Kami Sebagai Jururawat

Salam.thanks admin andai konfesor ni disiarkan.firstly,aku nak ucapkan tahniah kepada insan2 di luar sana yg bakal atau pun dah dipanggil interview untuk bidang paramedik ni,terutamanya jururawat.(sorry,aku tak tahu bila iv paramedik dibuat,yg aku tahu,iv secara online dah lepas)

Jururawat,kalau dengar je perkataan ni,mesti ramai yg komplein.nurse cakap kasar la,nurse tak pandai nak buat kerja la,nurse makan gaji buta la,bla bla bla.ya,aku tak nafikan,memang ada nurse yg macam tu,tapi tak semuanya la.kebnyakan nurse yg aku jumpa,(aku masih lagi jururawat pelatih) semuanya buat kerja dengan baik,ikut prosedur yg telah ditetapkan.jarang aku jumpa,dan mungkin sepanjang 3 tahun aku jalani praktikal,aku tak jumpa pun nurse yg buat kerja sambil lewa.

Kalau relatif yg cerewat lebih daripada pesakit,yg tu ramai yg aku jumpa.tapi aku tak boleh nak salahkan dorang juga,ya,mungkin diaorang nak kan yg terbaik untuk kesembuhan insan yg dorang sayang.tapi pernah tak korang letakkan keadaan diri korang di tempat kita orang?

Kadang nak makan tak sempat.sibuk dengan kerja.nak kencing,nak berak pun tak sempat.aku masih lagi student,dan as a student,kami ada waktu rehat yg diperuntukkan selama 45 minit.tapi kadang2 tu,nak rehat pun tak sempat bila kami ditempatkan kat wad yg sibuk.aku dan rakan2 pernah tak rehat,sebab sibuk dengan kerja,buat dressing,cuci berak kencing,ambik tanda vital.sedar2 dah nak dekat pukul satu.lepas tu nak tutup i/o chart lagi.tak sempat nak rehat,tu student.apatah lagi staff nurse yg beban kerjanya lebih berat daripada student.

Dan korang hanya tahu nak komplein je.salah misi sikit,mulalah nak komplein.mulalah nak viral,mulalah mulut2 semanis madu dan hempedu bercakap2.misi itu,misi ni,bla bla bla.sedangkan korang bukan barada di tempat kami.dulu,viral pasal doktor lelaki yg berada kat wad bersalin.dikatanya doktor melihat aurat perempuan,dah tak ada doktor perempuan ke.

Kalau kat wad bersalin,pandai pulak cakap lelaki tak boleh tengok aurat perempuan.dah kalau dekat wad2 biasa,kami yg student ni dok cuci berak kencing ayah korang,tak berdosa ke?ayah korang tu lelaki,tapi kami ni yg student perempuan,tak kawin lagi ni terpaksa cuci berak kencing ayah korang,boleh pulak.tak berdosa pulak.pernah jumpa relatif yg bagi tahu kat kita orang,”ayah saya berak,tolong cucikan”.oke kami cuci,dan dia,dok kat luar screen,tak tolong cucikan skali pun.ingat kami tak malu ke?dok cuci berak kencing ayah korang,kami pun ada perasaan malu jugak.

Tapi tak semua relatif yg macam tu.ada relatif yg baik.tolong cucikan berak kencing mak ayah dorang.kadang,tak suruh misi pon,dorang cucikan sendiri.dan cuci berak kencing mak ayah korang tu,tak ada pun dlm skop tugasan kami as a nurse.tapi,disebabkan sifat empati dan belas kasihan dalam diri kami,kami buat jugak kerja yg korang anggap kotor dan jijik tu.

Kepada bakal2 jururawat,tahniah sekiranya anda terpilih untuk menjadi seorang jururawat.jururawat pekerjaan yg mulia,banyak pahala yg korang dapat sekiranya korang buat kerja dengan ikhlas,kerana allah taala,tapi korang jugak alan dapat banyak dosa kalau korang buat kerja dengan sambil lewa.

Kalau korang rasa korang tak minat dengan pekerjaan ni,baik korang tak payah terima tawaran ni.sebab?once kedua2 belah kaki kau melangkah ke dalam bidang ni,kau kena jadi seorang yg kental dan tak boleh jadi lembik.7 jam korang kena berdiri,tak ada nak duduk bersenang lenang,korang nak kena kejar cross,sedangkan masa yg diberikan hanya ciput nak habiskan 20 cross,especially sem 2,cross berlambak2 nak kena habiskan.

Kelas dari pukul 8 pagi – 5 petang,isnin-jumaat.full.exam tak ada masa senggang,setiap hari ada exam.kalau exam percubaan tu,1 hari ada dua paper.habis exam pagi,petang dah dihantar ke penempatan klinikal.tak ada nya korang nak dok rilek2.kalau exam habis pagi khamis,petang khamis tu korang dah dihantar ke penempatan klinikal,esok,hari jumaat tu korang dah kena kerja kat wad.waktu bekerja kat wad,isnin hingga sabtu,hanya satu hari je korang boleh cuti.hari ahad.

Paling nazak,bila bertukar shift,dari petang ke pagi.hari ni kau kerja petang,dari jam 2 petang,habis jam 9 malam.keesokan paginya,kau kerja pagi,dari jam 7 pagi hingga 2 petang.kau hanya ada masa 10 jam sahaja untuk berehat.kalau asrama kau tu dekat dengan hospital,tak kisah.pukul 9 kau balik,bersiap,mandi apa semua,pukul 10 dah boleh tidur.tapi kalau asrama kau jauh daripada hospital,dan kau kena berulang alik,sampai ke asrama dah pukul 10,katakanlah,mandi bersiap,pukul 11 malam tidur.esoknya,pukul 5.30 pagi dah kena bangun,nak bersiap pergi kerja.

Kadang2 memang penat.bila berhadapan dengan wad yg busy,tak cukup kaki tangan nal buat kerja.balij kerja mula lah lenguh2 kaki,badan semua.kalau jiwa tak kental,tak payah lah nak masuk bidang ni.lesian kat korang jugak,jangan hanya disebabkan oleh elaun yg kita dapat bulan2,korang jadi buta mata,masuk jugak bidang ni walau korang tak minat.sebab tu la wujudnya sikap misi yg bekerja sambil lewa,sebab dengan alasan tak minat.

– Cik misi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit