Assalamualaikum kepada pembaca tegar IIUM confession. Hari ni nak share sedikit tentang apa yang aku lalui sepanjang bergelar adik bongsu. Mesti korang ingat beruntung kan bila jadi anak bongsu? Dimanjai ibu bapa, apa yang nak semua dapat, masalah keluarga pun kakak dan abang yang uruskan. Semuanya sempurna. Tapi, tak semuanya indah. Setiap yang manis ada juga pahitnya.
Nama aku Ima. Berumur 23 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana saja. Ada 3 orang beradik. Dan aku yang bongsu. Sejak kecil lagi mak dan ayah aku asuh aku dengan cukup sempurna. Dari kecil sampai besar aku diasuh bagai menatang minyak yang penuh. Kalau nk di comparekan layanan aku dengan abang dan kakak aku, memang sangat berbeza. Kadang2 rasa kesian kat abang n kakak aku sbb selalu kena marah. Tapi sapa lah aku nk mnghalang. Aku cuma anak bongsu. Ye, sebab title anak bongsu ni, setiap pendapat dan nasihat yang aku bagi kepada ahli keluarga aku diabaikan, ditolak tepi. Mungkin sebab aku terlalu muda dan mentah, diaorang tak ambil peduli. Aku tak boleh tegur abang dan kakak aku kalau dorang salah dlm sesuatu benda. And benda ni memang buat aku sedih sgt sbb rasa macam aku ni sekadar utk diorang bela, bagi makan tapi bila dorang susah, dorang taknak libatkan aku. Sebab apa? Sebab aku anak bongsu dan masih muda. Bagi dorang aku tak dapat tolong dorang sebab aku ni kecik lagi, macam no use la. Aku faham dorang taknak susahkan aku. Tapi bila dah sampai aku besar macam ni, sumpah rasa mcm terpinggir sikit.
Perangai kakak dan abang aku sama je. Dua2 degil. Bila gaduh, mengadu kat aku. Bila aku bagi nasihat, sikit pun taknak dengar. Sampai satu tahap, dorang kata “ko gi blaja la kat U sana. Ko kecik lagi, kau tau apa.” Hello??? Apa kaitan Universiti dengan perangai kau yang tak pernah nak dengar nasihat orang?? Aku nak tegur adab kau aku perlu cukup umur ke, tunggu umur 30 tahun baru boleh tegur kau?
Awal tahun ni, ayah aku tak berapa sihat. Kebetulan aku cuti sem time tu. Aku n family aku bawak ayah aku pergi hospital. Setelah beberapa minggu buat check up, ayah aku disahkan menghidap kanser tahap 2. Waktu dapat tau ayah aku kena cancer, aku dah masuk sem baru, jadi aku takda lah kat rumah. Bayangkan selepas seminggu aku baru tau ayah aku ada cancer. Sampai mcm tu sekali family aku taknak bgitau. Itu pun kakak aku cakap, taknak bagi aku stress kat U. Aku lagi stress kalau aku taktau punca sebenar ayah sakit. Tapi aku diamkan aja. So aku akan call kakak aku n tanya apa doctor cakap. Aku ada buat research sikit kat internet pasal cancer tu so aku ada la paham sikit2(walaupun aku bukan student medic hmmm). Bapak aku baru je lepas operation buang tumor tu, but still in critical condition sebab esophageal rupture tak silap aku. So doctor nak buat beberapa pembedahan lain. Jadi kat sini juga nak minta semua doakan supaya ayah aku cepat sembuh dan operation berjalan dengan lancar. Amin..
– Anak bongsu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit