Jiran Perasan

Assalamualaikum semua. Aku harap confession aku ni masuk lah page IIUM Confession ni sbb benda aku nak cakap ni bagi aku penting untuk educate manusia yang hidup berjiran.

So, aku masih di tahun akhir sebuah ipta dekat selangor dan aku dari sem 2 memang dah duduk dekat luar kampus. Sepanjang aku duduk luar kampus ni, aku duduk dekat 3 kawasan perumahan which is satu perumahan majority chinese dan 2 majoriti melayu. Biasalah kalau duduk rumah teres, parking kereta memang bersepah lah kan. Nak dijadikan cerita, harini aku perasan ada nota selit dekat wiper kereta aku dgn nota “Next time tolong parking depan rumah sendiri ye. Thanks”. Dapat je nota macam tu aku terus pandang je rumah tu. Jadi dekat sini sebelum aku nak educate korang, aku nak bgtahu la ye aku tak parking kereta aku depan pintu pagar rumah dia. Aku parking dekat tepi jalan menghadap rumah dia. Kenapa aku parking situ? Sbb jiran sebelah rumah aku yang dah berkeluarga selalu park dekat tepi jalan menghadap rumah aku. Aku tak tegur pakcik tu sebab aku sedar diri aku sewa rumah je bukan sewa tepi jalan tu sekali. Sebab pakcik tu dah parking kat situ, aku park la depan kereta which is menghadap rumah jiran aku yg claim tu parking spot dia.

Setakat ni dua kali dah aku kena warning bila aku park dekat tepi jalan menghadap rumah orang dan dua2 warning ni dari kejiranan melayu. Sorry kalau aku racist ke apa tapi sebelum ni aku duduk kawasan majority cina, tak pernah kena macam tu, sebab apa? Sebab diorang faham tempat aku parking tu adalah utk kegunaan awam. Maknanya apa? Maknanya semua orang pun boleh guna ruang yang ada tu.

So conclusion yang aku dapat is “melayu perasan”.

Kenapa aku kata melayu perasan?
1. Awak beli/sewa rumah je bukan dengan jalan depan rumah awak tu
2. Kawasan jalan depan rumah awak tu adalah for public use
3. Tak ada petak parking depan rumah awak

Jadi dekat sini, kepada anda yang duduk rumah teres ni tolong la rational sikit. Jangan ingat awak bayar duit ansuran rumah tu termasuk dengan jalan depan rumah awak sekali dan awak berhak nak warning/marah sesiapa je yg guna ruang tu. Jangan la nak perasan tak bertempat tau awak.

– Jiran Awak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit