Assalammualaikum warga IIUM, harap semua sihat dan bahagia dengan rutin hidup masing-masing..
Penyakit hati, masalah ni kian melarat dslam masyarakat kita, perasan atau tidak? Masyarakat semakin suka menjaga tepi kain orang lain berbanding tepi kain sendiri.. masyarakat suka mempertikai keputusan hidup orang lain tetapi tak suka pulak bila keputusan dia kita pertikaikan…
Aku perhati sekeliling aku, dan cuba anda perhati sekeliling anda,
situasi satu : bila ada seorang kawan/kenalan beli kereta import baru, kawan sorang ni pulak ada rumah sendiri tapi kereta tempatan,perli kawan yang beli kereta import sampai dah jadi lagu dah skrg ni “kalau beli kereta mewah tapi duduk rumah sewa amboi! Amboi!…”
Hello? Apa masalahnya pon kalau beli kereta import dan duduk rumah sewa? Jatuh dosa ke? Apa kamu kena bagi dia tumpang ke kalau nanti dia tak ada rumah nak duduk? Takkan? Itukan pilihan dia,kepuasan dia, yang kamu sibuk pertikai kenapa?
Kamu yang cakap tu mentang mentang dah dapat beli rumah hutang 30 tahun kamu perlekeh kawan yang beli kereta import hutang 7 tahun. Kenapa ek? Kamu tolong bayar kereta import dia ke yang kamu jaki sangat?? Takkan?
Kamu mungkin tak pernah terfikir mungkin itu impian dan cita cita dia dari kecik nak memiliki kereta import dan impian itu mendorong dia utk semangat mengejar cita cita..
dan kamu juga mungkin tak tahu betapa dia berusaha mencari jalan untuk membeli rumah sendiri.. so apa yang kamu tahu? Ke sebenarnya kamu ni dengki? Dengki tengok kawan keluar pergi reunion bawak kereta import besar tapi kamu hanya mampu bawak kereta tempatan omel (rumah kebanggaan tak leh nak bawak merata tayang kat orang kan, nak wat cmne.. huhu)…
haa sentap la tu baca.. aik pandai pulak kamu sentap?? (Nyanyi balik! “Amboii… amboii…” )
Situasi dua : kawan suka travel sana sini sebab belum ada anak, nak mengisi kesunyian di hati, share la banyak gambar kat ig.. happy dah ni hati berbunga bunga, kawan lain ni pulak anak berderet, tiap tiap tahun beranak, alhamdulillah rezeki kan apa nak dikata, tapi yang tak sedapnya diperli pulak kawan kaki travel ni asyik berjalan aje ke sana ke sini, “tak g bawak berubat ke? Nanti dah tua sapa nak jaga kamu? Nanti kamu dah tua anak kecik kecik lagi, tak takut ke?”
Hello? Ape masalahnya pon kalau dia belum ada anak? Dah Allah belum nak bagi dan Allah nak bagi dorang honeymoon yang kamu dengki kenapa?
Ke sebenarnya kamu cemburu sebab kerja kamu tiap tiap hari tak habis2 sibuk uruskan anak, basuh berak anak, pam susu siang malam tapi dia bahagia travel ke sana sini? Cemburu ke?
Kamu pernah tahu ke betapa dia berusaha berubat makan supliment macam macam untuk mengandung?
Kamu tahu ke setiap malam dia menangis laki bini mengenangkan ujian yang Allah berikan dan mereka saling menenangkan hati masing masing yang terpaksa menelan kata kata menyakitkan dari orang anak ramai seperti kamu? Hati jenis apa ya kamu ni?
Situasi tiga : kawan ni kaki shooping barang rumah. Suka deco, Setiap hari upload gmbar sudut sudut cantik kat umah dengan barang baru. Dia bahagia.. dia happy nak share kat orang..kot kot la boleh jadi inspirasi pada orang lain..
tapi kawan yang satu ni pulak sakit mata tengok.. sebab dia tak pandai hias rumah, dia pandai bergaya body je, mengata pulak kawan suka deco ni asyik tunjuk rumah je macam rumah dia sorang yang cantik. Membazir duit je beli deco itu ini.. Bergaya berfesyen dah la tak pandai….
Hello? Apa masalahnya pon kalau dia punya minat suka hias rumah? Beli barang rumah? Kamu ke yang kena bayar sume barang deco dia tu? Kamu ke yang kena bersusah payah g COD shopper barang deco kawan kamu tu? Takkan?
Ke kamu dengki rumah dia cantik tak macam rumah kamu? Berjalan bergaya bukan main tapi rumah tak terurus macam baru lepas ribut? Amboi.. amboi..
Situasi empat : kawan baru lepas bersalin operate, beberapa bulan kemudian kawan sorang g nak bersalin.. ada sorang kawan ni empat empat anak bersalin normal. Alhamdulillah kan rezeki dipermudahkan.
Tapi yang jadi tak sedapnya ‘kawan normal’ g cakap dengan kawan yang nak bersalin ni ” eh kau nnti nak bersalin kalau boleh usaha bersalin normal macam aku, nanti boleh dapat anak ramai..jangan operate, nanti pantang susah jaga”, aduhai terasa hati si kawan yang bersalin operate ni..
Hello? Ape masalahnya ek kalau dia bersalin operate? Ape kamu ingat dia nak ke jadi camtu? Anak hampir lemas, anak dah termakan najis, apa kamu ingat mereka mintak ke bersalin belah perut camtu? Manusia manusia… hati apalah kamu ni…
Situasi lima : kawan ni pakai kereta lama, dia suka simpan duit, dia berjimat orangnya, dia bahagia dengan caranya.. sekali datang sorang kawan tegur ” eh ko bila nak tukar kereta?aku tengok dah teruk sangat kereta ko tu, tukar la jgn kedekut duit tak bawak mati”
Hello? Apa masalahnya kalau dia nak pakai kereta lama pon? Maintainence dia tiap2 bulan beribu pon ada mintak duit kamu ke?
Ke kamu cemburu bila tau baki akaun bank dia boleh bayar setahun duit bulanan kereta baru kamu? Apa masalah ek dengan hati kamu ni? Amboi… amboi..
Situasi enam : kawan ni pendiam, jarang berbual dengan orang, nak mengadu domba, mengumpat jauh sekali, tapi kalau orang pandai mulakan cerita rancak juga dia berbual.. itulah dia .. dia bahagia dengan caranya…
Ada manusia lain pulak jaki betul dengan dia ni, katanya sombong, tak campur orang, bajet bagus, lepas tu menjaja cerita kat orang lain padahal dia ni tak pernah pon kacau orang,
hello? Apa masalah hati kamu ni ek? Kawan ni ada hurang dengan kamu ke? Atau kawan ni ada keluarkan kata kata yg menyakitkan hati kamu ke sampai kamu jaki sangat dengan dia ni?
Mentang mentanglah dia jenis dia, tak suka membalas keburukan orang pada dia, kamu ambil kesempatan yer? Kamu burukkan dia, macam lah kamu maksum tak ada dosa?? Ya Allah bila nak bertaubat yer?
Sebenarnya banyak lagi situasi yang sarat berlaku disekeliling kita sekarang ni. Penyakit hati yang kronik.. inilah… suke menentukan kehidupan orang lain.suka mempertikai keputusan hidup orang lama macam la hidupnya dah sempurna dan betul sangat..
nasihat aku, cukup cukuplah jadi jenis jenis mulut puaka, tak de istilah orang mulut jahat hati baik pon kat dunia ni. kalau hati dia baik dia xkan keluarkan kata kata yang menyakitkan dan menghina orang lain.. bawak bawak la berubah ye manusia.. belajar la menghormati hak peribadi orang lain dan belajar la bahagia apabila melihat orang lain bahagia dengan cara masing masing…
sebenarnya peringatan buat diri sendiri juga.. akhir kata tepuk dada tanya lah selera yer…
– Wani (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit