Assalaamualaikum semua. Terima kasih admin atas kebenaran & kesudian approve tulisan saya ini.
Pertamanya, saya mohon maaf seandainya lontaran pandangan saya & teguran ini menyinggung perasaan mana2 pihak mahupun individu. Tujuan saya hanyalah untuk mengingatkan diri saya sendiri & sekalian saudara semuslimin saya.
Kita akui hijrah itu bukan mudah. Bahkan untuk terus istiqamah dalam perubahan itu memerlukan kesabaran, kesungguhan & sokongan. Hakikatnya, setiap hamba itu pasti punyai perasaan untuk berhijrah dari kejahilan & kejahatan kepada kebaikan & berilmu pengetahuan. Saya setuju.
Namun, apa yang cuba saya sampaikan di sini, berkaitan juga dengan isu video seorang artis yg baru2 ini menular di media sosial. Yang mengeluarkan kata2 / teguran / fatwa salah berkaitan solat org wanita seperti anjing & menyamakan solat org wanita sama sahaja seperti solat orang lelaki. Saya tidak mahu mengulas isu ini dengan lebih lanjut kerana semua sudah sedia maklum akan jawab balas para ustaz & cendekiawan Islam terhadap knyataan artis tersebut.
Saya cuma ingin ketengahkan tentang isu akhir zaman sekarang ni iaitu hijrah instant dan ulamak instant. Pertama, apa saya yang nampak, kita sekarang ini terlalu menyempitkan hijrah & tidak tahu bezakan antara syiar Islam, sunnah, adat masyarakat arab & sebagainya. Contohnya ramai perempuan hari ini bila sudah berhijrah sahaja, terus nak berniqob, berpurdah atau sebagainya. Bahkan buku2 tarbiyah, dakwah sentap & sebagainya juga mempamerkan imej Islam yang macam ni.
Allah. Terlalu sempit. Teguran saya bukan lah untuk memperlekeh wanita menutup aurat dengan sempurna, tapi niqob/ purdah dah jadi trend pula sekarang. Asal nk bertaubat & berhijrah je, terus berpurdah berniqob. Sedangkan perbincangan niqob/purdah itupun khilaf, bukan wajib. Basically, yang wajib itu menutup aurat. Semua ulamak bersepakat tentang hukum menutup aurat wajib sepertimana sudah digariskan panduan menutup aurat dalam Al quran.
Adapun manakala sebahagian muslimat mengatakan niqob/purdah itu pakaian sunnah, saya kurang setuju, cuma saya berdiam masih mencari jawapan. Kerana apa yg saya tahu, niqob/purdah itu pakaian isteri rasulullah s.a.w & pakaian budaya masyarakat arab. Jika kita menisbahkan niqob/purdah kepada pemakaian sunnah, seolah2 adakah maksud kita niqob dan purdah itu ada dalilnya yang khusus sama ada dari kata2 Nabi, pakaian Nabi, perbuatan Nabi, pengakuan Nabi & sifat2 Nabi? Namun, seandainya ada dalilnya yang tidak saya ketahui, tolong kongsikan untuk kebaikan kita bersama. Tegurlah saya.
Hijrah itu luas. Perubahan itu luas. Jangan terlalu sempitkan dengan luaran & pemakaian. Bahkan ada pula sebahagian individu/ahli jemaah/masyarakat skg galak nak jadi orang arab. Secara tidak langsung menyempitkan Islam itu sendiri. Asal nak berdakwah & berubah je mesti guna ana, enta, enti, ikhwah, akhowat dan sebagainya. Kemudian asyik bermain dengan istilah2 arab seperti qowiy, thabat dan sebagainya terutamanya tampak zahir di kalangan ahli usrah & jemaah. Pandangan saya tak salah, tapi kita orang melayu, ada bahasa kita, ada budaya kita. Kenapa nak tiru semua dari Arab? Adakah semua yang Islam tu bangsa arab? Adakah semua ahli syurga berbangsa Arab, & berbahasa Arab?
Tidak dinafikan bahasa arab salah satu dari syiar Islam seperti bacaan dalam solat, azan, iqamah, tilawah al quran dan sebagainya. Tapi tidak semua. Oleh yang demikian, itu lah maksud saya kita kena tahu bezakan yang mana syiar Islam , yang mana sunnah & yang mana sekadar budaya arab. Yang sebaiknya kita beramal dengan isi disebalik istilah itu berbanding kita bermain dengan istilah2 bahasa arab yang mana belum tentu betul dari segi tatabahasanya dan asal usul kalimahnya. Kita orang melayu. Sesuaikan dengan budaya & realiti kita.
Dan yang terakhirnya ingin saya sentuh sedikit isu ulamak instant zaman sekarang ni. Terutamanya dapat dilihat dari pahlawan papan kekunci, artis artis & manusia yg baru berhijrah. Bukanlah maksud saya merendah2kan perkongsian ilmu dari golongan ini, tapi saya cuba usulkan tentang cepatnya golongan ini mengeluarkan hukum/kenyataan/fatwa membidas ini salah, itu salah, ini haram, itu haram dan lain2. Sedangkan dalam soal nak jadi mufti/pengeluar hukum/penjatuh hukum ni, bukan mudah.
Kena dalami dahulu asas2 ilmu al quran, hadis, feqah & usul feqah. Lepas bahagian asas kita dh selesai, baru boleh beralih kepada pengisian yang lebih dalam. Bahkan bab hukum ini melibatkan juga mazhab feqah yang sepuluh keseluruhannya. Setakat kita orang awam, kita cuma tahu 4 mazhab dalam ilmu feqah sedangkan ada 10 mazhab feqah kesemuanya. Jadi kita perlu berlapang dada, mendengar & mengkaji mazhab2 yang lain juga, sebelum melabel mazhab kita sahaja yang betul. Tegurlah saya jika saya salah.
Akhir kata dari saya, dalam menuntut ilmu carilah guru. Jangan cuma copy paste dari buku2, google, whataspp, facebook mahupun Internet. Sedangkan kita sendiri masih jahil dalam memahaminya. Jangan mudah percaya kata2 yang disampaikan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang ilmu itu kepada kita.
Dakwah & Amalan Islam tertegak dengan dalil. Mintalah dalil daripada orang yang menyampaikan ilmu tersebut. Dan bila dah ada dalil, kaji la dalil tersebut. Jangan terus percaya bulat2. Contoh kalau dari hadis sahih pun, baca la syarah kepada hadis2 tersebut. Terkadang kita faham lain, kita pulak pergi sebar fahaman yang salah dekat orang, then orang tu kluarkan hukum tidak sepatutnya yang bercanggah dengan dalil, maksud dalil & konteksnya. Maka lahirlah ulamak2 instant yang batil. Na’uzubillahi min dzalik.
Sebaiknya bergurulah dengan ramai guru yang arif & ahli. Kerana kadang kadang, seorang guru yang kita anggap guru itu, sebenarnya dia tidak arif & ahli dalam sesuatu bidang. Rujuk la guru/ulamak yang arif dalam sesuatu disiplin ilmu. Wallahua’lam
– hamba Tuhan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit