Assalamualaikum dan salam sejahtera. Thanks admin andai kata confession ni dipublish. Okay la sebab aku ni memang tak pandai sangat nak buat ayat berjela-jela sampai ada episod 1,2,3. So aku just straight to the pointlah.
Nama aku Asmaradana (bukan nama sebenar). Aku bekerja di hospital. Hospital mana aku tak nak bagi tau. Mak aku pesan jangan cerita hal peribadi kita kat orang. Bahaya katanya.
Okay berbalik kepada tajuk aku ni sakit otak. Kenapa aku cakap sakit otak? Sebab aku sakit otak dengan rakyat malaysia ni. Sampai sekarang aku still tak faham kat mana silapnya. Pendidikan? Agama? Sivik? Matematik? Entahlah.
Since aku kerja hospital, so aku nak cerita pasal hospital. Dulu aku kerja dekat hospital besar. Serius busy, busy nak mampus sampai kadang-kadang nak makan pun tak sempat. Dan aku bukan doktor. Kalau setakat doktor nak makan tak sempat biasalah tu. Siapa suruh jadi doktor kan da mendapat. So aku ingat bukan kerja doktor boleh la relax-relax. Aku silap. Rupanya sama je teruknya. Aku staf sokongan je. Gaji alahai…boleh kata cukup-cukup bila hidup dekat bandar besar ni. Kerja dah teruk, gaji cukup-cukup nak bagi anak bini makan lagi. Mak ayah kat kampung pun nak makan. Demi rezeki aku ikhlaskan hati berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Tetapi…jeng3…rakyat Malaysia tak pernah nak hargai aku. Kenapa aku cakap tak hargai? Yelah kami ni manusia biasa. Kami bukan robot okay. Kenapa aku cakap bukan robot? Sebab rakyat Malaysia ni tak reti menyabor datang hospital bayar RM1. Bukan RM1 y aku nak cerita. Aku nak cakap kami kerja dari pagi sampai petang, kadang-kadang sampai malam. Pergi kerja gelap, balik pun gelap. Esok pagi-pagi kerja lagi. Korang ingat best ke hidup macam tu? Bukan aku tak bersyukur. Cuma aku minta sangat dekat rakyat Malaysia, tolonglah hargai kami. Servis lambat sikit mengamuk sakan sampai maki-maki. Muka tak senyum pun kena maki. Aku kerja dari pagi sampai petang mengadap macam-macam jenis orang. Ada yang faham bahasa, ada yang tak faham bahasa. Ada yang tak pandai malay n english pun ada. Kau rasa macam mana aku nak explain kat dia? Letih tau tak letih. Kau rasa aku ada masa untuk sakit kepala? Ehh…untuk senyum?
Kenapa pergi hospital orang cakap misi garang? (Eh aku bukan misi tau) sebabnya berpunca dari kau lah. Kau tu pesakit lah. Datang hospital sakit sikit-sikit setakat luka kena pisau pergi jelah farmasi beli plaster. Setel masalah. Yang kau gigih pergi kecemasan minta cek darah minta itu minta ini, lepas tu lambat sikit mengamuk sakan padahal baru duduk 5 minit. Kerusi pun tak sempat panas. Orang-orang macam kau ni lah yang buat hospital busy. Sampaikan kes-kes yang urgent kami terlepas pandang. Salah kami lagi. Manalah kami tak sakit otak…haihh..
Lagi aku nak cerita salah guna ambulans.
Soalannya macamni. Abu ada seorang anak lelaki yang sangat comel dan lincah. Pada suatu hari anak Abu bermain lompat-lompat di atas sofa lorenzo kesayangan ibunya, tiba-tiba anaknya jatuh dan kelihatan pergelangan tangan anaknya bengkok atau lebam. Apakah tindakan Abu selanjutnya?
A. Pergi kedai mamak order nan cheese
B. Buat-buat tak nampak dan sambung main sudoku
C. Call ambulans cakap anak sakit tenat
D. Ambil kunci kereta dan bawa anaknya ke hospital berdekatan
Korang tak payah jawab k. Sebab Abu seorang bapa yang bijak dan prihatin. So dia dah tau apa yang dia patut buat. Korang tak payah nak msuk campur urusan Abu dan famly dia. Jadilah seperti Abu. Jangan jadi macam Ali. Bapa Ali ada appointment dekat klinik pakar. Sepatutnya Ali yang hantar bapa dia haritu. So sebab Ali ade meeting dengan Dato’ J pasal projek ikan bilis dia tak boleh nak hantar bapanya, Ali telefon ambulans bagitahu bapa dia sakit tenat. Bila ambulans sampai, bapa ali tersenyum bangga dengan anaknya kerana walaupun sibuk masih mampu menjalankan tanggungjawab sebagai anak. “Abah bangga dengan anak abah”. Sweetkan kisah Ali.
K lah Aku rasa macam tak banyak sangat pun aku cakap. Lenguh pulak jari jemari runcing aku ni. Rase nak call ambulans sampai hospital minta doktor xray. Bijakkan aku? Untung-untung dapat MC seminggu. Kalau tak dapat siap doktor tu aku viral kat FB. Lepas dah cek doktor bagi appoinment untuk follow up jari comel aku ni hari rabu. Oleh sebab rabu aku busy awek ajak tengok wayang. So aku malaslah nak datang appointment. Hari khamis tu aku datanglah klinik, kalau diorang tak bagi aku jumpa doktor aku nak mengamuk. Dah alang-alang aku datang khamis tu. Cek jelah bukan susah sangat pun. Karang aku call ambulans suruh ambik kat rumah baru korang tau…huhh!!
Okay setakat ni dulu kot luahan hati suci murni aku. Aku harap apa yang aku cakap ni tidak menyinggung mana-mana individu yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Aku cakap ni sekadar luahan hati dan sikit teguran dari insan yang lemah. Lemahnya hati aku sampai aku menyampah, menyampah dengan golongan yang diatas. Sampai satu tahap aku tak ikhlas dengan apa yang aku buat. Pernah aku doa golongan-golongan diatas bila waktu dia betul-betul perlukan kami, kami terlepas pandang sebab busy nak setel golongan-golongan macam kau. Kan aku cakap aku lemah.
Andai confession aku ni susah nak faham sebab faktor susunan bahasa atau salahguna kata ganti diri. Sorrylah weh. Aku bukan pandai sangat nak susun ayat panjang berjela-jela. Kalau aku pandai menulis baik aku tulis novel dari kerja makan gaji makan hati…haha.
– Asmaradana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit