Assalamualaikum dan hai para pembaca. Tu pun kalau pos ni admin approve. Aku rasa benda yang aku nak cerita ni lebih kepada wanita. Sebab benda ni aku sendiri pernah rasa.
Pernah tak bila anda keluar jalan dan nampak seorang wanita cantik pakai tudung singkat tp bergaya ataupun seluar hipster pendek nampak kaki ataupun yang make up cecantik tu dan secara tetiba anda rasa macam wow! Cantiknya. Teringin nak pakai macam tu. Tengok instagram org berfesyen cool dan anda teringin sebegitu?
Yang aku nak cakap ni bukan soal kewangan. Sila ketepikan perkara tersebut. Sebagai wanita sendiri aku sebenarnya cemburu bila tengok wanita lain berpakaian cantik dan menarik. Sampai aku pernah nak pakai gaya hipster cemtu. Iyala dah nama pun perempuan memang tertarik la dengan benda yang cantik dan lawa ni. Sampai aku beriya pergi mall nak shopping pakaian la kononya tp pergi tak beli pun kahkah
Entah macam mana satu hari tu aku terdetik dalam diri aku. Ye memang orang pakai tudung style singkat tu cantik, memang orang pakai bawal singkat tu cantik. Memang org pakai seluar singkat tu style tapi sanggup ke aku nak berpakaian sebegitu semata mata demi sebuah kepuasan kepada diri aku sedangkan hakikatnya aku tak menutup aurat? Dah la tak tutup aurat, free tunjuk dekat lelaki, upload gmbr instagram lagi. Berganda je dosa yang dapat.
Lepas dari tu aku secara tak langsung hanya memandang sepi fesyen berkenaan. Dalam hati suka tp dalam masa yang sama aku sentiasa pujuk diri menutup aurat tu lebih baik.
Ya Allah dugaan bagi seorang wanita ini untuk tutup aurat tu bukan senang. Aku faham kalau ada insan lain yang rasa seperti aku. Lagi lagi aku sebelum ni free hair dan alhamdulillah dah berhijab sepenuhya. Hati ni kadang kadang rasa nak kembali mcm dulu yang mana kau boleh pakai sesuka hati tanpa fikir aurat (masa ni iman down).
Alhamdulillah tuhan masih sayangkan aku dan setiap hari aku berdoa supaya Allah berikan aku kekuatan untuk terus menutup aurat.
Kepada wanita wanita yang tak berfesyen sangat tapi menutup aurat ataupun fesyen tapi masih menutup aurat anda adalah wanita sgt hebat. Anda hebat kerana menjaga maruah diri. Anda hebat kerana tidak tergoda dengan hasutan syaitan.
Aku doakan semoga semua wanita diberikan kekuatan sebegini. Sebab aku tahu susahnya untuk melawan nafsu.
– F
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit