Nama saya Wun. Saya nak cerita tentang penerimaan dan tolak ansur. Cerita ini bermula apabila saya mempunyai banyak tugasan untuk menemubual individu individu yang berada dalam bidang saya. Pada hari saya pergi, orang yang saya perlu temubual cuti dan tiada di pejabat. Saya terpinga-pinga dan tiba tiba saya terdengar satu perbualan antara pekerja. ” Dah si A tu yang dia nak temubual, kenapa aku pula?pandai-pandailah dia settle nanti.” Apabila dengar ayat itu, saya terkejut. Adakah ini yang akan aku hadapi nanti?
Apabila kembali ke kelas, saya mula memikirkan, saya melihat rakan-rakan saya. Kami banyak bercanggah pendapat. kami juga banyak mengutuk belakang. Antara kami juga ramai yang bergaduh dan pada aku ia sangat kebudak-budakan jika orang yang berumur 23 ke atas merajuk antara masing-masing.
Pernah sekali kami dapat tugasan berkumpulan. Apabila ingin buat perjumpaan pada pagi hari, seorang yang saya gelarkan DIDI mesej mengatakan dia demam dan tak sihat. Tetapi apabila kelas petang DIDI datang. Disebabkan saya pendiam di dalam kelas, ramai yang mengadu pada saya termasuk NANA. NANA berbisik kepada saya mengatakan dia marah kepada DIDI, kerana tidak kelihatan seperti sakit. Saya mengatakan kepada NANA, “Kau dah pegang kepala atau badan dia? Entah-entah nampak luaran ja elok, badan dia panas ke? Kita tak tahu. Dia pening kepala ke.” NANA marah mengatakan saya berpihak kepada DIDI. Saya merasakan NANA tidak adil untuk memarahi DIDI tanpa selidik atau bertanya terus adakah DIDI sakit atau tidak.
Satu lagi kes apabila tidak mempercayai masing-masing. Apabila kita kerja berkumpulan, jangan pentingkan diri sendiri dan komunikasi perlu dijaga. Sebagai contoh, disebabkan tidak mempercayai kerja orang lain, AMIN membuat kerja berkumpulan sendiri. Kemudian dia memarahi ahli kumpulan kerana tidak memberi kerjasama. Ia sangat tidak adil. AMIN tidak ada sikap penerimaan kelebihan dan kekurangan orang lain. Apa yang dia mahu adalah dirinya dan kerjanya sempurna.
Selain itu, apabila kerja berkumpulan, tiada kerjasama, bahagian kau bahagian aku. Jangan kacau bahagian orang lain dan buat bahagian masing-masing. Ini adalah fenomena tidak sihat. Disebabkan inilah terjadinya situasi di dalam organisasi yang diatas sekali. Pada saya, masing-masing perlu berbincang bagaimana mereka ingin membuat kerja jadi lebih cantik dan kemas serta penuh informasi.
Pada saya, penerimaan dan tolak ansur itu sangat penting. Walaupun kau dari latar belakang keluarga serta cara didikan yang berbeza, apabila kau berada sebagai satu kumpulan, sikap penerimaan dan tolak ansur sangat penting. Jangan mengganggap diri sendiri ketua, jangan merendahkan diri sangat. Masing-masing perlu berdiri bersama-sama dan duduk bersama-sama.
Walaupun kau diajar di dalam satu keluarga yang sangat mementingkan janji, tetapi apabila kau berkawan,bekerja jadi lebih flexible. Jangan anggap orang lain seperti kita. Orang lain tidak akan mampu menjadi seperti kita. JIka kau dibesarkan dalam keluarga yang memanjakan kau, jangan anggap orang lain juga akan menjaga hati kau. Terima perbezaan masing-masing. Itulah warna-warni dalam kehidupan kita.
Jangan mudah melatah serta teruskan hidup dengan lebih sempurna dan bahagia. Jika kita dapat menerima kekurangan dan kelebihan orang lain, pasti hidup kita akan lebih bahagia.
– Wun
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit