Gaji dan Kerja

Salam dan hai pembaca sekalian. Terima kasih admin sebab sudi menyiarkan luahan yang terbuku dalam hati ni. Aku, Jibby, baru umur 25 tahun, dan dah bekerja selama hampir 2 tahun. Alhamdulillah sebelum grad dah dapat kerja.

So, cerita nya macam ni. Aku tak tahu lah kalau ada yang satu geng dengan aku. Tapi aku nak cerita jugak kat sini. Aku dengan lagi sorang kawan aku, masuk sama sama dekat company tu. Nama dia Jenab. Time dekat company ni lah kitorang baru kenal sebab position sama. Kitorang selalu lah share cerita sama sama termasuklah soal increment dan bonus walaupun benda ni personal hehe.

Masa awal awal kitorang habis probation period, kitorang dapat increment. Okay, gaji masih sama. Pastu okay je lah kan. Habis tahun pertama kerja, dah raya mesti lah dapat bonus dan increment kan? Okay, maka ceritanya bermula di sini. Dah share rahsia semua, rupanya si Jenab ni rupanya dapat lagi banyak dari aku. Terus aku rasa lain macam start aritu.

Aku takkan rasa terkilan kalau gaji aku kurang, dan bersesuaian dengan kerja aku. Aku bukan nak mengeluh, tapi orang lain sendiri pun cakap aku macam banyak kerja. At first, aku macam “Aku ni dianak tirikan ke?” “Kenapa gaji Jenab lebih RMxx padahal aku rasa kerja aku macam sama dengan dia atau lagi banyak dari dia?”

Aku cuba terima dengan hati yang terbuka. Mungkin aku ada kurang dekat mana mana. Mungkin performance aku tak berapa bagus. Aku cuba pujuk hati sendiri. Mungkin bukan rezeki aku lah tu.

Tapi, makin lama, makin bertimbun kerja aku weh. Sampaikan si Jenab sendiri cakap aku lagi banyak kerja dari dia. Bila teringat gaji aku kurang dari dia, terkilan sangat sangat. Ada sampai satu masa, aku stres yang amat dan buka jobstreet cari kerja lain. Si Jenab ni, dia tahu je masalah aku. Kadang kadang dia bersimpati dengan aku.

Ada satu masa, aku rasa tawar hati sangat dah dengan bos aku. Aku takde masalah pun dengan bos. Tapi aku tak tahu lah. Mungkin dia nampak aku macam takde kerja kot sebab meja aku agak jauh dari dia berbanding si Jenab. Pastu, lagi ditambahnya aku dengan kerja bila aku terpaksa buat satu projek dengan bos IT aku. Kekadang aku dah naik confuse sape bos aku huhuhu. Aku takde masalah jugak dengan si Jenab, bah kan dia kawan baik aku kat sana.

Cuma, bila dah sampai aku buat kerja, pastu stres dan teringat yang pasal gaji tu, tak ke meleleh air mata seorang perempuan? Gitu.. Sedih beb sedih. Nak je aku berhenti kerja, balik kampung, pergi ke laut. Buat nasi dagang ke. Buat keropok lekor ke. Haa geram plak aku.

Aku tengok, si Jenab siap boleh buka Laxada, Mudoh, balas whatsapp kat group kitorang, tapi aku? Jarang sangat boleh buka sebab tak sempat. Plus, dengan tempat aku yang kurang strategik. Kekadang aku rasa macam tak adil sangat. Ni nak kena kipas lebih ke apa ni? Sedih sedih

Sekarang aku cuba bertahan lagi sebab aku cuba nak belajar dan dapat banyak pengalaman lagi. Tapi pada masa yang sama, aku macam terfikir nak melangkah ke lain, tapi bila fikir zaman kegawatan macam ni, aku rasa better aku kuburkan je lah hasrat aku tu buat sementara waktu.

Sekian, tu saja. Satu je la aku fikir sekarang. Biar lah bos aku tak nampak, janji yang atas tu nampak. Ke guane boh? Semoga kita semua mendapat rezeki yang sentiasa berkat.

– Jibby Perempuan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit