Beratnya Solat

Waktu sekolah rendah dan sekolah menengah, aku hanya nampak diri aku sahaja yang solat kadang jaga tak jaga. Solat laju, seminit wuduk. Solat dua minit tak kira apa waktu. Itu pun banyak lubang. Tak fikir apa sangat pasal solat. Kepentingan apa tah lagi dan tak peduli orang. Tak perasan orang lain solat atau tak. Atau mungkin sekadar yang aku nampak orang keliling aku solat pada certain waktu, maka aku assume solat-solat wajib yang lain juga mereka jaga dan tunaikan.

Sampai masuk Uni, mungkin kesedaran baru ada. Aku mula slowly jaga solat, walaupun ada lubang. Tapi x sebanyak dulu. Solat (kadang) jadi rutin. Seboleh dan semahunya aku mahu jaga lebih baik dari sebelumnya.

Satu masa, aku bergaduh besar dengan adik aku pasal solat. Aku suruh dia solat. Dia buat bodoh je. Aku tak puas hati. Selagi dia tak bangun. Aku xakan berganjak. Hati kakak mana yang sanggup lihat seorang adik jauh dari PenciptaNya. Dari siDia yang kasih dan sayangNya lebih dari seorang ibu. Sampai adik aku menjerit cakap taknak solat. Sampai menangis-nangis xnak solat. Hati seorang kakak mana yang tak luluh. Padahal suruh solat sahaja. Dulu bila mak suruh solat. Aku bangun dan solat dalam malas tak malas, dalam malu kalau x solat. Dalam ikhlas tak ikhlas.

Sejak dari saat itu, aku punya kecewa Tuhan sahaja yang tahu. Berbelah bahagi rasa. Cara aku tegur ke yang buat dia tak mahu solat, buat dia jauh dari tuhan. I admit muka cara teguran ada yang tak kena, tapi you gais tell me what a better way to calm a heart yang tersentak bila tengok adiknya tak mahu solat secara terang terangan. Dosa aku yang dulu ke terkena kesan nya pada dia. Since that, solat ku. Hanya solat ku. Solatnya, entah kemana-mana. Kami satu keluarga solat depan dia, tapi dia masih begitu. Aku dah tak tegur sebab aku takot kalau aku tegur nanti aku emosi. Menangis budak tu kang. Aku yang serba salah nanti. Saia taa kuadd.

Bila sudah bekerja. Aku nampak ramai kelilingku tak solat. Bila meeting, its a normal thing untuk satu meeting room beragama islam tinggal solat macam itu sahaja, kadang-kadang termasuk juga aku. Bila ada majlis company, lagi nampak muka muka tak jaga solat. Lagi- lagi lelaki. Usually company cina event mesti start waktu maghrib.

At the end. Aku husnozon kan sahaja yang mungkin di waktu lain, diorang qada kan solat, jamak kan solat. Dan barangkali solat aku yang cuba aku jaga ini, belum tentu diterima Allah dari solat mereka yang dalam lima waktu, satu dua waktu itu mereka tunaikan.

Bertuah pada mereka yang keluarganya jemaah solat bersama, pergi masjid bersama. Bertuah pada mereka yang kelilingnya alim ulama, kelilingnya ustaz ustazah. Bertuah sungguh pada mereka yang kelilingnya insan-insan yang memelihara solat.

Kadang boleh menangis dalam doa. Menangis tengok diri sendiri dan orang lain. Menangis pasal solat, belum lagi masuk solat dosa yang lain. Kenapa kami tak sekuat mereka.. betapa lemahnya kami..

selalu aku doa pada Tuhan untuk teguhkan hati kami. Untuk bantu kami agar kami dan keturunan kami dikalangan hambaNya yang tetap mendirikan solat. Amin

Beratnya solat untul dijaga tapi beratnya juga adalah penyelamat kita di sana.

– Lemah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit