Kelantanese Yang Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Lina (bukan nama sebenar) dan berasal dari salah satu negeri di Sabah. Aku mohon lepas baca confession aku ni jangan kecam Sabahan okay. Aku terpanggil untuk buat confession ni lepas terbaca satu tweet yang viral tentang gadis2 Kelantan yang pengotor baru2 ni. Macam biasa lah bila sesuatu benda yang teruk melibatkan negeri Kelantan, pastinya satu Malaysia turut sama ‘bash’ negeri tersebut. Bila seorang dua buat salah habis satu negeri dikutuknya. Tapi bila ada orang negeri lain yang buat hal, takde pulak nak kutuk negeri tu. Sekali lagi aku tekankan yang aku sabahan, bukan kelantanese.

Aku tinggal di satu kawasan perumahan di ibu kota bersama 7 housemates aku yang lain. Dalam rumah tu ada seorang sabahan iaitu aku, 2 orang kelantanese (Lili dan Lulu, bukan nama sebenar) dan yang lain ada yang berasal dari negeri P, K dan J. Aku sudah menyewa dengan mereka selama 2 tahun lebih. Dan apa yang aku perhatikan, Lili dan Lulu ni sangat berbeza dengan apa yang aku dengar selama ini. Sebelum aku bergaul dengan orang Kelantan, aku dengar khabar angin mengatakan yang orang Kelantan ni pengotor, panas baran, racist dan banyak lagi la benda buruk yang ada pada mereka. Dan malangnya aku terpengaruh dengan khabar2 angin tersebut.

Tapi selepas aku berjumpa dengan mereka berdua dan kawan2 kelantan di tempat kerja aku, sangkaan aku meleset. Mereka pembersih, sopan santun, baik hati, peramah, tidak berkira dan tidak suka merungut. Aku selesa sangat berkawan dengan mereka. Berbalik pada cerita di rumah, Lili dan Lulu tu jauh lebih pembersih daripada aku dan housemates aku yang lain. Tiap2 hujung minggu mereka akan kemas rumah, mop lantai dan macam2 lagi. Tapi housemates aku yang lain sikit pun tak tolong kemas rumah. Mereka cuma akan kemas bilik masing2 je, tu pun sebulan sekali.

Tapi yang aku panas hati sebenarnya, housemate aku dari negeri P, Lana (Bukan nama sebenar) tu suka sangat duk retweet dan share benda yang melibatkan keburukan orang Kelantan di twitter dan facebook. Pantang ada benda buruk viral pasal Kelantan lagi2 pasal pengotor ni laju je dia share padahal dia tak sedar diri yang dia tu pemalas dan pengotor. Rumah aku sentiasa nampak bersih sebab pantang kalau kotor sikit, aku, Lili dan Lulu akan terus buat gotong royong bersihkan rumah. Pernah sekali Lana bawak kawan2 dia datang rumah, apa lagi memang mereka puji2 lah kata yang si Lana tu pembersih, pandai jaga rumah. Yang Lana ni pun mengiyakan je. Masa tu yang lain tak ada kat rumah, tinggal aku dengan Lana je. Aku geram je nak balas masa tu tapi bila terfikir balik kata2 mereka berdua yang kita tak boleh buka aib orang, terus aku senyapkan je.

Pernah sekali aku dan 4 orang housemates aku termasuk Lili dan Lulu pergi bercuti bersama2 selama seminggu. Lagi 3 orang housemates aku termasuk Lana tak dapat ikut sebab masing2 tak boleh apply cuti. Sebelum bertolak, kami dah pastikan yang rumah dah bersih, dah cuci segala benda kecuali pinggan yang Lana tengah guna nak makan. Dah habis seminggu cuti tu, kami balik dengan muka terkejut beruk. Meja makan bersepah, ada pulak pinggan yang berkulat. Dalam singki penuh utensils yang tak berbasuh. Yang si Lana masa tu tengah duk gelak2 tengok movie. Memang aku mengamuk masa tu. Aku tanya kenapa rumah bersepah teruk, dia boleh jawab dia busy. Tak sempat aku nak balas, aku tengok Lulu letak beg dia pastu terus ke dapur pergi angkat pinggan2 yang berkulat tu nak basuh. Kalau ikutkan hati aku, aku malas nak kemas, nak suruh je si Lana tu kemaskan. Tapi sebabkan kesiankan Lulu, aku dengan Lili tolong jugak lah. Nasib baik yang lain tolong sekali tapi si Lana tu boleh keluar rumah lepas bergaduh dengan aku tu.Nasib baik seminggu, kalau sebulan tak tahu apa jadi.

Sekarang Lana dah pindah rumah lain, fuhh lega sangat2 hahaha. Point yang aku nak tekankan dalam confession aku ni adalah attitude seseorang tidak melambangkan sifat sesebuah negeri tu. Orang Kelantan ada yang baik ada yang jahat, sama juga macam negeri lain. Tak perlu nak judge orang based on negeri. Dan tolong berhenti sebarkan kebencian terhadap sesebuah negeri itu. Kepada Lana, kalau kau terbaca confession ni, tolong lah stop retweet atau share benda2 yang memburukkan Kelantan ni sebab apa yang kau share tu sebenarnya diri kau.

– Lina Sabahan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit