Assalamualaikum. Terima kasih admin IIUM Confession jika sudi siarkan cerita saya.
Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya setelah melihat orang ramai makin berleluasa mendedahkan hampir semua perkara peribadi nak ditonjolkan di dalam media sosial. Bukan hak saya pun nak halang orang ramai berbuat demikian, tapi apa yang buat saya tak puas hati apabila orang menganggap petanda aras kebahagiaan itu adalah menerusi apa yang kita paparkan dalam media sosial. Semakin kurang seseorang mendedahkan aktiviti hariannya, keluarganya, percutiannya dan sebagainya, orang tersebut dianggap kurang bahagia. Betul kah begitu?
Cukup lah setiap hari wall saya dipenuhi dengan rakan-rakan hampir setiap hari seolah-olah ‘berlumba’ nak tayang nikmat dan bahagia yang dikecapi. Pergi makan di restoran mahal, upload. Buat perkara romantik suami isteri, upload. Suami beri hadiah anniversary handbag mahal atau barang kemas, upload. Pergi bercuti pun upload. Kadang-kadang upload gambar bukan sebab apa, nak tayang handbag mahal (okay ini lawak). Kadang-kadang status yang ditulis pun boleh tahan gayanya. Luar dalam kain semua nak cerita. Huhu.. Saya tak kisah pun sebenarnya, dengki pun tidak. Sebab saya pun merasai semua itu; baik yang indah atau yang suram. Kerana saya tahu setiap orang ada nikmat dan ujian yang Allah kurniakan berbeza untuk setiap insan. Tapi perasaan saya berubah sejak saya terima satu mesej dari kawan saya (beliau pun setiap hari rajin update personal life dalam media sosial).
Beliau tanya “salam, kau sihat? Kehidupan kau macam mana sekarang sejak kahwin ni? Kau okay ke? Aku tengok kau macam ada masalah je”.
Saya jawab “Kenapa cakap macamtu? ”
Beliau balas “Aku tengok kau tak aktif dalam FB ni. Kau tak ada upload gambar atau update post pun. Kau ada masalah apa-apa ke? Ke masalah dengan suami?.” (Dulu saya rajin upload juga. Tapi bukan personal life. Cuma gambar aktiviti di sekolah tempat saya mengajar sahaja).
Astaghfirullahal ‘azim… Ke situ pulak dia. Dari situ saya dah belajar satu perkara. Penyakit sebahagian dari orang kita adalah menyangkakan petanda aras kebahagiaan dan kenikmatan seseorang iu adalah menerusi apa yang ditayangkan dalam media sosial.
Keluarga, adik-beradik dan suami saya sememangnya jenis yang tak suka cerita atau upload gambar apa jua personal life kami. Lagipun kitorang takda masa lah asyik nak posing masa tengah happy hour tu. Rasa macam terencat mood masa tu tau tak? Ambil gambar sikit-sikit dah la. Lol. Selebihnya kami nak enjoy the moment bersama keluarga.
Sejak saya bujang pun, mana-mana kami pergi, makan di restoran yang mahal ke, murah ke, pergi bercuti di mana-mana ke, kami adik-beradik sangat-sangat jarang nak cerita kat media sosial. Bila saya dah kahwin pun, suami saya juga jenis orang yang tak hairan dengan sebarang media sosial. Media sosial ni kami jadikan sebagai nak tahu sebarang informasi, berita, kadang-kadang baca status ustaz-ustaz atau public figure. Kami pun takda gelojoh nak tag sesama sendiri seolah-olah kami suami isteri ni tak duduk sebumbung. Lepas tu buat caption “to my hubby, take note ya” (eww getiklah). Banyak terjadi pada post sindir suami/cara nak bahagiakan isteri. Kami suami isteri selalu kalau baca perkara menarik dalam media sosial, saya atau suami tunjuk depan-depan. Kami bincang bersama. Kadang-kadang saya bacakan untuk suami, kadang-kadang sebaliknya. Bukan itu ke baru namanya ‘saling berhubung satu sama lain’ dalam erti kata sebenar? Perlu ke nak bukak aib suami/isteri dengan tag nama mereka dalam post public?
Gambar-gambar yang kami ambil pun semua disimpan sendiri buat kenangan bersama. Apa-apa jua aktiviti dan situasi kami samada romantik, sambut anniversary, suami beri hadiah surprise untuk hari lahir, percutian kami, semua kami simpan sendiri untuk tatapan bersama suami isteri dan anak-anak generasi kami. Perlu ke nak tayang pada semua orang? Apa yang kita cuba buktikan? Nak buktikan yang kita la pasangan paling bahagia di muka bumi? Keluarga kita la paling perfect di alam ini? Jika itu niatnya, saya simpati sangat dengan orang macamni. Macam terdesak sangat. Bukankah Allah dah atur rezeki, nikmat dan dugaan berbeza untuk kita? Suami saya ni selalu didik saya jangan ikut macam sebahagian isteri di luar sana. Sampai luar dalam kain semua nak cerita pada public. Suami saya tu sampai nak makan kat gerai yang letak meja di luar tepi jalan pun dia rasa berat nak makan kat situ. Sebab dia takut kalau ada insan-insan yang lapar tak ada duit tengok je kami makan sedap-sedap dari jauh.
Pernah tak kita jumpa, status di FB penuh dengan cintan cintun suami isteri, hakikatnya hari-hari bergaduh. Berkira sesama sendiri. Ada pula status makan hepi-hepi dengan hubby/family, hakikatnya di restoran tersebut semua ahli keluarga baik suami, isteri dan anak-anak lebih banyak menatap phone dari bercakap sesama sendiri. So, apa makna kebahagiaan kalau lebih berlakon je dalam media sosial?
Sukahati la nak anggap apa-apa. Yang penting saya hidup dengan penuh bahagia tanpa perlu menunjuk-nunjuk pada orang lain. Sebab bagi kami, kehidupan kami adalah suatu ‘chapter’ yang paling bermakna dan tak ternilai yang kami tak mahu orang luar perhati, judge dan menilai. Kami juga nak mengelak dari mata-mata orang yang dengki, atau cemburu melihat apa yang ada pada kami. Kesian okay.
P/s: maaf kalau terkasar bahasa atau tersentap tak kena gaya.
– Cikgu isteri kepada Cikgu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit