Pengurusan Kewangan dan Risiko

Assalamualaikum

Bismillah

Saya telah membaca 2 pengakuan (confession) berkenaan pinjaman kad kredit dan hutang.

Oleh demikian saya rasa perlu untuk berkongsi ilmu agar dapat membantu saudara/saudari menguruskan kewangan & risiko dengan lebih berkesan.

Terima kasih kepada ahli IIUM Confession kerana menyiarkan penulisan ini

Moga Allah Ta’ala memberi ganjaran atas perkongsian yang sederhana di bawah.

Ok kita mulakan dengan…

1) Memasang niat yang sebenar

Sebelum kita masuk bab teknikal, saya meminta saudara/saudari ambil ilmu ini bukan niat untuk kaya-raya dan bermewahan nanti. Tapi bila ada ilmu ni bila diberikan rezeki kelapangan, sudi menolong orang memerlukan.

We need caring society not showing-off ya.

2) Menuntut & melabur dalam ilmu

Seperti wahyu pertama diturunkan berkenaan iqra’ (baca) begitu juga bab pengurusan kewangan dan risiko. Sila banyakkan pembacaan ya.

Cth :
– Bacaan ringan ; Buku Robert T. Kiyosaki ie Cashflow Quadrant.

– Bacaan sederhana ; Starbiz di dalam surat khabar The STAR (hanya RM1.50 utk hari sabtu punya artikel)

– Bacaan berat ; Security Analysis oleh Benjamin Graham. Guru kepada Warren Buffet orang terkaya ke-2 dunia (Forbes Feb 2017)

My favourite quote from those prominent investor.

“The best investment is to invest yourself” – Warren Buffett (Berkshire Heathaway co)

“Risk can be eliminated by knowledge” or
“Invest in what you know” – Peter Lynch (Fidelity Fund)(Magellan Fund).

Selain itu, kalau susah mencari masa untuk membaca dipersilakan mengikuti media sosial ahli perniagaan atau pakar kewangan.

Mohon pilih yang memberi ilmu/pendidikan. Bukan sekadar hype atau motivasi kosong ya.

Jutawan kosmetik suka bagi hype motivasi, tapi dari segi teknikal

ie pengurusan syarikat, SOP, budaya korporat jarang diketengahkan. Bagi motivasi sekadar untuk dapat ‘like’ marketing.

Tapi tak salah ya nak ikut mereka. Masing2 punya pilihan ya.

Untuk bab pendidikan boleh ikuti Tuan Zaidi Ismail, Puan Ainon dan seumpamanya.

*Nota sampingan.
– Tidak pernah terlambat untuk menuntut ilmu ya, saya mula minat membaca pengurusan kewangan sejak umur 14 tahun, mulakan sekarang!

Prioritise now! No procastination!

– Sesiapa yang membeli buku boleh simpan resit dan guna untuk pengurangan cukai ya. For deduction in arriving Chargeable Income.

3) Meluaskan jaringan atau lingkup persahabatan

Bila bersahabat, jangan hanya bersahabat dengan orang yang punya minat atau bidang sama dengan kita sahaja.

Bersahabat dengan pelbagai orang yang punya latar belakang berbeza. Doktor, jurutera, peguam, akauntan, pegawai percukaian, ahli perbankan dan ramai lagi.

Senang nak bertanya jika punya masalah. Janganlah lokek membelanja mereka. Ilmu mereka amat mahal sebenarnya dibanding air kopi dibelanja.

4) Mengaplikasi ilmu & jaringan persahabatan

Ni teknik dipanggil ‘connecting the dots’atau ‘leverage’.

Cth. Menggunakan kemahiran jaringan persahabatan
A ahli kulinari
B doktor
C jurutera

A ingin menjalankan bisnes roti & kek. Tali belum punya duit untuk penghasilan besar besaran. B & C boleh membeli perkakasan diperlukan oleh A dan memasarkan hasil A kepada rakan sekerja mereka.

Its all about leveraging each other resources, expertise and connection.

Dari segi kewangan, A tidak terbeban dengan hutang. Dari segi risiko, jikalau A sudah tidak mahu menjalankan perniagaan

B & C boleh menyewakan perkakas dan alatan kepada pengusaha lain. Situasi menang sama menang kan.

5) Mencongak kewangan dan risiko

Penting dalam apa jua transaksi, tidak kira memulakan perniagaan atau beli kereta kita lontarkan persoalan2 berikut

– Apakah manfaat dari segi ekonomi.?

Kalau beli Honda Accord atau Myvi mana lagi menguntungkan. Kalau berkeluarga anak seorang dan berpendapatan bawah RM5k buat apa kereta mahal2?

Nak merana dengan hutang dengan menunjuk bermewahan dipersilakan. Tak paksa ya. Dari segi keselamatan saya pasti Myvi atau Proton kereta tempatan pon apa kurangnya.

– Apakah matlamat jangka panjang dengan transaksi ini?

Kalau kita nak mencapai taraf hidup selesa tapi yang difikirkan gaya hidup jutawan sebelum menjadi jutawan..masalah besar bakal menimpa.

Elakkan terburu2 membuat keputusan. Tenang gitu.

6) Gaya hidup sederhana

Maksud gaya hidup sederhana adalah hidup di bawah kemampuan kewangan ya.

Walaupun saya dan sahabat2 saya berpendapatan atas 5k pada usia muda..kami hanya guna naik motor atau kereta tempatan sahaja ke kerja.

Saya faham lelaki rasa tercabar nak menunjukkan kemampuan dia. Tapi bersedia ke lelaki nak menanggung gadis cantik hantaran 20k? Dapat pula yang tayang kecantikan, lelaki lain puji2.

Carilah wanita yang cerdas minda dan realistik dengan kehidupan. Tenang gitu hidup.

Dengan gaya hidup sederhana, kita tahan kehendak sekarang dan menjamin keselesaan masa depan kita.

Selain itu kita dapat menapis jaringan persahabatan kita dari golongan pendengki, ambil kesempatan, cukur duit dan penipu. Mereka tak tertarik dengan orang sempoi…jenis nak kawan yang swag jer tu.

Kebahagiaan itu ada dalam kesederhanaan.

7) Bersedia untuk kerja kuat secara bijaksana

Laburkan masa untuk kerja kuat dalam masa sepuluh tahun.

Letakkan objektif senang dicapai dalam 1 tahun(short), 5 tahun(medium) dan 10 tahun(long).

Walaupun anda dalam zon selesa (ie kerja gomen gaji stabil etc) jangan lepaskan sebarang peluang meningkatkan pendapatan dan taraf hidup. Jika anda lepaskan peluang tersebut itu kos peluang (Opportunity cost). Rugiiiii!.

Bukan dengan main kutu atau masuk skim MLM merapu ya. Sila rujuk point 4).

Khusus untuk lelaki, kerja kuat lah, bila kena rejek takderlah kecewa sangat sampai buat confession bila tengok akaun bank, kereta dan rumah.

Jangan pikat pakai duit ya. Bersederhana lah.

Kepada wanita, jangan jugak cari lelaki bak biawak hidup (malas kerja). Saya ada sahabat wanita punya kerjaya mantap, rumah dan kereta ada dah. Kalau laki xnak xper..bahagia jugak bila single & selesa ni. Siap boleh tolong mak ayah macam2 lagi..bessst.

Kepada saudara/saudari yang rasa ketinggalan, rasa gaji kecil, dari keluarga susah. Saya pun pernah kerja dari budak kelindan semasa belasan tahun, kerja warung semasa pengajian tinggi..jangan jadikan alasan atau halangan.

Allah maha Adil dan Pemurah (Al A’dl & Ar Rahmaan). Bawak ber Sabar dan Syukur.

Oklah..panjang sangat karangan ni.
Kesimpulannya dah ada kelapangan rezeki jangan lupa mak ayah, adik beradik sedara mara. Kalau rasa sakit hati tu jgn ambil hati sangat.

Kalu masuk dunia kerja lagi ramai menangis dlm tandas lepas kener maki. Kita sebagai lelaki dalam dunia kerja kena steady tau.

Ok lah..harap bermanfaat.

Alhamdulillah

Salam a’laik

– Abdullah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit