Saya merupakan seorang pekerja wanita di sebuah convenience store di Kerinchi. Dah hampir 9 bulan saya bekerja di sini. Umur saya 33 tahun dan masih bujang dan masih belajar di salah sebuah IPTA di ibu negara. Saya mahu bercerita tentang seorang favorite customer saya.
Ada seorang pelanggan tetap di kedai serbaneka ini. Lelaki. Tak banyak karenah orangnya. Perawakannya tenang sahaja. Kurus. Tinggi sekitar 153cm. Warna kulitnya sawo matang. Pertama kali saya lihat dia masuk ke kedai dalam fikiran saya terlintas “Muka dia macam orang baru bangun tidur.” Tempat kerjanya berhampiran dengan kedai tersebut. Namun saya tidak pasti di mana.
Saya tak tahu berapakah umurnya. Namun, daripada wajahnya saya meneka umurnya mungkin masih sekitar 20an.
Setiap kali masuk ke kedai, tiada lain yang dia beli kecuali sebotol air mineral kecil. Sehari kadang-kadang dua kali dia masuk kedai untuk beli air mineral. Tak pernah dia beli air Nescafe, Dutch Lady, Coca-Cola, Tea Lipton atau air manis yang lain. Cuma air mineral sahaja. Ada juga dia beli makanan lain seperti coklat Cadbury. Tapi jarang sekali. Apatah lagi makanan-makanan junk food seperti gula-gula, keropok. sosej, bihun atau nasi lemak. Dia juga tak pernah beli rokok seperti kebanyakan regular customer lelaki yang lain. Tapi, saya tak pasti adakah dia jenis merokok atau tidak. Namun saya membuat andaian, dia tidak merokok kerana dia tak pernah beli rokok sepanjang hampir 9 bulan saya bekerja di sini.
Setiap kali dia masuk kedai, kadang-kadang saya tak perasankan kehadirannya lantaran kehadirannya yang “senyap.” Tahu-tahu sudah berada di kaunter untuk buat bayaran. Tak seperti kebanyak pelanggan lain yang kehadiran mereka saya boleh sedari kerana pelanggan lain selalunya akan lihat-lihat banyak barang makanan lain sebelum buat bayaran. Tapi berbeza dengan favorite customer saya ni. Dia masuk kedai dia sudah tahu apa yang dia mahukan. Terus ambil dan buat bayaran. Selalu yang dia ambil cumalah air mineral kecil.
Setiap kali dia masuk kedai, dia selalu seorang diri. Tak pernah berteman. Kadang-kadang saya fikir dia ini mysterious sangat kerana dia tak pernah datang ke kedai dengan kawan pejabatnya. Dan dia tak pernah bercakap. Tapi, walaupun dia tak pernah bercakap, dia tak lokek dengan senyuman terhadap saya. Wajahnya tak pernah “control macho.” Wajahnya akan sentiasa manis kalau dia melihat wajah saya untuk membuat bayaran. Bila bertentang mata dengannya, perasaan saya jadi tak keruan kerana berasa malu. Sebab itu selalunya bila dia mahu bayar di kaunter, saya lebih suka pilih tak melihat padanya. Sebab bila melihat terus ke matanya, perasaan saya tak keruan dibuatnya.
Kadang-kadang saya fikir adakah dia sakit kerana tubuhnya sangat kurus dan dia nampak sedikit lemah.
Pernah saya berfikir dia sukakanya saya. Tapi, satu hari waktu saya mahu ke surau untuk solat, saya bertembung dengannya di sisi jalan. Dia nampak saya dan saya nampak dia. Tapi, dia buat tak endah. Bila saya pusing ke belakang saya lihat dia tapi dia tak pusing kepala melihat saya pun. Terus perasaan bahawa dia sukakan saya pun terpadam. Tak apalah. Saya tak apa-apa.
Sejak minggu ini hati saya ada sedikit bercambah perasaan suka terhadapnya. Tak tahu kenapa. Jadi saya pun menulis di IIUM Confession ini kerana saya fikir mungkin rezeki saya di kedai itu sudah tak berpanjangan lagi. Kerana kelmarin saya telah bergaduh dengan seorang pelanggan kerana dia mengatakan saya bodoh kerana saya telah salah pendengaran memahami soalan pelanggan itu. Pelanggan itu katanya mahu buat aduan kepada HQ. Membuatkan saya mungkin akan berdepan tindakan tatatertib seperti dibuang kerja atau ditransfer ke branch lain (sekiranya benar customer itu membuat aduan di HQ). Kalau hal ini berlaku, saya tak dapat lagi melihat “favorite customer” saya ini.
Siapapun “favorite customer” saya ini, saya mendoakan semoga Allah s.wt selalu menjaganya, dan dia pun selalu menjaga solat 5 waktunya, puasanya dan hubungan baiknya dengan Allah s.w.t. Percayalah, kalau saya ini masih berusia muda dan tidak 33 tahun, saya pasti akan meluahkan perasaan yang terpendam ini terhadapnya. Namun saya akur, usia saya sudah terlalu tua untuknya.
Kepada IIUM Confession, terima kasih kerana telah terbitkan confession saya ini.
Sekian,
Yana.
– Yana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit