Assalamualaikum buat pembaca IIUMC. Pertama, terima kasih kepada pihak admin IIUMC sebab sudi siarkan luahan aku yang tidak seberapa ini. Sebenarnya dah lama aku nak luahkan tentang isu ini, tetapi selalu terbantut sebab aku tak tahu nak bagi deskripsi yang sesuai untuk isu yang aku nak bangkit kan ini.
Sebenarnya, isu yang aku cuba nak adalah isu tentang Sejarah silam tentang kehidupan kita yang lepas. Setiap orang ada sejarah hidupnya tersendiri. Ada yang perjalanan hidupnya senang, ada yang perjalanan hidupnya penuh cabaran. Pokok pangkalnya masing-masing punya sejarah kehidupan tidak sama. Dan kesan dari sejarah kehidupan yang lampau itulah yang memberi peringatan dan pengajaran kepada kita supaya tidak mengulangi perkara yang sama. Yang lepas tu lepas lah. Tidak perlu dikenangkan lagi dan tak kenang langsung pun tak apa. Itu pada diri aku la, sebab sejarah silam kehidupan aku tidaklah begitu bagus. Mungkin kerana masa itu aku terlalu ikutkan emosi dan masa itu aku tak ramai kawan, masa itu juga aku lupa yang Allah itu ada. Terikut-ikut dengan perasaan sedih dan depresi lah yang menjadikan sejarah hidup aku jadi suram. Disebabkan depresi aku tu, aku ditahan wad hampir seminggu dan hampir juga pengajianku digantung utk 1 semester. Dan sejak dari kejadian itu (11 tahun lepas), aku dah tak mahu ingati lagi dan tak mahu kenangkan lagi peristiwa itu, sampai sekarang dan sampai bila-bila.
Aku fikirkan, bila kejadian sejarah silam aku itu sudah berlalu ditelan masa dan tahun, rupanya masih ada yang cuba nak jadikan sejarah silam aku tu sebagai bahan gurauan mereka! Terutamanya apabila ex-classmatesku cuba mengingati peristiwa dan kenangan semasa berada di zaman belajar 11 tahun lepas. pada mulanya aku masih melayan lagi sembang mereka semua ni di dalam Whatsapp group, entah kenapa tiba-tiba seorg jejakayang bernama A ni terus sebut pasal kisah aku yang depresi melampau. Siap berkias-kias lagi kata jangan ambil ubat berlebihan. Sah lah perli aku mamat A ni.
Aku pula masa tu macam lambat tangkap, apa yang dia ni cuba nak katakan?Nak memalukan aku ke apa? tapi aku tidak respon pada permulaannya. Tetapi apabila aku melihat dalam group whatsapp tu makin galak si A ni menyebut tentang sejarah silam hidup aku, aku mula tanya dia secara personal. Aku tanya dia sendiri, “kenapa sebut lagi pasal sejarah silam aku dekat semua kawan-kawan kita?kau tahukan aku dah tak nak kenangkan lagi peristiwa pahit tu. Kau tau tak aku rasa malu bila kau mulakan cerita pasal sejarah silam hidup aku pada semua kawan-kawan kita. Ada kau fikir perasaan aku kah?”
Lantas si A terus menjawab yang dia hanya nak bergurau sahaja. Tiada niat untuk bukak aib aku. Jawapan si A ni aku tak boleh nak terima langsung. Lantas, aku terus left group whatsapp itu dan si A itu terus minta maaf kat aku atas kesilapan dia. Tak kurang tak lebih ada juga kawan-kawan aku yang personal whatsapp aku dan tanya aku kenapa aku left group whatsapp. Aku kata yang aku sangat malu orang ceritakan kisah hidup aku yang aku sendiri pun tak nak kenang, tergamak ye si A tu bukak cerita lama. Kawan-kawan aku menyuruh aku bersabar dan berkata mungkin si A tu tak sengaja. Sampai sekarang aku berdiam diri dari si A dan group whatsapp tu memang aku tak ambil tahu pun. Malu aku ni tak hilang lagi.
Itu baru edisi satu. Edisi kedua pula, bila bekas pengajar aku masa belajar dulu pun dengan spontannya membuka cerita lama aku tentang depresi melampau. Aihhh…tak ada perkara lain kah nak dijadikan bahan gurauan?Kisahnya apabila bekas pengajar aku ni menyiarkan gambar lamanya di facebook. Jadi aku mula komen dengan mengatakan rindu zaman ***.Tiba-tiba dia spontan je komen aku dengan mengatakan aku ni dulu paling dikehendaki sebab telan *******! Terus, aku delete komen aku, dan terus letakkan dia di bahagian Restricted. Agaknya dia tahu aku dah rasa malu dengan gurauannya, bekas pengajar aku ni mesej aku, tiba-tiba minta nombor telefon aku. Nak minta maaf kot agaknya. Aku tak balas langsung dengan mesej dia. Bukan nak jadi kejam, aku cuma belum boleh terima dengan gurauan dia. Aku sangat-sangat malu. Habis semua pembaca yang komen kat gambar dia tahu apa yang aku dah buat masa belajar dulu. Aduhai.
Aku ni bukan tak boleh dibawa bergurau wahai pembaca IIUMC semua, tetapi bila orang jadikan kisah hidup aku yang tak bagus tu sebagai bahan gurauan, aku jadi MALU yang teramat sangat. Cuba kalau sejarah silam hidup anda dijadikan bahan lawak dan bahan gurauan,anda rasa malu tak? Tepuk dada tanya lah hati ye pembaca semua.
Sekian.
– Ellmostrata
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit