pertamanya, thanks to iium confession approve this post. and second, thanks to reader and various commentor yang setia dengan page ini. sesungguhnya, komen-komen anda semua sedikit sebanyak membantu sesetengah insan yang lain(termasuk aku). ok, stop bahagian intro. haha.
based on tiltle, guess semua orang dah boleh agak content confession ni, or more to sharing of some view of confessor’s points yang tak seberapa dan mungkin berterabur. BTW I’m writing this spontaneous lepas baru habis baca several topics yang menarik dan komen-komen membina. terdetik nak menulis kali pertama dengan beraninya dan dengan harapan, gain some feedbacks untuk renew my perspectives. maaf, kalau intipati message yang bakal ditulis tak menepati tajuk yang dimaklumkan.
aku, akhir dua puluhan, bekerjaya, perempuan.
bujang? ye, masih bujag. belum berteman.. itu intro untuk menjawab mana-mana persoalan dari reader yang sejenis dengan aku, yang perlukan maklumat confessor seakan membaca watak dalam novel pilihan.
tajuk? cliche? ye, sangat. tentang luahan masalah manusia yang tak pernah habis dek masa yang berjalan. dan tentang solusi dari manusia yang tak pernah berhenti dengan beribu-ribu jalan penyelesaian.
aku, punya various personality. rasanya bukan split personality. punya pemikiran yang kadang-kadang orang sekeliling boleh fikir aku sebagai over thinking, complicated. good thing? not at all. sebab bila orang bagitahu aku ni complicated for certain times, aku lagi jadi over thinking. haha. tapi tu depends on situation dan depends on person yang deal dengan aku.
various personality. itu point utama, aku nak highlightkan. cara aku deal dengan orang sekeliling berbeza mengikut rentak pemikiran orang tertentu. dan aku, pada masa yang sama, boleh ter influence dengan cara fikir seseorang yang mana pada hemat aku, seseorang itu berjaya merubah pemikiran aku dari satu sudut lain kepada sudut yang lain. dan secara tak langsung, aku seakan-akan menjadi diri seseorang yang lain pada satu masa yang berbeza dalam satu hari. hahaha. pelik? rasanya tak kot. aku rasa ada je reader kat sini yang sama style dengan aku, cuma tak jumpa depan-depan nak confess. tu pasal aku syok sendiri rasa-rasa aku tak berkeseorangan. haha. so, hopefully that’s explained kenapa aku kat sini untuk kali pertama (dan harapnya takde sambungan sebab aku bukan penulis garapan jalan cerita kehidupan yang baik). dan sebab aku confess kat sini untuk renew some perspectives yang minggu ni sangat berterabur. yang amat.
di kalangan kawan-kawan aku, aku seorang yang boleh bawak berbincang. sampai satu masa, ada yang jumpa aku personally untuk luah masalah tapi tak semua orang view aku sebagai tempat luah masalah. macam aku kata tadi, various personality dalam satu masa.
kalau ada 10 orang jumpa aku dalam satu minggu, bagitau pasal masalah. cara fikir aku terima masalah tu akan jadi 10 sudut. dan solusi yang aku bagi (sementelah berbincang dengan 10 individu tersebut) berbeza mengikut cara fikir 10 insan berkenaan. unik ke? aku rasa ni la main problem aku. which is sangat susah nak stick pada satu solusi yang orang fikir aku ni complicated. walhal, aku bagi option untuk orang sekeliling aku untuk mencuba menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik.
aku mula terfikir (kadang-kadang overthinking seminggu lamanya) yang aku ni susah nak hidup bermasayarakat dengan cara sudut fikir yang bercambah-cambah bila jumpa orang berbeza. sampai satu tahap, aku penat. aku stop fikir, asingkan diri dari orang untuk neutralkan balik pemikiran. yang mana, aktiviti asingkan diri dari kawan-kawan dan keluarga telah menimbulkan isu aku depress. haha.. walhal, tak. aku cuma cari ketenangan. bila dah okay, aku akan jadi diri aku balik dengan satu personaliti yang biasa-biasa. sehinggalah orang sekeliling jumpa aku untuk cerita masalah atau discuss some serious issues, aku dapat balik various personality dan kene recharge dengan asingkan diri. begitulah lifecycle aku sampai sekarang. complicated ke? aku rasa tak.. haha.
so, satu hari aku sit alone, fikir pasai ape aku jadi lagu ni. aku bukan orang sastera. aku orang sains. pemikiran yang agak rigid asalnya. kalau aku kata A, A la.. tak adanya aku boleh fikir jadi B,C,.. until Z yang ada arbitrary constant bagai tu. sebab aku anak sulung, yang terkenal dengan arahan lantang (guess kak long kat luar sana boleh high five dengan aku sebab kak long ni sebenarnya bukan garang tak bersebab, kami garang sebab sayang, cuma sayang tu terluah dengan kata-kata berbaur arahan.. hahaha) ok, ni personaliti aku yang pertama, kakak sulung a.k.a kak long bekeng. haha.
ok, back to point tadi.. lepas dah sit alone, fikir kenapa aku jadi lagu ni, persoalan aku terjawab bila aku imbau balik memori 2 tahun lepas. aku kenal seorang lelaki yang muda dari aku 3 tahun. aku punya perspective, lelaki muda dari aku ni tak matured. (my bad since tak semua macam tu). aku fikir lelaki muda dari aku even setahun gap adalah kebudak-budakan dan tak boleh nak bawak kawan sangat. lagi-lagi dia ni lelaki, dan aku punya style lelaki kalau bukan hal kerja atau hal belajar, tak perlu nak contact lebih-lebih (that’s explained why I’m still single even dah habis belajar). ni personaliti aku kedua yang lama, perempuan yang susah to be approach.
aku sains, dia sastera. aku jenis skema, dia jenis santai. segala sudut pandang aku tentang isu lelaki muda dari aku (dan isu-isu lain sebelum ni), berubah. hampir 80% berubah. aku punya perspektif baru yang teramat besar sebab ni kali pertama aku deal dengan lelaki yang bagi aku “lelaki dan perempuan” boleh berkawan tanpa sebarang perasaan. sejujurnya, aku sangat konservatif dengan topik hubungan lelaki dan perempuan. sebab keluarga aku. dari kecik kami dah dididik berkenaan ikhtilat, cara pergaulan dan batas-batas agama.
alhamdulillah, dari satu sudut aku bersyukur sebab dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan hal ni yang mana rata-rata punca masalah sosial yang ada sekarang sebab masing-masing tak tahu nak jaga adab pergaulan (tempat kerja, study group, etc). dan kebiasaannya, dalam family macam ni akan ada wujud jenis yang judgemental tak menentu. menghakimi sesuatu tanpa usul periksa. contoh, asal nampak je perempuan bertudung berpakaian ketat, lelaki berseluar pendek di tempat umum terus kecam depan-depan atau mengata kat belakang. dan sejujurnya, aku punya personaliti sebegitu. dulu. untuk sekarang, sudut pandang aku berubah dan pendekatan berubah mengikut kewajaran. siapa kita untuk menghakimi, bukan?
perkenalan aku dengan lelaki tadi tak lama, sebab aku memilih untuk diam dari berhubung. kenapa? sebab sampai satu masa, sudut pandang aku tentang lelaki dan perempuan boleh berkawan tanpa perasaan berubah sekali lagi, kembali kepada yang asal. pergaulan lelaki dan perempuan tanpa tujuan yang jelas dan tak ada perancangan yang Allah redha, sebaiknya elakkan. cerita aku dan dia, kawan lelaki yang pertama. tempat aku berkongsi segala pendapat dan pandangan yang aku sendiri tak pernah kongsi idea dan critical thinking aku dengan mana-mana kawan perempuan yang lain. mungkin sebab dia lelaki, sudut pemikiran berbeza dan kadang-kadang lebih simple yang tak pernah aku terjangka. ada sebab Allah hadirkan dia sekejap untuk aku berfikir dan belajar tentang kehidupan seorang perempuan dan seorang kakak kepada adik-adik lelaki. sejak dari tu, personaliti aku berubah menjadi kakak yang rasional (bukan aku yang syok sendiri tapi based on confession adik lelaki sendiri.. hahaha). kalau dulu, aku selalu jenis marah-marah kalau adik lelaki buat hal. tapi sekarang, aku punya sudut pandang berfikir tentang keadaan adik-adik sebelum decide untuk berbincang. lebih harmoni mungkin. haha.
satu lagi, aku kadang-kadang dalam tak sedar boleh jadi personaliti adik bongsu. fefeeling macam budak kecik bila berada dengan orang sekeliling yang berusia dan treat aku macam adik. automatik, cara fikir aku lebih budak-budak. ni normal ke tak ni? kalau pada masa yang sama, aku jumpa kawan yang jenis crack the jokes spontan, aku terus berubah jadi melawak masa tu. ataupun, lepas tu aku ada meeting dan handle something as ketua projek kat tempat kerja, terus personaliti aku jadi ala-ala leader bertauliah. even before tu, buat jokes tak ingat dunia dengan member (ahli meeting). guess that one is professionalism issue, right? sampai satu masa, benda yang berulang kali aku dengar dari orang sekeliling, aku jadi different person dalam satu hari. aku jadi serius, melawak, tegas, bersendiri, happy tak tentu masa dan in unexpected way.
masalah aku banyak dan aku pilih untuk fikir jalan penyelesaian sendiri daripada pelbagai sudut pandang (yang aku dapat dari cara fikir orang yang aku pernah kenal dan rapat). then, aku guna kaedah “try and error” untuk selesaikan masalah tu. dan benda yang sama berlaku bila aku bagi nasihat (more to option cara selesaikan masalah) kepada orang yang jumpa aku so, boleh imagine tak, dalam satu masalah orang tanya aku, aku bagi 2 3 4 pilihan suruh die fikir balik untuk selesaikan masalah. dan kadang-kadang aku rasa serba salah dengan cara hidup aku macam ni yang macam tak de pendirian, walhal aku cuba bagi option. bukan nak jadi dictator ke apa ke. lagi besar masalah bila aku jadi ketua, yang perlu decide sesuatu, kadang-kadang aku tinggalkan ahli meeting dengan seribu satu persoalan yang kene fikir sama-sama bila mode personality aku berubah bila punya lebih dari satu sudut fikir. kalau datang mode anak sulung, meeting tak sampai 10minit, terus dapat kata putus. tapi bila mode overthinking, seminggu meeting pun tak dapat solution. menangis tak berlagu.
btw, aku tak pernah belajar psychology course secara formal. tapi bila datang mode critical thinking, articles related to psychology aku bedal baca walhal bidang aku sains. even test psychology yang ada pun aku try. result yang aku dapat bergantung pada cara fikir aku time tu. pernah aku try test introvert, extrovert, ambivert bagai tu. tiga-tiga aku pernah dapat sebab semua answer choice yang diberi menepati apa yang pernah aku buat dan fikir.
so, jujur aku tanya, benda ni normal ke? mohon pencerahan untuk aku reflect diri dan renew perspective pasal lifecyle aku ni. aku tak nak jadi perempuan overthinking, complicated sebab aku sedar benda tu kadang-kadang menyukarkan aku untuk move forward dan kinda of a big problem to me untuk communicate dengan orang sekeliling. sampaikan ada yang confess, orang susah nak faham aku dan nak agak rentak life decision aku. lagi-lagi, aku perempuan bukan selamanya aku nak hidup bersendirian dengan pemikiran dan cara selesaikan masalah sorang-sorang. haha. dan aku bukan lalang, punya pendirian yang pelbagai mengikut kesesuaian keadaan. untuk terakhir kalinya, ini adalah benda normal dan tak salahkan?
“those who give the best advice, are usually the one who have the most problems.”
“we met people for a reason. either a blessing or a lesson”.
ok, sekian.
05:56.
22 Jamadilakhir 1438H.
– serenade minor D major E
– serenade minor D major E
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit