Assalamu’alaikum.
First of all, thanks to admin kalau approve this writing. Kalau haritu aku ada tulis pasal Beauty & the Beast dan LGBT. Sebenarnya aku nak tulis pasal tu(post pasal B&B) dalam tajuk ni, tapi sebab banyak sangat yang aku nak luah pasal isu B&B and LGBT, aku terpaksa asingkan tajuknya supaya die tak jadi terlalu panjang and meleret, dan aku post pasal isu tu dulu. Aku ada buat post kedua jugak untuk menjawab komen2(insan2 tersalah faham) post tu, tapi mungkin admin terlepas pandang. Takpela. Tapi aku masih berharap admin approve. haha
Ok, normalisasi ni ape? Ok, sejujurnya aku tak jumpa maksud yang tepat, tapi mudah katanya, satu proses yang menjadikan sesuatu tu(tidak normal) dianggap normal. Normalisasi maksiat pulak lebih tepat kalau dikatakan, sesuatu yang menjadikan umat Islam hilang sensitiviti terhadap sesuatu maksiat.
Sensitiviti. Sensitif, benda yang dikaitkan dengan hati. Sensitif atau tak hati kite. Peka atau tak hati terhadap sesuatu benda, dosa @ pahala? Maksiat atau tak?
Macam sebelum ni, aku sebut pasal LGBT, Beauty & the Beast, bukan aku nak bangkang sebab takut sape tengok nanti jadi gay. NO. Bukann. Tapi, aku takut, lama kelamaan, kite hilang sensitiviti terhadap isu LGBT. Menghindari dosa ni bukan setakat kau tak buat dosa tu, tapi sejauh mana kau benci dosa tu. Pernah dengar amar makruf nahi munkar kan? Ape yang aku sebut tadi adalah nahi munkar, mencegah kemungkaran, selemah2 cara, menggunakan hati. Sape tak faham amar makruf nahi munkar boleh tanya, insyaAllah ramai boleh tolong jawab.
Selemah2 iman mencegah dalam hati. Kalau dalam hati pun tak cegah? Apa khabar iman? Bile tengok kemungkaran, takde rase benci pun dalam hati, maknanya normalisasi maksiat ni dah termasuk dalam hati kite. Kite akan rase bende tu normal, in fact kite tak perasan pun kite rase bende tu normal, sebab kite tak rasa ape2 pun. Ya, tak rasa apa2, tiada sensitiviti, hati tak sensitif, hati tak peka.
Perkara ni, applied to all. Drama pukul 7 ke, 10 ke, melayu ke, korea ke, omputih ke, asalkan MUNKAR. Applied to all ye, bukan drama je, in real life lagi la. Tapi kite agak concern dengan ape yang ditayangkan kat TV, wayang, sebab bende2 ni adalah skrin yang semua org boleh tengok. Kalau maksiat2 lorong haji taib, sape pegi sane je nampak. Tapi bile ade maksiat dalam tv, dalam wayang, semua boleh nampak. SEMUA.
Paling aku geram iklan tazkirah malam jumaat baru2 ni. Astro OASIS tak silap aku. Aku tak tau ape motif nak buat iklan macamtu. Tak, aku tak blue, tapi cube angkat tangan sape yang tengok iklan malam jumaat tu tanpa terpikir langsung ‘bende’ tu? Haha. Mesti ramai kan. Sape yang tak terpikir tu tahniah la, suci betul otak korang. Kipidap. Sedih aku rasa, bende dalam bilik tidur, boleh jadi bahan lawak terang-terangan. Untuk program agama pulak tu. Tapi ni aku buka untuk penjelasan, mungkin ade penjelasan, sebab aku tengok ustaz2 tu rilek je kan. Karang kate aku paranoid plak. Hm, dan aku yakin, ramai lagi penah dengar lawak dalam bilik ni depan2, group whatsapp la, kat ofis la, semua tak segan silu melawak pasal ni. Antara laki & perempuan plak tu. Kalau pengantin baru pun ramai yang terkena dgn member2, kesiannn pengantin tahan malu. Orang lain yang kahwin, kau yang melebih.
Ade lagi yang biasa kite tengok dalam TV, biasenye rancangan komedi la, laki pakai macam perempuan, siap makeup macam perempuan, pastu buat lawak bodoh, orang pun ha ha ha. Ade instafamous pun lebih kurang ni jugak cara melawaknye. Mungkin diorang terlupa, tapi aku nak ingatkan diri aku, dan korang yang rajin membaca ni,
Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu, ia berkata, “Rasulullah ﷺ melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan (melaknat) para wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Bukhari juz 7, hal. 55)
Bab laknat2 ni, jangan la ambik mudah. Kalau kite terlupe, dah tergelak dlu2, istighfar, dan belajar tanamkan dalam hati kite untuk membenci perkara tu. Benci dosa tu ye, bukan orangnya.
Dan paling biasa dalam TV, babak2 romantik, aku sebut la jugak. Haritu kene marah sebab tak sebut, (padahal aku tengah sebut tajuk Beauty&the beast, LGBT, mmg la ku ulas tajuk tu je.. adeyyy) . ni paling senang la kau nak jumpe dalam TV, Kimchi Untuk Awak ke(wajib sebut ni), rindu awak 200% ke,juvana ke, semua la, tak larat aku nak list, yang pasti, bersentuh laki perempuan, haram. Full stop. Ape2 kemungkaran, kau kene benci. Tu je formula die.
Mungkin ade yang kite tak tahu selama ni, mungkin kite tak membenci satu2 perkara tu sebab kite memang tak tahu tu dosa. Takpelah kalau macam tu, yang penting, belajar, bukan buat tak tahu sampai mati.
InsyaAllah, aku harap, dunia yang akan kite wariskan untuk anak cucu kite nanti masih lagi dunia yang mana masyarakatnya peka, yang mana baik yang mana buruk. Masyarakat yang akan menentang sekeras2nya unsur2 kemaksiatan. Moga kite dalam lindungan Allah, dan dilindungi dari azab-Nya.. aminn.
– Abdullah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit