamin C sebab selalunya indah khabar daripada rupa. Ada yang siap buat IV drip lagi. Tak faham aku. Pengamal perubatan pun bukan senang-senang nak masukkan IV ni.

Anyway, produk C20 adalah dalam bentuk liquid (about 20% pure vitamin C). Nama pun pure vitamin C, so dia senang oxidized bila kena sunlight. Maksudnya, bertukar kuning yang mana segala khasiat Vitamin C ni dah hilang. Sebab tu botol dia pun color gelap tapi still kena letak dalam peti sejuk selepas dibuka. Selain pudarkan parut jerawat, dia juga bantu memutihkan dan menyerikan muka (ala dalam bahasa omputih, glowing2 gitu) serta kurangkan kedutan.

Disamping produk C20 ni, aku juga gunakan COSRX Centella Blemish Cream. Kombinasi dua-dua produk ni mempercepatkan proses memudarkan parut jerawat aku. Kalau dulu, dari jauh kau boleh nampak parut hitam bertepek kat muka aku, sekarang dah pudar kaw2 dah, tunggu masa nak hilang je.

5) Sunscreen

Untuk sunscreen, aku pakai Biore Watery Essence spf 50 PA++++ dan juga COSRX Aloe Vera Sun Cream spf 50. Aku takkan pakai bawah spf 50 sebab iklim negara kita ni. Yg Biore tu ada jual kat Watson. Aku syorkan beli produk sunscreen buatan Jepun atau Korea sebab formula diorang lebih advance daripada Western. Tekstur produk diorang pun berganda-ganda lebih baik daripada Western.

Serius aku cakap, sunscreen ni produk yang paling berkesan dalam mencerahkan kulit aku. Percayalah, aku ni dah macam-macam jenis produk pemutihan yang aku telah guna. Yang cream, serum, essence la dengan yang jenis minum lagi. Tapi kesan dia tak standing dengan pakai sunscreen. Aku dah ceritakan kenapa dalam post aku sebelum ni. Kedutan pun berkurang. Mesti ada yang fikir, kenapa aku sibuk pasal kedutan padahal umur baru 25 tahun? Aku bukan menolak proses penuaan, aku cuma tak nak tua sebelum waktunya.

Lagi satu, aku nak nasihat, kalau yang produk pemutihan yang jenis minum ni, make sure sebelum korang beli, buat research mengenai bahan-bahan yang diorang gunakan. Jangan harapkan testimoni dan claim diorang sahaja. Sebab aku tengok banyak sangat produk pemutihan ni kat pasaran. Takut aku tengok. Aku pikir, macam mana dengan R&D diorang eh? Sebab cepat sangat produk-produk ni keluar.

Aku pernah pergi dengar ceramah sempena Hari Buah Pinggang tahun lepas, ada seorang pakar buah pinggang dan pakar pemakanan yang specialize dalam penjagaan buah pinggang. Yang nephrologist tu aku lupa namanya, tapi yang nutritionist tu, nama beliau Datin Nor Sharita. Ada member of the audience tanya, boleh ke makan supplement tambahan untuk kesihatan ataupun kecantikan kalau dah diluluskan KKM?

Pakar buah pinggang tu jawab, lulus KKM hanya bermaksud produk tersebut bukan racun. Namun, ia tak menjamin pengguna takkan dapat penyakit lain seperti penyakit buah pinggang ataupun diabetis. Ni bukan aku yang cakap eh, nephrologist tu yang kata. Kalau korang tengok page-page macam PW, diorang slalu bongkarkan kes-kes orang yang makan supplement macam2 ni.

Ingin aku tegaskan disini, niat aku bagitahu ni bukan untuk jatuhkan bisness sesiapa ataupun mengagung-agungkan produk luar. Aku pun pernah guna jugak produk-produk yang macam ni tapi aku jadi lebih berhati-hati selepas dengar ceramah tu. Aku cuma nak create awareness sahaja sebab seperti yang aku kata sebelum ini, korang perlu tahu apa yang korang guna untuk badan korang.

Oklah, sampai sini sahaja tips-tips aku. Cumanya, aku nak bagitahu, hormonal acne ni berbeza untuk setiap orang. Ada yang mild, ada yang so-so dan ada yang teruk gila. Hormonal acne aku plak Alhamdulillah dapat diubati menggunakan produk yang sesuai. Ada orang, hormonal acne dia teruk sangat, kena pergi jumpa dermatologist dimana mereka akan prescribe retinoid, Accutane atau pil perancang untuk stabilize hormone. Namun, ia belum tentu dapat mengubati masalah acne tersebut. Side effect pun agak teruk.

Lagi satu, produk-produk yang aku guna ni adalah yang bersesuaian dengan kulit aku. Ada kemungkinan kesannya tak sama apabila korang cuba. Aku pun dah banyak kali try and error dan akhirnya jumpa jugak produk yang membantu aku mengatasi masalah yang aku alami. Oh ye, produk-produk COSRX ni korang boleh cari di Hermo, ig shops dan Shopee. Bandingkan harga dulu sebelum beli kerana ada seller yang letak harga melampau2 sebab permintaan tinggi. Pastikan juga ianya ori. Bye!

– Miss AB

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit