Antara Du’at dan Mad’u

Assalamualaikum pada yang sudi membaca tulisan ini. Tulisan ini ditulis setelah berfikir panjang akan kesan kepada penulis dan penerimaan pembaca terhadap tulisan ini.

Dengan namaNya yang maha pengasih, tulisan ini perlu dibaca dengan tenang dan fikiran terbuka. Tidak untuk menjatuhkan, cuma satu ekspresi dari pemikiran, pemerhatian dan pengalaman sendiri.

Tulisan ini tentang institusi bulatan gembira. Bukan tentang tujuan dan matlamat bulatan gembira, tetapi tentang bagaimana approach yg diguna abang naqib dan kakak naqibah dalam mendekati anak2 usrah mereka.

Ini pengalaman penulis yang pernah bersama2 dalam gerabak DnT dan bulatan gembira. Sy cuma orang biasa yg dilahirkan dalam keluarga biasa2. Maksudnya tidak dilahirkan dalam keluarga yg sangat tinggi ajaran agama. Tapi Alhamdulillah, solat, puasa, alquran, aurat masih tegas dijaga oleh orang tua.

Alhamdulillah juga, jiwa remaja sy Allah lorongkan untuk mencari sesuatu yang dapat meningkatkan dan menguatkan kebergantungan sy pada Allah. Lebih lg bila sy dapat tawaran menyambung pengajian di sebuah univesiti awam yang terletak di Malaysia Timur. Jauh dari keluarga di selatan tanah air.

Dalam minggu suai mesra di universiti, Allah temukan sy dengan seorang kakak baik yang membawa sy menyertai bulatan gembiranya. Mungkin kerana sy bertudung bidang 60, maka kakak tu ada ‘courage’ untuk approach sy masa tu.

Tidak sy nafikan, gerabak ini sangat membahagiakan pada jiwa2 yang kerinduan. Rindu pada keluarga, rindu pada sebuah ketenangan. Kenapa? Sebab para naqibah, kakak2 dan adik2 yang bersama dalam gerabak ini akan menjadi support system yg kuat. Hati yang sedang galau menjadi tenang dengan perkongsian2 dari para ahli, dari mutabaah amal yang sempurna dan pelbagai pengisian yang meningkatkan iman.

Benar juga, gerabak ini benar2 untuk jiwa yang kuat. Bukan untuk jiwa yang lembik dan manja. Itu yg sering diulang2 dalam setiap program yang sy sertai dalam gerabak ini. Dalam jemaah yg sy sertai.

Betullah, para naqibah juga student mcm sy. Bnyak juga tugasan dan program dalam kursus yg mereka ambil. Ya, sy faham. Sebab tu, sy minta mereka faham yg sy sdg belajar adjust masa.

Betul, sy tahu setiap jemaah, apa sahaja namanya, punya matlamat yang sama untuk membentuk seorah muslim yg musleh. Keyakinan dan kesetiaan pada jemaah kita itu penting. Maka sebab itu, sy pernah dimarah sebab sertai program ilmiah anjuran jemaah lain.

Dalam bulatan gembira, sy tenang malah sentiasa tersenyum mendengar bacaan2 indah ayat alquran dari ahli bulatan gembira sy. Tapi sy malu sbb bacaan sy tidak selancar org lain. Sy tak pernah dpt masa berdua dgn naqibah sy untuk sy cerita hal ini sebelum sertai gerabak ini. Dan setiap kali ada daurah atau mabit, ada beberapa pasang mata yang sentiasa membaca surat2 cinta dr Allah ini, akan melirik2 memandang kami yang belum sebaik mereka. Hakikatnya, mungkin ini cuma perasaan kami.

Para naqibah, mohon fahami bahawa sangat ramai adik2 yg baru sertai gerabak ini, mereka sebenarnya sgt merendah diri. Terlalu banyak yang perlu mereka belajar, terlalu banyak yang mereka perlu kejar. Lebih2 lagi kalau adik2 ni datangnya dari keluarga biasa2. Yang bukan dari sekolah agama. Yang baru merangkak2 belajar mengaji.

Para naqibah, cuba fahami adik2 baru ini. Ya, betul gerabak ini kadang bergerak dengan keterpaksaan. Tapi adik2 ni perlukan masa. Beri mereka peluang untuk bernafas dalam fasa awal bulatan gembira ini. Jangan terlalu menekan, jangan terlalu mendesak. Penerimaan seseorang berbeza, maka approach untuk mereka juga berbeza.

Ikan dan burung, dua2 perlukan makanan. Tapi kita xboleh suruh ikan terbang dan burung berenang untuk cari makan kan?

Adik2 baru ni kadang perlu masa berdua dgn kakak naqibahnya. Dalam suasana yang mereka rasa selesa. Beri mereka ruang untuk belajar urus masa. Dan untuk adik2 baru ni, kuatkan hati dik. Bukan semua orang Allah pilih untuk berada dalam gerabak ini, atas jalan ini. Allah menjemput dan menanti dengan kasih sayang.

Sy minta maaf andai tulisan ini mengganggu.

– Nina Halida

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit