Salam.
Aku terdorong nak tulis benda ni selepas isu matrik kad tak berpenghujung dan juga isu pak gad banyak buat road block.
Aku tak pasti korang perasan ke tak. Selepas peraturan UIA ni diperketatkan, dah tak banyak kes flasher. Malah almost tak kedengaran dah kes tu. Kes hilang-hilang motor dan kereta pun berkurang. Walaupun masih ada. Tapi, masalah lain pula. Ada kes hilang sticker kereta.
Gaya budak UIA ni kritik security, ibaratnya seperti mereka ni memang langsung tidak membantu dalam mempertingkatkan keselamatan. Tak de penghargaan langsung.
Pasal matrik kad. Sudah la tu nak kecoh. Pakai jela. Kau tak nak pakai, kau kena saman, mohon kau diam. Dah buat salah masih nak kecoh. Tak malu eh?
Kalau kau kena tahan sebab kau wrong way (motorcycle biasanya), kau redha jela. Kau memang buat salah. Malah kau OFFICIALLY ambil hak pejalan kaki kat tempat kau wrong way. Dah salah, terima jela kesalahan tu.
Sebab kau nak jimat kau wrong way. Dah 38 kali kau wrong way (kau dapat jimat minyak) sekali kau kena saman 50 ringgit. Redha jela. Anggap jela itu bukan luck kau untuk berjimat.
Nak jimat tapi ambil hak pejalan kaki. Kau fikir la sendiri. Aku kadang terfikir. Kalau kawan-kawan yang pakai wheelchair tu tengah guna laluan tu, ada motor nak lalu. Mesti wheelchair tu kena ke tepi. Kau tak rasa kau kejam ke?
Last. Bila mana pak gad buat road block. Nak buat hebahan. (Budaya selamatkan satu sama lain) aku tak de masalah dengan benda ni. Cuma, boleh tak kau buat hebahan tu dengan ayat yang neutral sahaja? Tak payah nak guna ayat “guys, pak gad cari makan kat laluan econs” atau “guys pak gad cari mangsa kat library” or etc.
Bila kat maingate pun sama. Bila check, kau bising. Bila tak check pun kau bising. Kata dia tercegat je kat situ. Biadab betul masing-masing mulut. Dah tahu pukul 12 curfew, follow jela. If ada reasons yang masuk akal, pak gad tu tak kejam pun. Cakap la baik-baik.
Diorang ni pun, tak suka nak saman kita. Diorang tahu kita ni miskin. Sebab student. Diorang cuma jalankan kerja diorang. Please la. Beradap sikit. Bila kau susah, kunci hilang, kereta hilang, bilik tak boleh buka, manusia ni semua juga yang kau cari minta tolong.
Grow up please people.
– Payung Merah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit